"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen"
GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG
------------------------------
K...
Puan Jeon melihat Seul ada tanda- tanda mahu sedarkan diri. Dengan cepat dia memanggil Jungkook dan Shin untuk melihat keadaan Seul. Bergegas mereka berdua masuk ke bilik Seul.
"Nuna!!"
Shin mula menangis lalu memegang erat tangan Seul. Perlahan lahan Seul mula sedar. Dengan keadaan yang lemah dia mula bangun perlahan lahan. Jungkook mula meletakkan bantal di belakang Seul supaya senang dan selesa Seul menyandar.
"Taehyung mana?"
"Seul kau baru sedarkan diri selepas seminggu kau pengsan. Keadaan kau lemah sangat-sangat"
"M-mwo?"
Shin mengangguk kecil.
"Aku syak Taehyung hyung selamat kemungkinan sekarang keadaan dia lemah sangat-sangat"
Hati Seul lega mendengar hal itu.
"Banyak benda dah jadi masa kau tak sedarkan diri Seul. Kerajaan dah berubah. Lagi kejam gaya pemerintahan ayah Seokjin dengan Namjoon hyung. Mereka berdua orang kuat dalam kerajaan tu"
"Semua penduduk dipaksa melutut bila raja sampai lepastu dipaksa bayar cukai. Ramai penduduk memberontak tetapi hasilnya mereka dipukul ataupun dibunuh jika sesiapa tidak menuruti titah Tuanku" Terang Jungkook satu persatu.
"Mereka dapat jumpa tempat kita tak?"Soal Seul risau.
Jungkook mengeleng kecil.
"Tempat ni selamat jangan risau. Namjoon dengan Jin hyung tak tahu pun tempat ni sebab aku tak pernah lagi beritahu dengan Bangtan" Sengihnya kecil.
"Sekarang kita nak buat apa Jungkook?"
"Kau kena stay sebab keadaan kau tak stabil takut Taehyung hyung terkena sekali. Aku dengan appa nak selamatkan Bangtan dahulu baru cari Taehyung hyung" balasnya.
"Baik lah"
Seul berharap semua rancangan Jungkook berjalan dengan lancar. Dia harap Taehyung selamat.
___________________________
Taehyung pula mula mengerakkan badannya. Matanya terbuka luas. Dia mula memegang perutnya yang telah dibalut kemas oleh seseorang. Dia tidak tahu dia berada di mana sekarang. Yang pasti ada seseorang menyelamatkannya tempoh hari dalam keadaan dia tak sedarkan diri.
"argh!!"
"Jangan bergerak! kamu tu tak sihat lagi!" Tegur seorang wanita yang berkemungkinan sudah berumur itu. Wanita itu mengeleng pelan.
Taehyung tergamam. Dia cuba memproses apa yang berlaku. Dia mengosok matanya berulang kali.
"Omma?"
Nada Taehyung bertukar menjadi sebak. Wanita itu tersenyum lebar lalu menghampiri Taehyung. Dia mula memeluk tubuh Taehyung dengan lembut.
"Omma.."
"Ya sayang"
"Tae---"
"Omma tahu kamu terkejut. Omma dah agak benda macam ini akan berlaku. Omma lega kamu dah membesar dengan baik" ujarnya lembut dan belakang Taehyung diusap lembut.
"Omma ada dekat mana selamani?" Tanya Taehyung ingin tahu.
"Sebenarnya Omma hidup dalam kalangan penduduk Garnet sambil tu perhatikan kamu sekali. Macam lah kamu tak kenal Omma ni macam mana kan? Bijak and ber--"
"Berani"
Sebelum sempat Puan Kim menghabiskan kata-katanya lalu Taehyung memotong percakapannya. Mereka berdua mula ketawa besar.
"Sekarang Omma nak kamu berehat sampai kamu betul-betul pulih lepastu jumpa dengan bakal isteri kamu tu. Tak sangka pula omma kamu sanggup beri sebahagian Green Garnet pada dia Taehyung"
Taehyung hanya tersenyum nipis.
"Omma tahu kamu cintakan dia. Tapi sayang cinta tu tak boleh dipaksa. Kamu ingat omma tak tahu yang kamu culik anak dara orang hah?!!" Tegur Puan Kim sambil mencubit geram peha Taehyung.
"Mianhae"
"Dengar sini nanti kamu jumpa dia ambil semula Garnet tu demi kebaikan kamu sendiri sayang. Jangan paksa dia Taehyung. Omma tahu kamu cintakan dia tapi fikir juga apa perasaan dia pada kamu"
Taehyung mula menunduk sedih. Dia tidak mahu memandang ke arah Puan Kim. Dia tahu Puan Kim ingin dirinya melepaskan Seul daripada ikatannya.
"Taehyung.."
"Baik lah Tae akan cuba" katanya sambil tersenyum nipis. Hatinya begitu sakit mendengar hal itu. Sekiranya Seul tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya. Dia terpaksa melepaskan Seul dengan rela hati.
__________________________
Jangan lupa vote tau! fighting💛
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.