Bab 58❄💫

7.9K 563 100
                                    

🌼

Sayang? Dari mana?” soal Jimin sebaik melihat Areum yang sedang kepayahan mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur. Laju Jimin dapatkan aku sebelum menuntun aku ke katil. Dia baru saja lepas mandi dan disebabkan itu tubuhnya berbau dengan sabun yang wangi. Erm..

“Dari bawah, ada budak delivery hantar chicken” balas Areum seraya tersengih lebar. Jimin buat muka. Lengan aku dicuitnya perlahan.

“Kenapa tak cakap dekat saya? Saya boleh tolong ambilkan, tak payah susah- susah awak nak bergerak sana- sini.” kata Jimin, sedikit kesal dengan perlakuan aku yang tidak mahu menurut dengan kata- kata dia. Aku hanya tersenyum.

It's okaylah, Jimin sayang. Saya dah naik sini kan? Dah ada depan mata awak, kan? Saya baik- baik je, okay?” lembut saja bicara Areum pada Jimin buatkan lelaki melepaskan keluhan lega. Tapak tangan Areum dicapai sebelum dia cium lembut.

“Boleh tak jangan comel sangat, Jimin? Saya geram ni, geram!” kedua belah tapak tangan Areum melekap pada pipi Jimin sebelum dia cubit geram. Habis merah pipi lelaki itu jadinya. Tapi Jimin hanya beriak biasa saja, yalah kalau Areum happy dia pun kena happy, walaupun sakit:(

“Argh!

Areum menjerit kecil, perutnya disentuh. Riak wajahnya bertukar sakit, panik Jimin jadinya.

“Kenapa ni?” soal Jimin gelisah, dia sudah mulai berdiri dari tempat duduknya sebelum tapak tangan Areum disentuh lalu bahagian perut gadis itu dibelek. Makin berkerut wajah Areum jadinya.

“Sakit..”

“Dah sampai masa ke sayang?” soal Jimin, Areum mengetap bibir sebelum dia mengangguk, makin panik Jimin jadinya. Dengan pantas dia bergerak ke meja lampu untuk mengambil kunci kereta berserta blazer untuk Areum. Tubuh Areum dicempungnya turun dari tangga sebelum masuk ke dalam kereta.

“Sayang hold dulu, tarik nafas, hembus, bertenang..”

“Pandulah cepat!”

“Ya, ya!”

Jimin menghidupkan enjin kereta sebelum keretanya memecut diatas jalan raya yang mulai lenggang itu.

🌼

“Areum belum keluar lagi ke Jimin?” soal mama sebaik dia merapati anak lelakinya itu. Jimin menggeleng perlahan, sudah 2 jam lebih dia mundar mandir dihadapan bilik labour room tersebut, namun belum ada tanda- tanda nurse, doktor mahupun Areum isterinya akan keluar dari situ.

“Sabarlah, Jimin..”

Jimin mengeluh berat, dia melabuhkan punggung diatas salah satu kerusi yang terdapat disitu. Rambutnya diraup. Tahu tak bertapa resahnya dia sekarang?

Sebaik Jimin mendongak, matanya ternampak seorang doktor sedang melangkah keluar dari ruangan tersebut, bingkas Jimin berdiri untuk mendapatkan doktor lelaki tersebut.

“Macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya Jimin dengan penuh tidak sabar. Doktor lelaki itu melepaskan mask yang menutupi wajahnya sebelum tapak tangannya menepuk bahu Jimin. Dia menggeleng kecil.

“Maafkan saya, tapi isteri Encik dan bayi Encik tak dapat diselamatkan. Kami sudah buat yang terbaik, tapi mungkin ini adalah takdir isteri encik” terasa seakan dunia Jimin terhenti mendengar doktor itu berkata sebegitu.

“Doktor jangan main- main..” Jimin tersenyum hambar sebelum tangan doktor lelaki yang berada diatas bahunya ditepisnya. Tolong bangunkan aku kalau semua ni mimpi!

“Maafkan saya, Encik-”

“Encik Park Jimin?” panggil salah seorang doktor perempuan yang baru keluar dari ruangan yang sama. Jimin mendongak. Wajah doktor perempuan itu berseri- seri.

“Ini Encik Park Jimin?”

Jimin mengangguk membuatkan doktor perempuan tersebut tersenyum lebar.

“Kenapa doktor senyum?”

“Mestilah saya senyum, saya ada berita gembira untuk Encik. Puan Areum selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat. Kedua mereka selamat tanpa kesulitan langsung. Tahniah, saya ucapkan” ucap doktor perempuan tersebut. Terus Jimin menoleh memandang doktor lelaki yang pertama tadi.

“Ini Encik Henry ke?”

“A- aniya..”

“Ahh maafkan saya sebab salah orang.” ucap doktor lelaki tersebut sebelum beredar untuk mencari suami sebenar. Jimin seakan mahu menangis sahaja disitu.

“Mama masuk tengok baby dulu, okay?” ucap Puan Park sebelum dengan cepat dia beredar mengikuti doktor perempuan untuk ke ruangan bayi. Jimin mengesat air matanya sebelum melangkah masuk ke wad yang baru menempatkan Areum disitu.

Wajah Areum masih pucat dan itu sudah memadai buatkan tangisan Jimin ingin pecah.

“Heum..”

“Jimin..?”

“Ya- ya sayang?” jawab Jimin. Tapak tangan Areum yang pucat dia sentuh. Areum tersenyum kecil, bibir pucatnya buatkan Jimin semakin mahu menangis.

“Kenapa awak menangis? Saya okaylah..”

“Macam mana saya tak nangis kalau doktor tadi bagi maklumat yang salah? Mereka cakap awak dah mati. Awak tahu tak betapa berkecainya hati saya?” ucap Jimin. Areum hanya tersenyum.

“Awak nampak saya okaykan? Berhentilah menangis.. baby mana?”

“Dengan mama saya.” jawab Jimin. Dia kesat pipinya sebelum berganjak untuk merapati Areum lalu mencium dahi gadis itu.

“Thank you sayang..” bisik Jimin. Areum tersenyum.

Thank you so much for having me as your wife, Jimin. Walaupun awak batu, kaku, saya tetap boleh cairkan awak dengan cinta saya, kan? Thank you and I love you My Cold Husband♥.

Kenapa tak cakap depan- depan dekat saya?”

“Saya malulah Jimin! Sudahlah! Goodbye everyone!!


¤ The End ¤

Thank you kepada pembaca setia My Cold Husband (MCH) ni, walaupun jalan cerita kadang berterabur dan tak ikut tajuk.

Author minta maaf banyak- banyak kalau ada yang tersinggung sebab author salah type ke, apa ke.
Mian tau..🙆🙇♥

Author hargai semua vote dan comment yang anda semua tinggalkan. Terima kasih untuk semuanya sayang- sayang ai! Gomapta!

☆ scroll down for epilog ☆♥
|
\/

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now