44🔔

2.5K 374 22
                                    

Sejak hari itu hubungan Seul dengan Taehyung mula renggang. Bila Seul cuba mendekati Taehyung. Taehyung pula mengelak daripadanya. Lagi pula rantai Garnet yang ada padanya belum lagi diambil oleh Taehyung lagi. Seul keliru adakah ikatan mereka berdua sudah terputus ataupun belum.

Malam itu Seul bangun daripada tidurnya. Puas dia cuba untuk tidur semula tetapi tidak boleh. Dia mengeluh panjang. Dia mula turun dari katil dan mula keluar dari bilik menuju ke arah dapur. Dia perlu minum minuman yang panas.

Seul ingin membancuh Teh madu kegemarannya. Dia melihat botol madu itu diletakkan di atas sekali. Dia mula berjinjit ingin mencapai botol madu tersebut.

Tiba-tiba ada satu tangan mengambil botol madu tersebut daripadanya. Pantas Seul menoleh ke belakang.

 Pantas Seul menoleh ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tae?"

Tanpa membuang masa Taehyung meletakkan botol madu itu di atas meja. Dia mula masakkan air panas untuk Seul.

"Tae! saya boleh buat sendiri"

Taehyung lantas membuatnya tanpa mendengar kata-kata Seul. Dia membuat kerja dalam diam. Seul mula mengambil tempat duduk di hadapan Taehyung. Taehyung mengeluarkan dua gelas lalu membancuh teh madu tersebut buat mereka berdua.

Dia menghulurkan satu gelas itu kepada Seul.

"Gomawo Taehyung"

Seul akui teh madu dibuat oleh Taehyung amat sedap. Tiba-tiba tapak tangan Taehyung menyentuh dahinya. Mata Seul terkebil kebil lalu memandang ke arahnya.

"Kenapa?"

"Ingat awak demam"

"Tak lah jangan risau"

"Susah nak tidur?" teka Taehyung. Seul mengangguk kecil.

"Dah habis minum?"

"Dah! kenapa?"

Taehyung mengambil gelas Seul lalu meletakkannya di singki.

"Ikut saya"

Seul mengikuti Taehyung daripada belakang. Seul melihat Taehyung masuk ke biliknya sendiri. Dahi Seul berkerut. Dia pelik kenapa Taehyung mengajaknya ke bilik tidurnya.

Dia mengeluh kecil lalu masuk. Seul hanya memerhati Taehyung daripada tadi. Taehyung mula baringkan diri di atas katilnya. Dia melihat ke arah Seul lalu menepuk lembut tempat kosong tilamnya iaitu di sebelahnya.

"Sini baring sebelah saya"

"MWO?!!"

"Sini cepat"

Taehyung merenungnya dengan tajam.

"Buat apa saya nak baring dekat sebelah awak? awak lupa awak sendiri yang elakkan diri daripada saya Kim Taehyung!" Marahnya lalu mendengus geram.

[C] GREEN GARNET + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now