"Sini duduk"
Taehyung hanya mengikut dan duduk di sebelah Seul. Di hadapan mereka berdua disediakan meja belajar. Seul meletakkan buku-buku darjah 1 di atas meja tersebut.
Mata Taehyung terkebil kebil. Dia tertanya tanya. Dia hanya memerhati Seul daripada tadi. Dia cukup gembira boleh duduk sedekat ini dengan gadis yang disukainya. Dia tersengih lebar.
"Tahu tak apa ni?"
Taehyung mengeleng kepalanya pelan.
"Ni adalah buku faham?"
Taehyung mengangguk faham. Dia mula menyelak buku tersebut. Seul mula mengajarnya menyebut perkataan ABC dan mengira nombor sekali.
Seul kagum betapa pintar dan cekap taehyung menghafal dan menyebut dalam masa 20 minit sahaja. Dia tercenggang. Soalan matematik dan science senang sahaja diselesaikan oleh taehyung sendiri.
"Bagusnya kau tae!! tak payah aku susah ajar kau satu-satu lepas ni. Boleh terus kan sampai level tingkatan dah ni" tanpa membuang masa seul mengeluarkan buku sekolahnya.
Membesar mata Taehyung melihat betapa banyak dan tebal buku tersebut. Tiba-tiba Seul tersenyum dalam diam. Dia menyuruh Taehyung menghafal semua formula addmath dengan matematik bersama subjek yang lain.
"Aku nak kau selesai kan soalan ni" dia menyerahkan kerja rumahnya daripada sekolah lamanya kepada Taehyung untuk selesaikannya. Membesar mata Seul melihat Taehyung dengan laju menjawab soalan tersebut.
"Dah siap"
Seul merampas buku latihan tersebut dan melihat satu persatu. Tersusun dan tersangat lah sempurna jawapannya. Dia rasa kagum lagi sekali.
"Wah!! senang lah kerja aku lepas ni!!!" Dia tahu dia boleh gunakan Taehyung untuk sesuatu sebegini. Dia tersenyum nipis. Dia tahu dia salah tapi lebih baik gunakan peluang ini untuk gunakan otak bijak Taehyung.
"Semua tae boleh buat untuk seul"
Seul memandang ke arahnya. "Tae boleh tak lain kali cakap saya ataupun awak dekat orang lain. Tapi kalau dengan aku hmm aku tak kisah pun tapi jaga perangai boleh kan?" pintanya lembut.
"Boleh!"
"Pandai pun"
Taehyung tersenyum lebar lalu memeluk Seul dengan erat. Mata Seul membesar dan dia hanya membiarkannya. Dia mengusap lembut rambut Taehyung.
"Tae sayang seul sangat"
Hangat dan selesa itu yang dirasai oleh Seul. Seul hanya tersenyum nipis. Nampaknya Taehyung kekurangan kasih sayang. Dia perlu membantu Taehyung agar berfikir seperti orang dewasa sama sepertinya.
_________________________
Akan ada watak lain yang menyusul tau😂💚
Jangan lupa vote tau! fighting❤️TBC..
YOU ARE READING
[C] GREEN GARNET + Kim Taehyung
Fiksi Penggemar"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen" GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG ------------------------------ K...