Bab 51❄💫

7.2K 548 19
                                    

🌼

"Nak order apa?"

Jimin membelek- belek buku menu yang diletakkan atas meja makan tersebut.

"Nak order latte- chimin" jawapan Areum buatkan Jimin lalu mendongak memandang kearahnya. Kening Jimin terangkat, bibirnya tersengih.

"Latte- chimin tak wujud, Cik Areum. Yang ada hanya ada Park Jimin, suami kepada Jung Areum" balas Jimin. Buku menu diletakkan atas meja sebelum tapak tangan Areum dicapai lalu dikecupnya.

"Wangi, pakai perfume apa?"

"Saya tak pakai perfume apa- apa, sebab bau dia kuat. Hidu sikit boleh buat saya loya" jawab Areum. Jimin yang mendengar hanya mampu tersenyum.

"Pembawakan bayi ke?" Jimin menyoal, dia sentuh perut Areum.

"Ya, kot" Areum tayang sengih sebelum tapak tangan Jimin dia alihkan dari memegang perutnya. Berkerut dahi lelaki itu jadinya.

"Kenapa?"

"Geli"

"Dengan suami pun nak geli ke?" Areum cuma tayang sengih, pipi Jimin dia usap perlahan bila Jimin tayang muka nak merajuk. Areum ketawa kecil, comellah Jimin ni!

"Klien awak lambat lagi ke nak sampai?"

"Em.. katanya tengah on the way" balas Jimin, jam tangan dipergelangan tangannya dipandang.

"Kalau macam tu saya pergi sana dulu, nak tengok- tengok ikan dalam akuarium" Areum meminta diri seraya membuat muka seposen, belum sempat dia hendak berdiri, Jimin sudah menyentuh lengannya. Menahan pergerakannya sekejap.

"Pergilah, tapi jangan lama. Nanti aku rindu.."

"Eleh!" Bibir Areum serta merta mengukir senyum lebar, bahu Jimin dia pukul perlahan. Jimin hanya ketawa kecil, rambut hitamnya dia raup kebelakang.

Pandangan mata langsung tak dilarikan dari isterinya yang sedang berjalan meninggalkan dia. Haih, inilah akibatnya bila dapat isteri berjiwa kanak- kanak. Susah nak lepas, comel je memanjang!

"Ahh.. nomu kiyowo" Areum mengukir senyum sebaik dirinya sudah sampai dihadapan akuarium besar yang terletak disudut restoran tersebut. Laju dia keluarkan phonenya dari beg sandang sebelum menangkap beberapa gambar ikan. Cantik, ada nemo dan ikan yang lainnya.

"Baby comel, tak?" Areum menyoal sebelum gambar yang baru ditangkapnya disuakan pada perutnya yang masih lagi leper. Dia ketawa kecil. Perutnya diusap, seorang pelayan menghantar susu coklat pada Areum, dari Jimin katanya.

"Eo, gomawo.."

Baru sahaja Areum hendak berpatah balik ke tempat Jimin berada, dia menangkap pula permandangan yang tak enak. Jimin sedang berpegangan tangan dengan seorang perempuan! Areum ketap bibir, mood- nya sudah jatuh secara mendadak. Agak- agaklah kalau klien pon!

"Ewah Jimin, mesranya awak.." bisik Areum, tapak tangan digenggam, cawan berisi susu coklat dia teguk sampai habis sebelum dia letakkan atas sebuah meja. Tak sanggup nak lihat Jimin dengan perempuan lain, Areum melangkah keluar dari restoran dan kembali ke hotel memandangkan hotel dan restoran hanya bersebelahan sahaja.

"Baby.. mama kecewa. Hati mama sakit, rasanya mama.. mama cemburu" bisik Areum sebaik memasuki bilik hotel, mafela dilepaskan dari leher sebelum tubuh dihempaskan diatas katil.

"Baby.."

Ting!

Phonenya yang menyala menandakan ada mesej masuk dicapai. Mesej dari Jimin, semestinya.

Chimochi💞

+hey
+pergi mana?
+aku tak nmpk kau

Sya nak pergi jauh

+Areum
+kau kt mna?

Pergilah sambung date dgn klien perempuan awak tu
Jgn cari saya!

+sayang..
+cemburu?

Tak jimin, sya langsung tak cemburu

Areum kemam bibir, soalan Jimin tu memang buat hati dia tambah sakit. Kalau dia dah sampai lari ni, takkanlah bukan sebab cemburu? Sebab suka ke? Isteri mana je yang suka suami dia berpegangan tangan dengan perempuan lain?!

+sayang..
+tunggu situ.
+aku balik skrang

.

.

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now