🌼
"Jimin!""Hem?"
Areum berlari mendapatkan Jimin yang sedang menyarungkan kasut kulit di kakinya. Dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu buatkan Jimin terpaksa mengundur selangkah. Areum tersengih.
"Jangan lupa belikan saya A4 paper, saya kena print out assignment saya hari ni, tapi kertas habis. Kerja ni nak dihantar esok!" Areum mengekori Jimin hingga ke pintu depan rumah. Pintu dibuka.
"Tengoklah, kalau aku rajin-"
"Hisy! Rajinkan lah diri awak, kalau tak saya cium-"
"Boleh tak jangan agresif sangat? Kau fikir aku kucing ke kena cium selalu?" Kata Jimin seraya menjeling. Areum mencebikkan bibir, dia garu kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak cakap apa lagi selepas itu.
Tak semena- mena Jimin menghulurkan tangan, Areum menyambutnya tanpa banyak tanya buatkan Jimin merenungnya, pelik.
"Salamlah-"
"Tak nak salam, nak cium" Jimin mengemam bibir. Dia tarik tangannya dari pegangan Areum, tapi tak terlepas walaupun seinci.
"Boleh tak jangan buang tebiat? Orang cakap salam tu salamlah-"
"Ish! Awak pergilah kerja, malas saya nak layan awak ni!"
Areum melepaskan tapak tangan Jimin sebelum berdesup masuk kedalam rumah. Dia tahu perangai dia gedik, tapi itu tak salah kan? Suami sendiri juga, bukan suami orang lain.
"Uwahh"
Areum menghempaskan badannya di atas sofa. Marah tu memanglah marah, tapi, kalau Jimin tak pandai nak faham- faham, sampai bila- bila pun dia nak marah.
Ding dong~
Areum menekup telinganya menggunakan kusyen sofa. Malas dia nak layan para kuman ni. Tapi makin dia hiraukan, makin agresif orang yang tekan loceng tu.
Isk.
Areum melangkah dengan pantas sebelum pintu rumah dia bukak luas. Betullah, memang kuman yang datang. Kuman? Kuman apa lagi, kuman Juliet Shan perempuan kening cukur tu.
"Nak apa?"
"Nak Jimin-"
"Kalau nak Jimin cari Jimin kat office bukan kat rumah. Jimin dah chau mencari rezeki untuk isteri kesayangan dia"
"Tch, jangan nak perasan ya! Where's Jimin? My future husband? I tunggu dia kat pejabat, tapi dia tak datang- datang. Mesti you yang halang dia pergi kerja, kan!"
"Kepala hotak kau! Kau ni, dah kening pun cukur jangan menguji kesabaran aku nak cukur rambut fake kau pulak! Jimin tak ada!"
Juliet menolak bahu Areum sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Matanya meliar memandang ke segenap ruang didalam rumah tersebut.
"You know what, this should be my house. I yang sepatutnya berdiri di tepi dia sebagai isteri dia. Not you! Bila you nak cerai dengan Jimin? Nak I tolong?" Juliet melabuhkan punggung di atas sofa seraya menyilangkan kaki.
Areum mengetap bibir geram. Dia hembuskan nafas, menenangkan dirinya sendiri lalu bercekak pinggang.
"Aku tak akan bercerai dengan dia! Dia suami aku, dan aku ada hak untuk hidup dengan dia!"
"Sebelum Jimin jadi hak you, Jimin pernah jadi hak I. So, you jangan nak mengada!" Juliet sudah berdiri lalu merapati Areum. Lengan gadis itu direntap lalu digenggam erat.
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfic[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...