Seul dapat agak benda sebegini akan berlaku. Dia bukan lah typikal Seul yang hanya mendiamkan diri dan cepat mengalah. Dia tahu dia tinggal di dalam istana milik Taehyung. Mustahil lah tiada jalan keluar.
Dia mula meneroka bilik Taehyung. Dia cuba mencari jalan keluar. Dia tidak kira dia mahu keluar juga dari bilik tersebut. Dia mula membuka tingkap dan melihat ke bawah.
"Aku dah gila agaknya"
Dia mula mengambil selimut di atas katil bersama tuala-tuala yang kecil dan mengikatnya satu persatu menjadi tali yang panjang.
Seul tahu dia hanya boleh turun ke tingkat bawah sahaja. Dia tidak kisah asalkan dia dapat keluar dari bilik itu dan mencari Shin. Dia mahu mereka berdua pergi tinggalkan istana ini dengan segera. Dengan perlahan dia mula turun dengan berhati-hati lalu melompat ke atas tempat itu.
Dia mula sorokkan tali tersebut terlebih dahulu ke tepi supaya tiada orang yang dapat melihatnya. Dia mula membuka tingkap besar itu lalu menyorok disebalik langsir.
Dia berada di dalam bilik masakan.
"Hantar makanan ini kepada Kim Shin di bilik tingkat 1 nombor 101"
"Baik tuan!"
Tanpa membuang masa Seul menunduk dan segera keluar dari bilik tersebut dan mengikuti pekerja tersebut. Dia melihat tingkat tersebut tiada orang. Melihat hal itu merupakan peluangnya yang bagus. Dia mengambil satu barang antik dan mula mendekati pekerja lelaki itu lalu menghentakkannya kuat tepat mengena kepalanya.
Lelaki itu pengsan dan Seul mengheretnya masuk ke dalam bilik kosong. Dia menukar pakaiannya untuk menyamar. Dia membawa dulang dan menuju ke bilik Shin.
Dia dapat agak dua pengawal ditugaskan oleh Taehyung menjaga depan pintu bilik Shin. Seul mula mendekati dua pengawal tersebut.
"Penghantaran makanan untuk Kim Shin sudah sampai!"
Salah seorang pengawal itu membuka pintu tersebut membenarkan Shin masuk.
"Aku tiada selera nak makan lah! keluar!" halau Shin tanpa memandang Seul.
"Shin ni aku lah Seul!!"
Kepalanya ditoleh dengan cepat.
"Nu--"
"Shuh!!"
Seul menyuruhnya diam takut pengawal di luar mendengarnya.
"Macam mana nuna boleh datang sini?"
"Nanti lah aku terangkan. Sekarang kita tiada masa. Kita kena pergi dari sini!" Seul mula mengambil beg galas Shin.
Seul mengunci pintu bilik Shin agar kedua dua pengawal itu tidak dapat masuk.
Dia mula membuka tingkap bilik Shin. Nampaknya tiada lah tinggi mana tanah di bawah. Lagipun bilik Shin di tingkat satu bukan seperti bilik Taehyung di tingkat lima.
"Nuna gila ke nak lompat?!!"
"Tak tinggi mana pun Shin!!"
Shin agak ragu-ragu mahu melompat.
"Tak mengapa aku lompat dulu! nanti aku sambut kau!"
"Nuna!!" Membesar mata Shin melihat Seul dengan beraninya melompat begitu sahaja.
"Ppali! lompat lah!"
Shin mula takut.
"Cepat Shin kita berdua tiada masa dah lagi!!"
Shin mula memejam matanya lalu melompat ke bawah.
"Buka lah mata tu. Aku dah sambut dah"
Shin tersengih malu lalu Seul menurunkan Shin ke bawah. Nasib baik lah tubuh Shin seperti budak lima tahun.
"Shin tahu kan tempat ni?"
"Tahu! Shin pernah kerja dekat sini"
"Shin tahu mana jalan keluar dari istana ni?"
"Semua Shin tahu tapi macam mana kalau Taehyung hyung dapat jumpa kita nanti?" dia pula rasa takut Taehyung dapat menemui mereka berdua.
Seul menunjukkan ke dua-dua pergelangan tangannya kepada Shin.
"Mana gelang tu? macam mana nuna"
"Aku merayu dekat dia semalam! hebat en? tak sangka pula dia percaya. Dalam mimpi lah nak jadikan aku queen dia! dah cepat kita pergi dari sini!!"
Shin mengangguk faham.
__________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💜
TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fanfic"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...