Bab 7❄💫

7.4K 675 55
                                    

🌼

Jung Hoseok💜

+how's your day?
+ getting better?

Aniya

+mwo!
+waeyo?

Molla

+Yoora buat hal?

Ani

+then?

Areum cuma rindukan..
Oppa

+😔
+mianei
+abng jnji esok abng akan balik

Air mata aku bergenang bila membaca mesej terakhir Jung Hoseok, satu- satunya abang aku dalam dunia ini sebelum dia meninggal dunia pada nahas pesawat 2 tahun yang lalu.

Hal itu menjadikan aku seorang gadis sebatang kara. Nasiblah Puan Park ada untuk mengambil aku sebagai anak angkat dia. Baju peninggalan Hoseok aku peluk erat- erat. Air mata aku tak berhenti- henti mengalir, buatkan kepala aku jadi sakit.

"Hoseok- ah, nan bogoshippo"

Klek!

Jimin memasuki rumah setelah melepas kasutnya. Beg tangan diletakkan atas sofa ruang tamu, Areum yang tengah duduk di sofa dia kerling sekilas. Dia masih belum sedar yang gadis itu sudah separuh mati menangisi pemergian abangnya.

"Areum, buatkan aku-" kata- kata Jimin terhenti bila dia terdengar isak tangis Areum memenuhi gegendang telinganya. Tangannya naik untuk melonggarkan tali leher lalu dia berdiri di hadapan gadis itu.

"Waeyo?"

"Jimin.." Areum mendongak, pipinya sudah basah dengan air mata. Tindakan Jimin terhenti, wajah gadis itu direnung lama.

"Saya.. saya rindukan Hoseok" kata Areum lalu menangis lagi, Jimin mengeluh kecil, dia duduk melutut dihadapan gadis itu lalu menaikkan dagu Areum untuk memandangnya. Gadis itu masih lagi menangis, dengan cepat, Jimin menarik tubuh Areum lalu memeluknya, erat.

"Syhhh, gwenchana. I'm here" bisik Jimin lalu menepuk- nepuk belakang badan Areum bertujuan untuk menenangkannya. Areum tetap menangis.

Kehilangan seseorang yang kita sayang itu memang menyakitkan, lebih- lebih lagi bila orang itu adalah diantara yang terapat dengan kita.

"Abang, Areum rindukan abang" desis hati Areum sebelum gadis itu pengsan didalam dakapan Jimin.

"Areum, Jung Areum!"

🌼

"Ya mama, dia dah tidur" kata Jimin. Orang pertama yang dia maklumkan adalah mamanya sendiri kerana dia sudah tidak tahu hendak memberitahu siapa lagi mengenai Areum yang tiba- tiba saja pengsan tak sedarkan diri diatas tubuhnya.

Sedar tak sedar, hubungannya dengan Puan Park sudah baik secara sedia kala. The power of love..

"Nae, nanti Jimin maklumkan pada mama kalau dia dah sedar. Araso, Jimin tutup dulu. Eum, good night" kata Jimin sebelum panggilan telefon diputuskan. Jimin mengurut keningnya menggunakan jari telunjuk. Phone diletakkan atas meja lampu.

Wajah polos Areum yang sedang tertidur dia renung lama sebelum lelaki itu mengeluh perlahan. Jimin mengambil tempat disisi Areum, tuala basah dia letakkan atas dahi gadis itu.

"Mian, sebab tak jaga kau dengan baik" bisik Jimin, dia tundukkan kepala. Dia sentuh tapak tangan Areum lalu mengusapnya perlahan. Disitu, barulah dia sedar yang ada cincin kahwin mereka disitu. Cincin belah rotan yang Hoseok hadiahkan untuk Areum.

Jimin mengeluh. Dia letakkan tapak tangan Areum atas katil semula dan betulkan selimut yang membaluti tubuh gadis itu. Lampu tidur dimatikan sebelum Jimin melangkah keluar dari bilik.

"Jangan tipu aku, kau suka adik aku kan?" Hoseok tersengih lebar, lantas bahu sahabatnya itu dia tolak perlahan.

"Mana adalah! Merepek je kau ni. Apalah kau makan kat Jepun tu sampai boleh melalut- lalut macam ni. Hisy!" Jimin menggelengkan kepala tanda tidak.

"Ayy Jimin! Kalau suka cakap suka, jangan pendam lama-lama! Areum tu semakin dewasa, dia perlukan teman hidup, yalah, mana tahu aku-"

"Kau nak aku tumbuk kau? Berhenti cakap benda bodoh. Aku tak suka" Jimin berubah dingin.

Hoseok selalu cakap benda bukan- bukan. Dia selalu bercakap soal mati. Hoseok terlalu baik untuk dunia ini. Hoseok terlalu dari jauh dunia gelap itu.

"Jimin, terima kasih sebab ambil berat pasal aku, pasal Areum. Tapi kau kena ingat, aku tak selamanya akan berdiri di bumi ni, mungkin sekarang kau nampak aku berdiri depan kau, sebagai seorang manusia, tapi sampai masa nanti aku berdiri didepan kau, sebagai roh" kata- kata Hoseok buatkan aku terdiam. Aku benci Hoseok yang ini.

"Jimin-"

"Seok, kau ada rahsiakan sesuatu dari aku ke?" Soal Jimin. Hoseok memandang ke arah Jimin lalu tersenyum lebar lalu menggeleng. Aku hanya biarkan saja. Tanpa aku tahu yang itu adalah senyuman sunshine terakhirnya.

"Hoseok, aku minta maaf.."

.

.

😷

To be continue...

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now