23🔔

2.8K 428 57
                                    

2 Tahun Kemudian..

"Shin aku dah balik!!"

Seul membuka kasut sukannya lalu meletakkanya di atas rak kasut dan mula masuk ke dalam rumahnya.

"Shin dekat dapur nuna!! Shin ada masak sup kimchi!!" jeritnya dari arah dapur.

Seul tersenyum kecil. Ya dia dengan Shin sudah pun menetap di UK selama 2 tahun sejak seul pergi meninggalkan tanah airnya untuk sambung pengajiannya. Shin juga sering menolongnya membuat kerja rumah.

Walaupun tubuhnya kecil tetapi kemahiran memasaknya amatlah bagus. Seul juga tidak menyangka secepat ini Shin pandai memasak. 2 Tahun juga Taehyung tidak munculkan diri di hadapannya.

Syukur lah dia pindah ke UK kerana nenek kim memberitahu ada ramai pihak yang mencarinya. Dia yakin keselamatan nenek kim dan datuk kim lebih terjamin.

"Nuna?"

"hmm?"

"Nuna okay tak?"

"Okay jer kenapa?"

"Tengok nuna termenung memanjang jer. Rupanya Shin cakap dengan angin bukan dengan nuna" cebiknya.

"Nuna cuma teringatkan halmeoni dengan harabeoji" ujarnya sambil tersenyum kelat. Ya dia merindui mereka berdua teramat. Dia memandang gelang garnet yang dipakai olehnya.

"Bila Taehyung nak munculkan diri? aku nak dia buka gelang ni" Shin dapat dengar nada Seul yang dingin. Nampaknya Seul betul-betul tidak mahu terlibat dengan Taehyung.

"Tapi nuna mungkin dia buat semua ini demi kebaikan nuna sendiri?"

Seul ketawa sinis.

"Aku tak nak dia ada kaitan dengan keluarga aku lagi Shin. Buat penat aku percaya kan dia" terus Seul bangun dan pergi. Shin mengeluh kecil.

             ______________________

Segera Seul turun daripada katilnya apabila mendengar jeritan Shin yang kuat. Dia mula risau dan menuju ke tingkat bawah.

"Shin kenap--"

Dia terkejut melihat Jin berada di situ.

"Jin?"

"Sorry sebab datang mengejut?" tegur seseorang dan Seul menoleh ke tempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sorry sebab datang mengejut?" tegur seseorang dan Seul menoleh ke tempat lain.

"Namjoon?"

Seul mula menyilangkan tangannya ke dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seul mula menyilangkan tangannya ke dada. Dia melihat ke arah mereka berdua. Shin hanya duduk diam kelihatan takut. Seul tahu ada sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

Imej Namjoon dengan Jin nampak makin matang dan nampak dewasa. Tidak sama seperti dahulu Jin yang ceria dan Namjoon yang suka tersenyum. Mana sikap mereka berdua yang Seul pernah tahu dahulu.

"Mana Taehyung?" tanya Seul tanpa melengahkan masa lagi.

"Dia tiada sekarang ni tapi kalau kau nak jumpa dia baik ikut kami berdua" ujar Jin lalu bangun.

"Pergi mana?"

"Taehyung's palace" jawab Namjoon.

"Mwo?! kenapa aku kena pergi sana? aku cuma nak dia buka gelang yang dia bagi dekat aku!" tunjuk Seul.

"Cuma Taehyung sahaja boleh buka gelang tu Seul. Kalau kau degil budak ni akan mati" ugut Jin.

"Nuna!" Membesar mata Seul melihat pisau  yang menghampiri leher Shin. Nampaknya dia bukan Jin yang dahulu yang dia kenal.

"Baiklah aku ikut! lepaskan dia!" Jin mula melepaskan shin. Shin menghampiri Seul lalu memeluknya dalam ketakutan.

"Aku cuma nak gelang ni dibuka itu sahaja yang aku mahu. Tiada perkara lain. Lepastu aku nak aku dengan Shin pulang seperti biasa" pinta Seul.

Namjoon ketawa kecil.

"Bukan aku buat keputusan Seul. Tetapi Taehyung"

"Aku yakin dia akan dengar cakap aku!"

"Are you sure? He is like a completely different person now.  He is not innocent Taehyung anymore that you know for the past 2 years ago. Surely now he is the most bravest, smartest, perfect gentleman and he still loves you very much Kim Seul" kata Namjoon.

Itulah membuatkan Seul risau.

             ________________________

Ship TaeSeul anyone?

Jangan lupa vote tau! fighting💜

Jangan lupa vote tau! fighting💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC..

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now