Bab 34❄💫

7.4K 599 23
                                    

🌼

"I want you be your light,baby
You should be your light.."

Areum bernyanyi sakan seraya menyediakan pancake untuk sarapan pagi. Waktu sekarang menunjukkan jam 7:30 pagi. Jimin masih belum lagi bangun. Yalah, mesti dia penat, semalam pun balik lewat.

"I still wonder, wonder, wonder.."

Kali ini, serbuk kopi dituang kedalam mug besar. Jimin memang gemar minum kopi waktu pagi, kopi susu. Sedap noh!

"Areum.."

"Hem?"

Areum menolehkan wajahnya pada empunya suara. Jimin yang sedang duduk diatas kerusi di meja makan dengan rambut yang sedikit serabut. Areum jongketkan kening, Jimin menguap kecil.

"Hari ni nak kau nak keluar pergi mana- mana ke?" Soalnya, Areum menggeleng kecil. Terus dia tersengih sebelum menghampiri Jimin lalu duduk di kerusi disamping lelaki itu.

"Kenapa? Awak nak ajak saya keluar ke? Nak date dengan saya?" Areum menaikkan- naikkan keningnya pada Jimin. Lelaki itu hanya memerhati sebelum dia menggeleng.

"Tak, hari ni, memandangkan kau tak pergi mana- mana, aku amanahkan kau jaga rumah sebab aku sehari kat office hari ini. Tak keluar sebab banyak meeting kerja aku kena attend. Jadi.." Jimin menggantungkan ayatnya bila melihat wajah Areum yang mulai cemberut.

"Alaaa baru nak ajak awak makan kat upperstar.. eumm" Areum sandarkan tubuh pada kerusi, bibirnya memuncung panjang. Tapak tangan Jimin capai lalu tautkan jari- jemarinya dengan lelaki itu.

"Makan kat rumah boleh je kan.."

"Saja nak makan demand dengan awak! Tak apalah, saya masak spaggeti je hari ni-"

"Aku balik kejap hari ni, lunch dengan kau lepas tu pergi kerja balik. Nak macam tu?" Jimin menyoal lagi. Areum diamkan diri sebelum dia mendongak memandang Jimin. Dia tahu Jimin sedang cuba untuk berlembut dengannya, kerana terasa nada suara Jimin yang sedang menahan.

"Tak apalah, lain kali saja. Awak kan banyak masa, lagipun cuti semester belum lagi habis. Awak siapkan dulu kerja awak, then kita spend time bersama.."

"Spend time? Tak cukup ke masa honeymoon hari tu?"

Kata-kata Jimin buatkan Areum mengetap bibir. Tak tahulah kenapa Jimin bersikap acuh tak acuh hari ni. Mungkin problem dia kat pejabat masih belum selesai kot. Areum cuba bersikap positif.

"Yalah, saya minta maaf. Awak siapkan kerja awak, saya janji tak ganggu.." Areum mengangkat tangan seperti ikrar didepan Jimin sebelum dia senyum segaris.

"Em.."

Areum mencebik kecil, Jimin melepaskan pegangan sebelum berdiri untuk mandi. Areum rasa terkilan, sedikit.

Okay, Areum, kau kena faham, Jimin busy, dia ada problem kat pejabat. Okay chill, okay chill. Sabar, itu memang dugaan awal perkahwinan. Okay? Areum mengeluh perlahan, haih susahlah Jimin ni!

Areum mengangkat punggung sebelum dia bergerak ke ruang tamu, kusyen, meja dia kemas bila nampak berselerak dengan bekas makanannya semalam. Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung diatas sofa, Jimin sudah memanggilnya.

"Eo? Waeyo?" Pantas saja Areum melangkah mendaki naik ke tingkat atas lalu mendapatkan Jimin didalam bilik.

"Wae-"

"Close the door"

Areum terlebil- kebil di posisinya. Dia enggan menuruti permintaan Jimin, entahlah. Dia rasa seram sejuk. Jimin yang sedang memakai bathrobe itu dipandangnya. Lelaki itu menoleh.

"I said close the door, sayang.."

"No-"

"No?"

Areum mengetap bibir. Jimin sudah bergerak merapatinya, lelaki itu sudah berdiri tegak dihadapannya dengan pandangan mata yang tajam dan sengihan kecil. Jimin melingkarkan lengannya di pinggang Areum, buatkan jarak diantara mereka semakin rapat.

"Ke- kenapa ni?"

"Jom date?"

"Huh?" Areum mengerutkan dahi, dia pelik dengan perangai Jimin. Tadi, bukan kemain menyakitkan hati lagi, sekarang ni apa pulak?

"Bukan awak cakap awak nak kerja ke?"

"Tak jadi" jawab Jimin, dia pandang anak mata Areum sedalam- dalamnya. Dia rapatkan wajah, seinci saja sebelum Jimin menghentikan pergerakan buatkan Areum dapat merasa deru nafas Jimin di pipinya.

"Ji- jimin.."

"Yes, sayang?"

"Jangan buat saya seram boleh tak?" Areum menjarakkan diri tapi dia ditarik semula oleh Jimin, lelaki itu mengenggam tapak tangan Areum lalu diletakkan atas dada bidangnya yang sedikit terdedah. Terbeliak mata Areum jadinya.

"Yahh!"

"Tak nak claim me as yours?"

"Bukan ini masanya-"

"So, what's the time?" Soal Jimin, dia lepaskan tapak tangan Areum lalu membetulkan ikatan tali bathrobenya. Areum mengetap bibir, dia rasa janggal dan bersalah.

"Um.. i don't know"

"Areum.."

Jimin mengeluh kecil. Dia pandang bawah sebelum dia mendongak memandang Areum, gadis itu sedang mengetap bibir. Jimin raup rambutnya kebelakang, gadis itu ditarik untuk duduk diatas katil dan Jimin berdiri dihadapan gadis itu.

"It's okay, aku akan tunggu. Sehari, dua hari, sebulan, bertahun. Aku akan tetap tunggu untuk kau. Tapi, better think about it again, my mom is waiting... and me too-"

"Saya minta maaf-"

"Tak apa, aku faham"

Jimin mengusap rambut Areum yang sedang mendongak memandangnya sebelum melangkah masuk kedalam kamar mandi.

Argh!

.

.

😐😐

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now