Bab 29❄💫

7.8K 806 76
                                    

🌼

"Hidup akan menjadi lebih indah jika kamu dan aku menjadi kita"

"Woooo"

Areum mengeluarkan smartphoneya lalu mengambil beberapa keping gambar dengan ayat tersebut. Gadis itu tersenyum kecil, dia tidak perasan yang Jimin sudah meninggalkannya beberapa langkah ke depan. Tulah, perempuan dan kamera berpisah tiada.

"Areum!"

"Eo Jimin! Chakaman!" Areum berlari anak mendapatkan Jimin lalu berdiri di samping lelaki itu. Jimin menggeleng kecil. Areum, perwatakannya persis kanak- kanak yang tak berdosa. Begitu periang, dan sangat aktif terutamanya dalam hal menggembirakan seperti sekarang.

"Jimin! Tengok saya, saya nak gambar awak ni!"

"Tak nak"

Sepantas kilat Jimin menolak. Areum mencebik kecil, dia tetap snap gambar Jimin dalam keadaan candid. Melebar senyumannya ketika dia meletakkan phone kedalam saku seluar.

"Woah"

Areum menunjukkan wajah teruja apabila melihat air tasik yang diterangi dengan warna- warna lampu neon dibawah mereka. Tak sedar yang mereka sudah berjalan jauh hingga ke situ. Areum senyum kecil.

Ketika dia leka memerhati warna- warna tasik bertukar warna, dia terasa yang tapak tangannya yang kosong tadi kini menjadi hangat dan berat. Dia menoleh, Jimin sedang mengganggam erat tapak tangannya secara sembunyi- sembunyi.

"Eee apa ni?"

"Tangan, tak pernah nampak tangan?" Jimin menjawab seraya mengangkat tangannya yang sedang bertaut erat dengan Areum.

Areum ketawa kecil, dia merapatkan diri dengan Jimin bila lelaki itu memasukkan tapak tangannya kedalam poket jaket.

"Jimin awak pernah pergi sini ke?"

"Pernah, time outstation dengan kawan sekerja hari tu. Sekali je" kata Jimin, mendongak, memandang dada langit yang mulai memerah kerana waktu sudah hampir masuk malam.

"Best ke?"

"Gila tak best! Outstation dengan klien perempuan tu-"

"Isk!"

Habis bahu Jimin, Areum pukul kuat- kuat dengan tapak tangan dia. Jimin tidak mengadu sakit, dia cuma tahan lengan Areum dari terus- menerus memukulnya. Lama- lama dia rasa sakit jugak.

"Jangan mention pasal perempuan lain masa kita bersama. Saya tak suka!" Areum mencebik. Kalau boleh, mahu dia culik Jimin masuk dalam karung dan label bahawa lelaki itu miliknya.

Jimin ketawa kecil, dia tarik Areum mendekat dengannya sebelum pipi gadis itu dia tekup.

"Janganlah marah- marah, nanti cepat tua" bisik Jimin, dia kecup dahi Areum sebelum gadis itu memeluk pinggang Jimin. Areum memuncungkan bibir.

"Biarlah saya tua, awak bukannya suka saya sangat pun" kata Areum membuatkan tawa Jimin meletus.

"Alahai sayang, baru cakap macam tu pun dah merajuk?" Jimin berbisik perlahan, Areum meleraikan pelukan sebelum berdiri tegak dihadapan lelaki itu.

"Jimin, awak betul- betulkan cintakan saya ke?" Soalan dari Areum membuatkan lelaki itu terdiam. Jantung Areum berdegup kencang, dia tahu dia tidak patut bertanya, tapi hantinya berkocak ingin tahu.

"Kan aku dah jawab tadi pagi. Kenapa tanya lagi? Kenapa? Tak percaya?"

"Aniya. Saya tak rasa macam tu pun. Saya rasa bland-"

"Areum, believe me. Aku cintakan kau dan sewaktu kita hari pertama kita sah menjadi suami isteri, aku dah menjadi milik kau. Zahir dan batin"

"Saya tahu. Secara zahirnya awak memang milik saya, batin? Saya tak pasti-"

"Nak aku buktikan?"

"Buktikan macam mana?"

"Melalui sains, bab 4" Jimin mengukir smirk kecil membuatkan Areum laju menampar bahu Jimin. Lelaki itu ketawa besar, habis para pengunjung yang ada disitu berpaling melihat mereka.

"Apalah awak ni, fikiran kotor!"

"Apa yang kotornya, itu untuk kebaikan keluarga kita juga, untuk teruskan kelangsungan keturunan keluarga Park" Jimin menguntum senyum, tangannya erat menganggam tapak tangan Areum.

"Cubalah fikir cara lain. Contohnya awak cari cara untuk goda saya ke-"

"Tak ada masa aku nak buat semua tu. Sekarang pun kau dah tergoda dengan aku, kan?"

Areum tersengih kecil sebelum menyembamkan wajahnya pada dada Jimin. Lengannya melingkar di pinggang Jimin dia peluk. Time nilah dia nak jadi koala pulak.

"Mana ada.."

"Areum.."

"Eung?"

"Jomlah balik hotel"

"Balik hotel buat apa?"

"Buat eksperimen" Jawapan dari Jimin buatkan kening Areum berkerut.

"Eksperimen apa?"

"Eksperimen malam pertama"

"Hisy!!"

Meledak lagi ketawa Jimin jadinya. Habis merah muka Areum bila disakat macam tu. Jimin ni sampai ke situ pula.

.

.

To be continue..

Meh titipkan author bintang oren jika anda sudi. 💓😚

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now