🌼
"I want you to be your light baby, you could be your light.."
Areum berjalan menyusuri taman sains yang terdapat dalam universiti tersebut. Aku mengambil tempat di sebuah kerusi batu lalu melabuhkan punggung disitu. Kolam kecil dihadapan aku aku pandang dengan pandangan kosong tanpa perasaan.
Heuu Jung Areum lagi galau!
"Hisy! Bencinya, benci benci!"
Aku hentakkan kaki geram sebab perkara semalam masih belum lagi luput dari ingatan. Yep, aku memang dah lama tahu yang Jimin tu lelaki yang diidam ramai. Termasuk yang tengah membaca ni. (😖)
Tapi- tapi, aku tak sangka pulak yang Jimin akan mengaku dengan mulut dia sendiri. Aku cuma tak sangka!
"Hishyshshhsjj!"
"Areum?"
Lantas perbuatan aku terhenti secara automatiknya. Aku dongakkan kepala, ada seorang lelaki kacak yang sedang berdiri dihadapan aku, aku terkebil- kebil. Dia senyum kecil, menampakkan giginya.
"Awak Jung Areum, kan?"
Aku anggukkan kepala dengan dahi yang berkerut sebab pelik kenapa dia boleh tahu nama aku sedang aku kenal dia pun tak. Secret admire ke?
"Saya Jeon Jungkook, pelajar baru kelas account, selamat berkenalan" kata Jungkook lalu menghulurkan tapak tangan ingin berjabat tangan dengan aku. Lambat- lambat aku sambut huluran tangan dia lalu balas senyuman dia. Orang dah senyum tu, senyumlah balikkan?
"Boleh saya duduk sini?"
"Uh ohh, bo- boleh aje!" Jawab aku lalu menepuk bahagian kosong ditepi aku. Dia dengan senang hati mengambil tempat disamping aku, aku diamkan diri, begitu jugak dia.
"Awal datang" katanya memulakan bicara. Aku pandang dia sebelum pandang depan balik. Uish, kenapa ni Areum!
"Ahh saya saja datang awal, niat nak jogging tapi itulah tak ada teman-"
"Saya boleh temankan awak kalau awak nak" pintas Jungkook buatkan aku terkebil- kebil. Dia senyum lagi. Aku angguk kecil. Rasa janggal.
"Em, macam mana awak tahu nama saya?" Tanya aku, cuba menukar topik. Dia sengih kecil sebelum lihat kad pelajar yang dililitkan pada leher dia.
"Awak terkenal tahu tak?"
"Terkenal?"
Aku kerutkan dahi, terkenal celah mana pulak tu? Setakat muka macam minion aku ni dia cakap terkenal? Ada masalah mata ke apa dia ni?
"Saya tak faham, setahu saya, kalau saya terkenal sekalipun, sudah tentu satu universiti ni tahu saya siapa"
"I know, you're too precious. Saya cakap macam ni sebab... sebab saya-"
"Areum!"
Aku menoleh memandang empunya suara. Yoora sedang berlari anak mendapatkan aku lalu tercungap- cungap.
"Kau buat apa kat sini?"
"Aku tengah cakap dengan.. eh?" Dahi aku berkerut bila sebaik saja aku pusing untuk pandang Jungkook. Dia dah tak ada.
"... Jungkook" jawab aku, Yoora menepuk bahu aku.
"Isk kau ni, tak takut ke duduk sini sorang- sorang? Dah jom, kita pergi cafe sarapan pagi kejap" kata Yoora seraya menarik aku menuju ke cafe. Aku pusing balik tengok taman tu.
Mana Jungkook pergi?
🌼
"Jimin, papa ingat kamu tak nak datang dah"
Jimin tersenyum kelat, dia ambil tempat di kerusi kosong disamping lelaki separuh baya yang memperkenalkan dirinya sebagai papa itu.
"Lama Jimin tak datang melawat, sibuk sangat dah ke dengan isteri muda?" Perli Papa seraya ketawa besar. Juliet Shan mengukir senyum sinis, wine merahnya diteguk.
"Jimin cuma busy, maaf sebab lama tak melawat papa" kata Jimin tenang. Malas dia nak bertekak dengan orang tua itu sekarang.
"Alahai papa, Jimin ni bukannya kesah sangat pun dengan wife muda dia tu. Juliet rasa kasihan pulak dengan perempuan tu, tulah! Merampas je tahu"
"Juliet" tegas nada Jimin berkata. Dia tahu yang Juliet sengaja nak mengapi- apikan dirinya sekarang. Supaya dia berperilaku tak baik dihadapan papa-nya.
"Betul ke tu Jimin? Apa susah, ceraikan sajalah perempuan tu. Lagipun anak papa, Juliet dah lama tunggu kamu. Kamu tak kasihankan dia ke?" Papa berkata seraya memberikan pandangan penuh berharap kepada Jimin.
"Jimin tak terfikir langsung pasal benda ni, papa." Jawab Jimin buatkan Juliet menggulingkan anak matanya, meluat! Apa pulak yang tak terfikirnya, dia sendiri nampak dengan mata kepala dia sendiri yang Puan Park memaksa Jimin untuk mengahwini gadis pilihannya. Apa susah sangat? Kalau dah tak suka, cerai ajelah!
"Macam mana pulak tak terfikir? Jimin kan kena paksa kahwin dengan dia-"
"Jimin sayang dia papa" pintas Jimin buatkan dua anak beranak itu terdiam. Jimin mengeluh perlahan.
"Maaf, Jimin kena pergi" kata Jimin sebelum berlalu keluar dari restoran 5 bintang tersebut. Rasa sesak nafas dia bila terhidu minuman alkohol dan bau perfume wanita disana sini. Dia berjalan kaki untuk mendapatkan keretanya di bahu jalan. Tapi langkahnya terhenti didepan kedai bunga.
"Areum.." bisiknya bila ternampak bunga baby breath kegemaran gadis itu.
Jimin hanya merenung tetapi tidak ada niat untuk membeli.
.
.
😶
To be continue...
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...