Bab 23❄💫

7.4K 618 27
                                    

🌼

"Bye anak mama sayang. Jaga diri, ya? Jaga makan, jaga hati. Jangan sakitkan diri dan always stick around Jimin. Jangan tinggalkan dia even sesaat. Okay and, guna benda yang mama dah sediakan dalam beg tu, jangan lupa tau?"

"Err okay mama"

Puan Park tersenyum penuh makna sebelum menarik Areum kedalam sebuah pelukan. Jimin hanya memerhati, kekadang memasang telinga, sepatah haram pun dia tak faham. Benda apa? Risau dia dengan ibunya itu. Jangan dia masukkan benda bukan-bukan dahlah.

"Jaga diri ya? Jimin! Jaga isteri kamu ni, mama tak nak ada satu kesan calar pun kat badan." Puan Park memberi amaran. Jimin hanya mengangguk faham.

"Bye mama!"

Areum melambaikan tapak tangan seraya mengekori Jimin yang dah masuk ke dewan berlepas. Mereka memberikan tiket penerbangan lalu bergerak masuk kedalam kapal terbang.

"Mama cakap apa?"

"Hem? Dia cakap pasal hal perempuanlah!" Jawab Areum, dia sendiri pun tak faham apa yang Puan Park katakan kepadanya tadi.

Jimin tidak membalas lagi, dia memasang seatbelt sebelum membetulkan cara duduknya.

"Excuse me, may I have your number?" Tegur salah seorang wanita pramugari berparas cantik dengan tanda nama Anne Lee. Jimin mengerutkan dahi, begitu juga Areum.

"My number?"

"Yes. Your phone number, I just found you're attractive. I- i like the your look. I think i want to get you know more"

Areum mencebikkan bibir. Dia menjeling mereka berdua sebelum berpeluk tubuh. Tahulah Jimin tu hensem! Tapi kalau nak mengorat pun agak- agaklah, tepi dia ni isteri dia! Mahu terbalik kapal terbang ni dia kerjakan nanti.

"Here, write your number" Jimin menghulurkan aku secebis kertas dengan sebatang pen. Areum mengerutkan dahi.

"Eo?"

"Ahh no, no, no!"

Laju pramugari bernama Anne Lee itu merampas kertas kecil tersebut. Dia senyum paksa sebelum berjalan ke arah yang bertentangan. Sempat lagi dia menghadiahkan aku jelingan maut. Tuih! Muka je cantik, tapi tak tahu beza laki orang.

"Kenapa tak tulis je? Dia cantik, untunglah awak dapat nombor telefon pramugari, dibandingkan dengan saya, potato-"

"So what? Aku lagi selesa dengan potato dari perempuan tadi tu. Kau jangan banyak bunyi or aku tinggalkan kau kat hotel seharian" Jimin menegur aku. Dia sumbatkan telinganya dengan earphone sebelum menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Areum mengeluh kecil.

"Complain sikit pun tak boleh"

Areum menoleh memandang ke tingkap di luar flight yang mulai melakukan penerbangan. Beberapa tips diberikan oleh para pramugari yang cantik- cantik belaka seperti alatan keselamatan yang mengambil masa kira- kira 10 minit. Areum menyandarkan tubuh bila demonstrasi sudah tamat.

Dia jeling Jimin, masih elok memejamkan mata.

"Nak?"

Areum tersentak bila Jimin menghulurkan earphone sebelah kanan kepadanya. Tanpa banyak tanya, laju Areum mengambilnya. Lagu Promise dari Jimin BTS.

"I dedicate this song to someone special" bisik Jimin langsung buatkan Areum terkesan. Tentunya orang tersebut bukanlah dia. Yalah, dia bukannya special pun bagi Jimin. Setakat isteri atas kertas aje. Tanpa sedar bibir gadis itu muncung.

"Wae?"

"Tak ada.." jawab Areum, hampir tidak didengar oleh Jimin. Dia lepaskan earphone dan berikannya semula pada Jimin yang kebingungan.

"Saya nak tidur. Awak sambunglah dengar.." Areum mulai menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia pejamkan mata. Haih, susahlah kalau cinta bertepuk sebelah tangan ni.

"Tak nak pegang?"

"Pegang apa?"

Jimin menghulurkan tapak tangan, serta merta dahi Areum berkerut.

"Kau kan tak selesa tidur kalau tak ada benda yang nak dipeluk, kau peganglah tangan aku. Jangan gigit sudah-"

"Buat apa saya nak gigit pulak!"

"Tidur jelah" Jimin menarik tapak tangan aku lalu menggenggamnya erat. Terus melebar senyuman Areum jadinya.

"Awak sengajakan cakap macam tu sebab nak pegang tangan saya je-"

"Jangan perasan. Kalau tak nak, lepaskan jelah. Kan senang-"

"Eee tak nak!" Areum memeluk erat tapak tangan Jimin. Tanda dia tidak mahu melepaskan tangan lelaki itu. Jimin sembunyi senyum.

.

.

To be continue..

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now