Bab 55❄💫

7.1K 517 11
                                    

🌼

"Kau stay ke hari ni?" soal Yoora pada Areum. Gadis itu mengangguk sebelum dengan penuh tekun, dia sambung membelek buku rujukan untuk memafami lebih dalam lagi soal topik yang dia lemah. Hari ni dia plan nak stay dekat library, dengan Jungkook dan Yoora.

"Yup, aku stay. Kenapa?" dengan kening yang terjongket seraya mengangkat wajah memandang Yoora. Gadis itu muncungkan bibir, dia kacau jus didalam cawannya menggunakan straw.

"Lecehlah nak stay ni, aku plan nak bermalas- malasan je hari ni. Aku rindu katil aku.." adu Yoora, Areum hanya buat muka tak kesah buatkan Yoora menjelingnya sekilas.

"Eleh, bukan aku tak tahu yang kau tak nak jumpa Jungkook,kan? Mengaku jelah, kau minta dia tunggu, tapi sampai bila? Silap hari bulan, dia dah bertunang ke, berkahwin ke haaa jangan kau meroyan dekat aku" balas Areum. Yoora mengecilkan mata, dia cubit tapak tangan Areum kerana geram.

"Kau ni tak patut tau cakap yang bukan- bukan. Kau sepatutnya doakan aku bahagia dengan dia. Doakan aku yang baik- baik." ujar Yoora dengan muncung yang panjang, Areum tersengih girang. Opps, Yoora dah emo!

"Iyalah, aku minta maaf minta ampun, kalau kau ditakdirkan untuk dia, tak pergi mana pun Jungkook tu, kan?" kata Areum, mahu menyedapkan hati Yoora. Yoora tersenyum lebar.

"Thank you, sebenarnya aku akui yang aku memang tak nak hadap muka dia buat masa ni. Aku malu, yalah aku dulu bukan main lasak lagi, tak pasal pasal dia ungkit benda yang dah lepas. Haa malu aku!" Yoora sembamkan wajahnya pada meja.

"Eleh kau tu, dekat Jungkook boleh pulak kau malu, dekat aku, dekat ray- kau tak malu pulak!" ucap Areum. Hampir lagi dia tersebut nama Rayyan, ex durjana Yoora tu. Huish.

"Heum.."

"Ehh kau perasan sesuatu tak dekat budak baru yang kelmarin tu? Siapa nama dia? Ra- ahh! Rahee!"

"Kenapa dengan dia?" soal Areum, buku rujukan kembali ditutup. Milkshake dicapai lalu disedut, cerita Yoora lebih menarik dari tu!

"Aku perasan yang setiap tempat yang kau pergi, mesti dia ada. Ahh, contohnya macam sekarang.." bisik Yoora dihujung ayat. Dia tundingkan jarinya pada meja berhampiran dengan meja kami berdua. Areum memandang dari ekor mata, memang betul ada Rahee selang dua meja dari mereka. Em, something fishy.

"Mungkin dia nak makan- makan je kot? Yalah, ini kan tempat umum?" kata Areum, sekali mahu menyedapkan hati Yoora dan sudah tentu juga hatinya sendiri.

"Hem, yalah tapi, takkan dekat tandas pun macam tu? Takkan kau nak kencing, dia pun automatik nak on jugak?" tanya Yoora dengan wajah serius buatkan aku tergelak. Yoora ni wajah dia lawak kalau serius buatkan kau tak jadi nak marah.

"Gelak pulak dah, aku cakap benda betul, okay?"

"Yelah, Yoora sayang. Tapi cubalah positive thinking sikit- sikit asyik nak fikir buruk" kata Areum. Yoora cebikkan bibir.

"Aku peliklah. Yalah, aku mana pernah nampak dia masuk kelas sebelum ni, kelibat dia pun tak pernah. Nak cakap absent sebulan, mesti dah kena gantung dan kena mention oleh prof. But, takda tindakan langsung!"

"Mungkin dia budak baru?"

"Yalah, yalah. Aku menyerah" ujar Yoora seraya mengangkat tangan. Keduanya terdiam sebaik terdengar bunyi deringan telefon milik Areum.

"Husband le tu"

"Siapa lagi kalau bukan encik suami?"

"Elehh"

Areum menggesel butang hijau untuk menjawab panggilan dari Jimin. Mesti rindu ni, ecing! Perasan kau tu Areum, ssup naik keatas!

"Selamat pagi, Encik Husband" jawab Areum sebaik panggilan tersambung, aku dengar dia ketawa kecil dari hujung talian. Mesti tengah senyum lebar ni.

"Selamat pagi, sayang. Study ke?"

"Em, kalau tak study buat apa saya datang kolej, Jimin sayang?" ucap Areum.

"Yalah, mana tahu tengah mengumpat ke, usya mahasiswa lain ke. Entah- entah duduk berdua dengan lelaki"

"Amboi! Awak fikir saya ada masa ke nak buat semua tu? Ni, ni, saya tengah duduk dekat kantin dengan Yoora. Macam awak cakap, tengah mengumpat" jawab aku jujur, sejujurnya.

"Kenapa call ni?" tanya aku pada dia, tak nak main usik- usik lagi dengan Jimin. Nanti tersalah cakap, putus sambungan.

"Saja, saya cuma rindu nak dengar suara sayang. Em, saya rindu baby.." kata Jimin buatkan aku tersenyum- senyum sendirian. Haih, Jimin ni.

"Saya baru keluar 3 jam yang lalu Jimin, takkan dah rindu?"

"Sayang, orang yang dilamun cinta ni tinggal sekejap je, dah rindu macam setahun" jawabnya. Eleh.

"Eleh, kalau depan saya cakap tak rindulah, tak sayanglah apalah. Kalau jauh barulah nak mengaku kononnya rindu, piirah!" kataku sebelum aku dengar Jimin ketawa di hujung talian.

"Saya malulah sayang, yalah. Sayang tu gelojoh, kalau cakap sikit dah melarat- larat nak buat benda lain. Saya cuma jaga batas, sayang tu yang tak pandai nak kawal diri." perlinya, eah eh! Aku berani buat macam tu sebab dia tu suami aku.

"Sayang balik lambat ke hari ni?"

"Iyo, kenapa sayang?" balas aku, aku melirik pada Yoora yang dah buat muka geli- geli sambil menghabiskan minumannya.

"Ohh, tunggu je situ. Saya ambil."

"Wokay!"

"Bye sayang.."

"Bye!"

.

.

Come to me, sayang, sayang, sayang!

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now