Bab 49❄💫

7.6K 571 22
                                    

🌼

"Boleh aku minta kau buat sesuatu untuk aku, Jimin?"

"Apa dia, seok?" Dengan muka penuh curiga Jimin memandang wajah Jung Hoseok yang sedang serius itu. Lelaki itu mengemam bibir sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Kau boleh jadikan adik aku, Areum, sebagai isteri kau?"

Jimin terdiam. Chopstick diletakkan atas meja, dia berpeluk tubuh. Kali ini dia renung muka suci Hoseok dalam- dalam. Mencari makna tersirat disebalik ayat sahabatnya itu.

"Really Seok? Kau nak aku jadi suami kepada adik kau? Kau tak fikir waras ke? Adik kau tu baru masuk 17 tahun, terlalu muda untuk lelaki yang dah sesuai nak jadi bapa budak ni!" Kata Jimin buatkan Hoseok ketawa, tak tahulah apa lucu, tapi wajah Jimin yang bengang tu buat dia rasa nak pecah ketawa. Hisy.

"Kau mengaku jelah, kau suka adik aku, kan?"

"Apa bukti kau?"

"Kau nak aku buktikan?" Hoseok mulai mengeluarkan telefonnya dari poket seluar, log panggilan ditekan lalu nombor adiknya, Jung Areum dicari. Nombor itu ditayangkan dihadapan Jimin. Membulat anak mata lelaki itu jadinya.

"Kau buat apa?!"

"Aku call, tapi kau cakap dengan dia-"

"Tak payah!" Habis merah muka Jimin jadinya. Sekali lagi tawa Hoseok meletus.

"See? Kau betul- betul sukakan adik aku"

"Okay.. aku mengaku. Tapi itu baru suka dan minat je, perasaan tu belum lagi jauh sampai ke cinta cintun bagai" Jimin memandang keluar tingkap mengelak berpandangan dengan Hoseok yang sudah tersenyum menang itu.

"Kenapa? Kau takut dia ada orang lain?"

Jimin terdiam, tapak tangannya dia genggam. Tolonglah Seok, jangan buka topik ni, sensitif tahu tak?!

"Jimin, kalau kau kahwin dengan adik aku, aku izinkan malah aku tak halang langsung sebab aku tahu kau lelaki yang bertanggungjawab. Sesiapun yang jadi isteri kau mesti seorang yang beruntung, kan? And I want Areum to be that lucky girl cause she's to special for me. Aku satu- satunya keluarga yang dia ada selepas ibu bapa aku meninggal. Dan aku perlukan pengganti sebelum aku pergi-"

"Seok.." Jimin memberikan Hoseok death glare. Hoseok senyum kecil.

"Kenapa kau desperate sangat ni?"

"Aku cuma takut, kalau aku pergi nanti, dia nak bergantung pada siapa? Aku tak percayakan sesiapa selain kau.." Hoseok mencapai napkin diatas meja lalu melipatnya dengan lipatan tidak kemas.

"Kau takkan kemana- mana Seok-"

"Siapa tahu, Jimin? Takdir tu terletak pada tangan Tuhan, bukan pada manusia. Kau rancang lain, dia jadikan lain.."

Jimin mengeluh.

"Apa kau nak aku buat?"

"Kalau kau kahwin dengan adik aku, tolong pegang kata- kata aku. Aku masih anggap dia tu budak kecil, innocent, dia tak pernah berbohong itupun walaupun terpaksa. Jangan tipu dia. Jangan tinggalkan dia walau sukar manapun dugaan yang kau lalui.." kata- kata Hoseok buatkan hati aku berdebar.

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now