31🔔

2.8K 409 29
                                    

Pertabalan Kim Taehyung sebagai Raja Garnet telah dirasmikan pagi tadi. Seul hanya memerhati dari atas secara bersembunyi bersama shin. Mereka berdua dijaga ketat oleh pemerhatian Hoseok dengan Yoongi kerana disuruh oleh Jin.

Seul agak kagum dengan prosedur pertabalan tersebut. Shin menerangkannya satu persatu membuatkan dia senang untuk fahami. Sekarang dia sedang melihat Taehyung mengusap kuda putih iaitu haiwan yang dijaga oleh Taehyung dengan baik.

"Kalau kau nak tahu Seul nama kuda tu Larry. Taehyung jumpa dia dalam hutan waktu kami semua sedang berburu. Dia cedera sebab terkena busur panahan Taehyung tanpa sengaja. Taehyung bawa dia balik dan jadi lah haiwan kesayangan dia" ujar Hoseok dan Seul mengangguk faham.

Kuda putih itu amat lah cantik. Ingin sekali Seul mahu menunggangnya tetapi dia tidak pandai dan terpaksa kuburkan niatnya itu. Tiba-tiba Taehyung mendongak memandang di tempat Seul berada. Mata mereka berdua mula bertembung. Taehyung tersenyum lebar apabila dapat tahu Seul sudah pun sedar dalam keadaan baik.

"Jangan risau Yoongi hyung dengan Hoseok akan jaga dia baik-baik sebelum kau balik. Baik kita pergi sekarang kalau kau nak kerja kau cepat siap" tegur Namjoon lalu menepuk bahu Taehyung. Taehyung mengeluh kecil lalu naik ke atas kudanya dan mula menunggangnya.

Taehyung berada di tengah-tengah manakala ahli bangtan yang lain mengelilinginya untuk melindunginya sambil menunggang kuda bersama sama. Mereka peka akan keadaan sekeliling. Pengawal diraja diarahkan menjaga barisan di hadapan dan di belakang sewaktu mereka semua bergerak.

Taehyung mula melawat penduduk Garnet. Penduduk Garnet bersorak kegembiraan ke atas raja baru mereka yang telah dipilih. Taehyung hanya tersenyum dan memerhati gelagat penduduk di situ menjerit namanya dengan megah.

Setiap rumah dihadiahkan sesuatu yang berguna oleh Taehyung. Anak-anak kecil dihadiahkan mainan setiap seorang. Adat sebegini memang perlu diteruskan sehingga hari ini.

Taehyung tahu dia akan memikul tanggungjawab yang begitu besar selepas ini. Dia bersyukur ada bangtan dan pembantu setia bakal menolongnya mengurus dan memerintah kerajaan ini. Taehyung juga ingin mencari tahu siapa yang membunuh ayahandanya.

Sumpahan dirinya menjadi kucing hanya ibu dan orang terdekat ibunya sahaja mengetahui pelakunya. Dia sendiri tidak pasti. Dia tidak tahu ibunya hidup ataupun tidak. Insiden itu terjadi sejak dia bayi lagi. Dia buntu tetapi dia tidak akan berputus asa. Semuannya akan terbongkar juga akhir nanti. Dia pasti akan dapat jawapan untuk kesemuanya.

        _________________________

"Sekarang Taehyung dah jadi raja! kamu nak buat apa?! beritahu appa cepat!! appa suruh bunuh dia kan kamu degil!!"

Dia hanya diam dan menunduk bila ayahnya sedang memarahinya. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk memberontak.

"Appa kita kena tunggu masa yang sesuai. Kita kena buat rakyat tidak suka akan pemerintahan dia dahulu"

"Sampai bila?!! appa penat lah tunggu! dulu appa bunuh ayah dia semuanya tak menjadi!! appa nak kamu jadi raja!! sepupu kamu tu tak layak!"

Dia mengeluh kecil.

"Saya janji tak lama lagi"

Ayahnya mendengus geram lalu memandang anaknya itu.

"Appa beri masa tiga bulan. Kalau lambat daripada tempoh yang appa bagi tu! appa sendiri akan bertindak tanpa kamu faham?"

"Baik lah appa"

"Buat dia percayakan kamu ingat tu" tambahnya.

Dia mengangguk kecil lalu keluar daripada bilik ayahnya itu. Nampaknya dia perlu bertindak dengan cepat.

"Mianhae Taehyung aku terpaksa"

_______________________

Teka lah siapa yang akan tikam belakang taehyung nanti?

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now