17🔔

3.1K 480 17
                                    

Seul beberapa kali menguap apabila di dalam kelas sejarah Encik Yoo. Dia berasa mengantuk dan cuba bertahan selagi yang boleh.

"Ada apa-apa yang kamu semua nak tahu lagi sebelum kita habiskan sesi pembelajaran" tanyanya.

Tiba-tiba ada seorang pelajar wanita mengangkat tangannya.

"Ya ada apa Chungha?"

"Cikgu tahu tak pasal Garnet Kingdom? bukan ada lagenda ke dekat kampung kita dulu cikgu? kenapa sekarang Chungha tengok istana tu macam ditutup cikgu. Dulu omma Chungha cakap istana tu selalu terbuka untuk penduduk kampung ini untuk melawat. Saya tak tahu apa-apa pasal garnet kingdom. Cikgu boleh tak terangkan pada kami semua?"

"Betul tu cikgu!" Jawab mereka semua ingin tahu. Terus segar mata Seul apabila mendengar penerangan dari Chungha rakan sekelasnya.

"Garnet Kingdom?" Seul pula tertanya-tanya.

Encik Yoo hanya tersenyum nipis. Nampaknya ramai yang ingin mendengar kisah tersebut.

"Setahu saya Garnet Kingdom telah pun wujud berabad lamanya. Kingdom ini mempunyai satu kuasa yang hebat serta pengaruh yang luas. Ramai yang tidak percaya dan mengatakan hal itu mengarut. Tetapi tiada benda yang mustahil dalam dunia ini. Garnet Kingdom amat berkuasa sehingga dulu ramai pihak dari kingdom lain ingin menawan kingdom tersebut. Tetapi keluarga diraja garnet masih lagi mempertahankannya sampai sekarang"

"Tetapi tidak lama selepas itu. Ada satu pemberontakan telah berlaku mengejutkan seluruh kingdom tersebut termasuk kampung-kampung kita sekali terkena. Tetapi sampai sekarang semua orang tidak tahu punca pemberontak itu berlaku angkara siapa sehingga semua nama Garnet diubah secara mengejut. Kamu semua tahu kan nama asal kampung kita sebenarnya Village Garnet?"

Mereka semua mengangguk tahu.

"Kenapa nama dia garnet cikgu? maaf sebab saya masih lagi baru dekat sini. Tiba-tiba rasa berminat pula" sengih Seul.

"Nama Garnet berasalnya daripada Batu Garnet yang bewarna hijau yang amat berkuasa. Batu tersebut amat lah kuat dan luar biasa. Setiap keturunan diraja garnet mesti mempunyai batu tersebut" terang encik Yoo.

"Cikgu! betul ke putera garnet hilang? sebab tu kingdom tu sampai sekarang tak jumpa pewaris walaupun berlaku pemberontakan sekalipun"

"Prince?"

Seul memandang rakan baru yang duduk disebelahnya.

"Dengar cerita lepas pemberontakan tu berlaku permaisuri garnet dengan putera garnet hilang macam tu jer! lesap! sampai sekarang orang tertanya-tanya mereka berdua masih hidup ke tak" Terang Jeon Somi dan Seul mula mengangguk faham.

"Baiklah semua! Jumpa sesi pembelajaran akan datang"

"Terima kasih cikgu Yoo"

______________________

Waktu persekolahan telah pun tamat dan Seul orang terakhir keluar daripada kelas. Fikirannya menerawang seketika kerana sesi sejarah tadi.

"Green Garnet?" sebutnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu benda hijau terlekat di dahi Taehyung membuatkan dahinya berkerut.

"Mengarut! apa yang aku fikir ni!"

Tanpa membuang masa dia menuju ke pagar sekolah. Dia melihat Taehyung dikerumuni oleh pelajar pelajar wanita kerana menunggunya. Dia ketawa kecil melihat Taehyung menolak semua ajakan mereka semua secara lembut.

"Seul!"

Dia tersenyum lebar apabila melihat Seul. Dia berlari kecil menghampiri Seul lalu menaut tangan mereka berdua. Seul tersentak.

"Tae.. apa"

"Jom balik!"

Dia menarik Seul keluar daripada sekolah itu. Seul beberapa kali melihat dahi Taehyung yang ditutupi oleh rambutnya. Fikirannya ingin tahu apa benda yang bewarna hijau itu. Banyak benda yang dia fikirkan. Lagi-lagi mengenai asal usul Taehyung.

"Taehyung.."

"Hmm? kenapa?"

Mereka berdua mula berhenti berjalan seketika.

"Awak tak pernah terfikir nak cari omma dan appa awak ke?" pertanyaan Seul itu membuatkan Taehyung terdiam seketika.

"Nak tahu asal usul awak? awak lahir dekat mana? macam mana awak boleh disumpah jadi seekor kucing? awak tak nak tahu semua tu ke tae?" tanya Seul lagi.

"Bagi saya semua tu buang masa Seul"

"Kenapa buang masa?! Tae!" Taehyung mula menyentuh wajah Seul dengan lembut dan mengusapnya.

"Saya tak kisah Seul. Saya okay awak jangan risau. Apa yang penting sekarang awak Seul. Awak ada dengan saya sekarang"

"Tapi saya buka--"

"Awak bukan apa? awak yang jumpa saya dulu. Awak beri saya kasih sayang dulu, tempat tinggal dengan keluarga Seul. Itu semua cukup buat saya. Asalkan awak ada sentiasa di sisi saya. Semua sempurna seul"

Seul terdiam. Taehyung mula memeluknya erat. Dahi Seul dikucupnya sekilas. Dia tersenyum manis.

_____________________

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now