Bab 9❄💫

7.4K 646 32
                                    

🌼


Segala peralatan dan beberapa fail aku sumbat masuk kedalam beg secara kelam kabut. Dah setengah jam lebih aku tinggalkan Jimin kat luar. Mahu disembelihnya aku nanti sebab lambat.

"Nak balik dah?" Yoora bertanya, aku anggukkan kepala seraya meminta dia untuk menolong aku memasukkan laptop aku dalam beg.

"Kau ikut husband kau ke?" Bisik Yoora lalu kami beriringan keluar dari dewan kuliah. Aku hanya mengangguk perlahan, malas nak jawab banyak- banyak. Nanti melarat- larat pulak soalan Yoora ni.

"Bye!"

Aku melambaikan tangan aku pada Yoora seraya masuk ke dalam perut kereta, Jimin masih kaku duduk di tempat pemandu dengan wajah kelat. Dia kerling aku sekilas sebelum mulakan pemanduan, dan yep, dia pandu arah berlainan dari jalan menuju ke rumah kami.

"Kau lambat 10 minit, so aku terpaksa angkut kau sekali pergi jumpa client. Lepas ni, kita terus pergi klinik, untuk check suhu kau" kata Jimin. Aku hanya anggukkan kepala, rasa sejuk dari aircond menambahkan lagi sakit di kepala aku.

Aku sandarkan badan pada kerusi lalu pejamkan mata, tak nak kacau Jimin dengan pemanduannya itu. Dah elok-elok mood dia okay, jadi tak okay pulak nanti.

Lama- kelamaan Areum terlena dengan sendirinya.

"Areum-" Jimin hentikan kata- katanya apabila melihat Areum sudah terlena. Dalam kesempatan keretanya berhenti pada lampu merah, Jimin melepas jaketnya lalu menyelimutkan Areum. Kerusi gadis itu dia rendahkan bagi Areum tidur lebih selesa.

🌼

Ttup!

Areum mencelikkan anak matanya apabila lenanya diganggu dengan bunyi pintu kereta ditutup. Jimin yang baru masuk ke dalam kereta dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Awak dah selesai jumpa client?"

"Emm" jawab Jimin lalu menghidupkan enjin kereta. Areum memandang ke luar kereta, di bangunan berhampiran kereta Jimin ada sebuah kedai bunga yang sedang terbuka.

"Jimin! Saya nak singgah beli bunga kejap, tunggu saya-"

"No. Biar aku belikan, kau stay je kat sini" kata Jimin dengan nada suara dingin dia lalu melangkah keluar dari perut kereta.

Woah, Jimin beku dah kembali.

Areum hanya memerhatikan langkah Jimin memasuki kedai bunga tersebut dengan diam. Tanpa sedar dia senyum sendiri, Jimin memang kacak dengan pakaian full black, tambahan lagi dengan kaca mata hitamnya itu.

Husband material💜

Kelibat Jimin terlihat sedang berjalan keluar dari kedai bunga tersebut sambil memegang sejambak bunga baby breath. Jimin memasuki perut kereta lalu menyuakan aku bunga tersebut.

"Gomawo!"

"3500 won, hutang kau dekat aku" balasan Jimin buatkan aku speechless. Jimin, aku baru je puji kau tadi!

Jimin kerling aku sekilas, aku muncung bibir seraya menghidu bauan bunga baby breath berwarna putih tersebut. Lamanya tak hidu bau bunga ni!

"Eik Jimin, mana awak tahu saya suka bunga baby breath?" Soal aku pada Jimin ketika dia suka memandu keluar dari kawasan parking.

"Bunga itu je yang aku tahu-"

"Bunga rose tak tahu?" Soal aku lagi. Jimin tidak menjawab, dia endahkan soalan aku lalu memandu ke sebuah bangunan putih yang aku kenali sebagai klinik swasta.

"Saya dah okay- Aargh!"

Aku menjerit kecil bila Jimin menjentik dahi aku kuat. Berdetup bunyi dia, rasanya tulang kepala aku retak disebabkan jari Jimin yang kecil kecil cili padi tu.

"Itu sakit, kan? Jadi jangan banyak bunyi lagi, jom keluar" Jimin keluar dari kereta selepas mencampak bunga aku ke seat belakang. Aku tak tahulah nak menangis atau nak belasah Jimin sekarang ni.

Mahu tak mahu aku hanya menuruti permintaan dia dan keluar dari perut kereta menuju ke pintu masuk bangunan tersebut.

Baru beberapa langkah berjalan, kepala aku terasa berat balik. Aku benci bau ubat, aku benci bau hospital kerana ia akan mengingatkan aku pada Hoseok.

Tubir mata aku berair, aku jatuh pada kerusi menunggu, sudah aku cakap, aku tak suka bau ubat. Jangan buat akan ingat akan Hoseok. Dia nadi aku yang telah lama pergi.

"Areum.."

Jimin duduk melutut dihadapan aku. Aku diamkan diri, hanya pandang dia dengan mata aku yang berair.

"Saya nak balik.."

"Kau tak sihat, kena jumpa doktor dulu." Bisik Jimin lembut seraya mengambil tempat disamping aku. Aku gelengkan kepala, Jimin menyentuh tapak tangan aku dengan tapak tangannya yang hangat. Terbukti bahawa demam aku belum lagi kebah.

"Lagi lama saya kat sini, lagi lama sa- saya akan ingat akan Hoseok. Please, bawa saya pergi dari sini"

"Areum, i know. Aku akan bawa kau keluar dari sini lepas kau jumpa doktor, jangan degil. Aku tak suka dengan orang yang degil" tanpa babibu Jimin dah mengangkat aku masuk kedalam bilik rawatan bila nombor dipanggil.

Argh!

Jimin ni memalukan betul!

.

.

😀
To be continue...

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now