Bab 1❄💫

22.5K 841 44
                                    

🌼

Kringgg!!!

"Yahhh apa ni?!!"

Jung Areum melompat turun dari katil sebaik jam loceng bersaiz sebesar tapak tangan itu berbunyi nyaring ditepi telinganya. Habis berterabur segala mimpi- mimpi indahnya bersama Jimin dari BTS itu. Baru je mereka nak langsungkan perkahwinan dah kena bagi siren. Hisy tak panjanglah jodoh kau dengan Jimin ni Areum!

Areum menepuk jam loceng tersebut lalu mencabut sticky note yang dilekatkan di belakang jam loceng tersebut. Rasa marah dia membuak- buak sebaik terbaca ayat yang ditulis disitu.

Bangun! Bangun! Bangun!

"Hisy Park Jimin!!" Laju aku melangkah keluar dari bilik dan mendapatkan suami ice aku tu yang tengah berada di dapur menikmati sarapan paginya. Dia jeling aku sebaik wajah aku terpacul di pintu dapur dan sambung minum teh pudina dia balik.

"Yahh kenapa bangunkan saya dengan cara macam tu? Awak tak ada mulut ke?" Sembur aku dan berdiri dihadapan dia. Jimin hanya bersikap biasa, cawan teh diletakkan atas meja dengan gerakan melambat. Kemudian dia pandang aku dengan pandangan jengkel.

"Wae? Kau yang minta aku buat macam tu kan? Aku dah bangunkan beberapa kali tapi kau still tak dengar. Muka je cantik, tapi sayang, pekak" perlinya dengan menekankan perkataan 'pekak' seraya menjeling aku. Berdesing telinga aku bila dia panggil aku pekak.

"Tapi bukan macam tu jugakkan caranya? Awak tahukan saya ni jenis yang susah bangun pagi, tak boleh ke awak bangunkan dengan cara lembut? Nasib baik saya tak ada penyakit jantung, kalau tak dah lama saya mati!" Marah aku. Jimin tidak merespon, dia sambung makan roti bakar.

"Kalau saya tahu baik saya tinggal dorm je!"

"Pergilah, tak menyusahkan aku" jawapan Jimin buatkan aku makin berasap. Dia masih kekalkan wajah tak berperasaan dia tu lalu sandarkan badannya pada kerusi. Sengaja carik pasal dengan aku awal pagi buta. Aku ketap bibir geram.

"Hesy sudahlah! Saya naik grab je tak nak ikut awak!" Laju aku bawa langkah kaki naik ke tingkat atas balik. Kalau lama- lama aku duk kat situ, makin melarat- larat pulak perlian dia.

Menyakitkan hati betul!

🌼

"Ehh kenapa naik grab hari ni? Husband kau mana?" Soal Yoora, kawan baik aku. Aku tak menjawab, memang tabiat aku kalau dalam keadaan badmood. Semuanya angkara Jeman!

"Gaduh lagi?" Kata Yoora serkap jarang lagi. Aku keluh nafas pendek. Aku pandang dia dengan bibir yang memuncung macam itik lalu palingkan wajah balik bila dia balas dengan kening yang dijongket satu. Bahu aku dicuitnya.

"Mana adalah, kau tak payahlah risau. Aku dengan dia okayyy.." jawab aku malas. Aku dengar Yoora ketawa kecil sebelum bahu aku ditepuknya.

"Kesiannya kau ni. Aku harap kau bersabarlah bila dapat suami iceberg ni ye?" Kata Yoora seraya menyelitkan rambutnya ke telinga. Aku tidak menjawab dan berjalan beriringan masuk ke dalam kelas. Sepatutnya kelas account harini petang, tapi disebabkan saem ada hal petang nanti, jadi kami pun mahu tak mahu terpaksalah datang kelas awal.

Yoora mengambil tempat di barisan pertama supaya senang nak dengar ucapa saem yang kalau bercakap macam ciput tu. Aku sandarkan badan pada kerusi kemudian regangkan badan, kelas masih belum ramai masa tu, so, kita lek jap.

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now