🌼
"Apa ni prof! Kacau cuti semester kami jerr!!" Joo kwon merengek seraya mengeluarkan laptopnya dari beg. Prof Fong hanya tersengih lalu meminta maaf berkali-kali kerana mengangguk cuti semester para pelajarnya.
"Maafkan saya, ya? Kementerian dah perbaharui format kerja yang baharu dan disebabkan oleh itu juga, tarikh assingment yang perlu dihantar juga diperharui iaitu 2 minggu dari sekarang. Oleh itu, saya kena ajar kamu semua format baru, dan kena bimbing kamu sampai assingment kamu tu betul- betul sempurna. Maaf sekali lagi.." kata Prof Fong serentak keluhan berat terhasil disetiap pelajar.
Ting!Chimochi💞
+awal keluar
Emergency😣
Maaf sbb tak bagitau awak🙇
Maaf jgk sbb tak kejutkan awak🙏+tak sarapanlah ni?
Ehee
Tak sempat sbb tdi dh lambat.
Maaf tak buatkan awak breakfast
Jeongmal mianhae!+balik nnt jam berapa?
12 noon
+naik grab?
Yep
+tunggu je situ
+aku ambilEo?
Chimochi💞 Last seen today a few minutes ago.
"Hem?" Areum kerutkan dahi, hairan bila Jimin terus offline tanpa menerangkan kepadanya lebih lanjut.
Dia senyum kecil bila melihat balasan Jimin. Semakin panjang pula chat dia ni. Areum meng- on kan laptop lalu membuka fail assingment yang di save-nya minggu lalu. Areum mengambil beberapa nota tentang perkara yang perlu diubah dan waktu menghantarnya. Bincang punya bincang sampai tak sedar dah masuk jam 12 tengah hari.
"Okay, class, sampai disini sajalah perbincangan kita. Saya harap kamu semua dapat betulkan perkara yang saya minta. Kita akan berjumpa selepas 2 hari pada waktu yang sama. Semua boleh bersurai, terima kasih" kata Prof Fong sebelum mengemas barangnya.
"Areum!"
Areum yang sedang mengemas barangnya menoleh, Jungkook sedang melambaikan tangan kearahnya. Laju saja Jungkook melangkah kearahnya dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga.
"Eo, Jungkook. Kenapa baru sampai?"
"Saya bangun lambat tadi. Em, Teacher Fong cakap apa? Saya dengar dari group yang format assingment kena tukar, haih. Nampaknya makin sibuklah kita" rengek Jungkook. Dia raup rambutnya kebelakang. Areum mengangguk kecil.
"Jadi.. awak nak buat macam mana? Awak dah tertinggal banyak benda tau" kata Areum. Mereka beriringan keluar dari dewan kuliah. Hari ni Yoora awal keluar, sebab dia terima emergency leave. Entahlah atas urusan apa.
"Awak ajarkan saya boleh?"
"Eh mestilah boleh! Bila?"
"Bila- bila saja, asal awak free. Em, awak balik naik apa hari ni?" Tanya Jungkook, baru saja Areum mahu menjawab, kelibat seseorang yang sedang menyandar di tepi kereta membuatkan dirinya berhenti berjalan, begitu juga dengan Jungkook.
"Em.. saya balik dengan, tuuu" jawab Areum seraya memuncungkan bibirnya ke Jimin. Jungkook mendongak.
"Ahh, awak balik dengan abang?"
"Eum.. bukan abang tapi-"
"Areum, dah siap?" Jimin menegur lalu dengan langkah yang besar dia berjalan merapati Areum lalu berdiri disamping gadis itu.
"Dah.. dah siap"
"Ahh hyung, apa khabar?"
"Baik" jawab Jimin sepatah sebelum beg berisi laptop Areum dia ambil. Jimin meluru masuk kedalam kereta.
"Kenapa dengan abang awak?"
"Molla, eh Jungkook. Saya pergi dulu, awak jaga diri tau, kalau saya free saya ajar awak. Tunggu je saya call. Annyeong!" Areum melambaikan tangannya sebelum berlari masuk kedalam kereta.
"Sukalah kena flirt?"
"Mana ada kena flirt, awak ni. Saya cakap dengan Jungkook, classmate saya. Dia datang lambat tadi, terus ter-skip perbincangan. Jadi dia minta saya ajarkan perkara yang dia tertinggal tadi" kata Areum, seat belt dipasang.
"Ohh, tak tanya pun"
"Hesy!"
Areum mencebik. Jimin sengih kecil, enjin kereta dihidupkan.
"Kita nak pergi mana?"
"Jalan- jalan ke hati aku" jawab Jimin acuh tak acuh. Areum gulingkan anak mata. Dia betulkan rambutnya yang sedikit kusut sebelum duduk diam ditempatnya. Suasana didalam kereta menjadi hening seketika. Disebabkan pelik dengan kesunyian Areum, Jimin melirikkan anak matanya ke Areum sekilas.
"Kenapa diam?"
"Salah ke saya diam?"
"Malu?"
Areum terdiam. Dia bisukan diri sebelum menunduk memainkan tapak tangannya sendiri. Jimin menghentikan kereta bila lampu isyarat bertukar merah. Tangan Areum disentuhnya lembut.
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa- apalah!" Jawab Areum, dia gosok pipinya sebelum mengelak berpandangan dengan Jimin. Tangan Areum digenggam erat.
"Eii nasiblah dalam kereta kalau tak-"
"Kalau tak apa? Kalau tak apa, hah?"
"Aku babap kau kat sini-"
"Hesy!"
Laju saja Areum menampar lengan Jimin buatkan tawa lelaki itu meletus.
Heee pervert!
.
.
😉💞
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...