Bab 10❄💫

8K 631 49
                                    

🌼

Areum mencapai mug kecil berwarna hitam lalu menuangkan serbuk teh didalamnya. Anak mata dikerling pada jam tangan dipergelangan tangannya. Dah nak masuk jam 10 malam, Jimin belum lagi tidur.

Air panas dituang lalu Areum membawa teh tersebut ke ruang kerja Jimin. Pintu bilik dikuak, lelaki itu masih lagi berkutat dengan komputer riba dan kertas kerja serta fail- fail pelbagai warna disampingnya.

Muka serius pun hensem! Eii apa kenalah dengan kau ni Areum!

Areum menggelengkan kepala sebelum menapak masuk kedalam bilik kerja Jimin. Dia meletakkan mug tersebut disebelah fail yang tinggi menimbun.

"Em, ini teh awak" kata Areum perlahan, Jimin berdehem perlahan tanda iya. Areum mengangguk kecil lalu berjalan beberapa langkah nak keluar dari bilik tersebut. Tapi langkahnya terbantut bila Jimin menegurnya.

"Demam dah kebah?"

Woo sejak bila Jimin ambik berat pasal aku ni?, aku tersengih- sengih lalu menjawab tanda ya. Jimin mengerling aku sekilas lalu menyisip teh herbanya.

"Cuti semester bila?"

"2 minggu lagi lepas tu cuti. Kenapa? Awak nak bawa saya keluar melancong ke?" Tanya aku seraya berjalan balik ke sebelah meja Jimin. Dia menggeleng kecil, cermin matanya dia lepaskan lalu meregangkan badannya.

Dia pandang aku yang tengah terkebil- kebil ditepi meja dia, menunggu Jimin menyambung bicaranya.

"Datang rumah mama esok, mama nak cakap sikit" kata Jimin lalu mematah- matahkan tangannya. Areum terpegun seketika, Jimin dah berbaik dengan mama dia ke?

"Buat apa?"

"Datang ajelah, aku pastikan yang kau takkan menyesal" katanya seraya merenung aku. Aku balas pandangan mata dia, erk, makin lama aku pandang mata dia, makin jatuh cinta aku pada Jimin. Dahlah alis mata dia tu cantik, mengalahkan perempuan.

Aaaaa Jimin!

"Kalau saya menyesal?"

"Maknanya kau bodoh" balasan Jimin serta merta buatkan aku sentuh dada aku. Acah serupa orang yang tengah sentap tu. Aku mencebik lagi, Jimin ni, suka sangat buat aku broken!

"Yalah, esok saya jumpa mama. Awak datang sekali?"

"Aniya, aku busy" jawabnya seraya berdiri dan menapak beberapa langkah merapati aku. Ketinggian aku yang hanya mencecah ketiak dia tu buatkan aku terpaksa mendongak memandang dia. Aku kaku, bila dia turut berdiri kaku depan aku. Sah, memang betul aku cakap, Jimin ni kayu!

"Kau... memang dah plan nak berdiri kat sini sampai esok pagi ke? Tepi sikit, aku nak ambil fail" kata Jimin seraya menolak tubuh aku perlahan supaya berganjak ketepi. Mulalah mulut aku terherot- herot sebab nak marah Jimin.

"Eish! Saya nak tidur ni, cuba wish-"

"Good night" kata Jimin, tapi tak pandang aku. Aku diamkan diri, manakala bibir aku sudah membentuk senyuman lebar sampai ke telinga.

"Jalja!" Kata aku sebelum berlari keluar dari bilik kerja Jimin. Jimin menjeling kelibat Areum yang nampak seperti orang gila tu lalu tersenyum kecil.

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now