🌼
"Areum..?"
"Now, jangan kacau saya Jimin! Kerja saya belum siap! Nak hantar sejam lagi!" Areum membetulkan duduknya, rambut panjangnya diikat bun, Jimin yang baru keluar dari kamar mandi itu hanya mampu memerhati dengan sengihan kecil.
Dia bergerak ke almari lalu mencapai kemeja putihnya disitu. Jimin melangkah perlahan mendekati Areum. Tali leher warna merah dia hulurkan pada Areum.
"Apa ni?"
"Neck tie, boleh tolong pakaikan?" pinta Jimin dengan pandangan mata yang sedikit menggoda. Dia kenyitkan mata.
"Jimin, please.."
"Please? Okay, lepas ni aku janji tak kacau. Come on, benda ni last, lepas tu aku jalan pergi kerja. Deal?" Bisik Jimin, dia letakkan neck tie atas paha Areum. Mahu tak mahu, Areum akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Jimin.
"Come here.."
Melebar senyuman Jimin jadinya, dia rapatkan diri dengan Areum kemudian tundukkan kepala. Areum melilitkan tali leher merah pada kolar baju kemeja Jimin. Mereka mendiamkan diri, tangan Jimin menaik kemudian perlahan- lahan dia lepaskan ikatan rambut gadis itu, menjadikan rambut panjang Areum mengurai.
"Jimin.. kenapa lepaskan?" Soal Areum dengan bibir yang sedikit muncung. Baru saja Areum mahu mengikat semula rambutnya, Jimin menahan lengan Areum.
"Tak payahlah ikat, cantik apa macam ni.." bisik Jimin. Dia lingkarkan lengannya dipinggang Areum, menjadikan jarak antara mereka menjadi rapat.
"Awak cakap nak pergi kerja?"
"Kejap, nak cuddle dengan my wifey sekejap.." Jimin mencium kening Areum lembut kemudian dia leraikan pelukan, sebelum senyum kecil. Dia usap rambut Areum perlahan lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Eum?" Areum kerutkan dahi, pelik. Dia selitkan rambutnya pada telinga, Jimin memang dah pergi, tanpa pamit macam tu je? Memang peliklah lelaki ni.
"Ahh pintu!"
Laju Areum menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu dibawa, bunyi telefon yang berdering di meja kaca di ruang tamu itu membantutkan pergerakannya. Terus saja Areum melangkah menghampiri phone lalu mengambil phone tersebut.
Handphone Jimin..
"Juliet?"
Panggilan dari Juliet tu mampu buatkan Areum yang tenang jadi tak tentu arah. Dia ketap bibir, geram. Apa lagi yang dia nak ni?
"Areum, ada nampak phone aku-"
"Nahh phone awak. Your lovely ex fiance' call awak. Ajak get back kot" kata Areum dengan nada suara tertahan- tahan. Dia serahkan phone pada Jimin dan baru saja dia nak melangkah naik ke tingkat atas, Jimin sudah menahan lengannya.
"Tak nak dengar conversation aku dengan ex fiance'?"
"Tak nak!" Kata Areum, laju saja Jimin menarik lengan gadis itu sebelum pinggangnya dipeluk. Areum ketap bibir, Jimin kenyitkan mata sebelum on- call dengan Juliet dia geselkan warna hijau. Panggilan tersambung, Jimin sengaja menekan pembesar suara, supaya Areum mendengar percakapan antara mereka.
"Jimin! You kat mana? I nak cakap something! Urgent!"
"Cakap pasal apa?" Tanya Jimin acuh tak acuh. Areum larikan pandangan bila mata Jimin tidak lepas- lepas memandangnya.
"Jimin please.. kahwin dengan I. I.. I sukakan you Jimin, I cintakan you. Lepaskanlah Areum, cerai dengan dia. I tahu you tak bahagia hidup dengan dia. Please Jimin, jangan seksa hati you sendiri. Please.. kalau you tak nak pun, I.. I sanggup jadi yang kedua. Please Jimin.."
Areum ketap bibir, dia tolak Jimin supaya pelukan lelaki itu meleraikan pelukan di pinggangnya. Tapi Jimin tetap kaku, pelukan makin dieratkan.
"Kenapa aku kena tinggalkan cinta hati aku? Dia dah sah jadi isteri aku, jadi kenalah teruskan sampai ke syurga. Kau tahu apa yang memalukan?"
"Jimin.. awak bergurau kan! Pleaselah Jimin-"
"Aku tak pernah sukakan kau Juliet, walaupun ketika kita disatukan. Aku tak pernah simpan perasaan pada kau. Aku perhatikan isteri aku sejak dulu lagi.." Jimin berkata perlahan. Areum dongakkan wajah, wajah kacak Jimin dia renung lama. Jimin kenyitkan anak mata, dia tarik perlahan kepala Areum lalu menghadiahkan ciuman di dahi gadis itu.
".. dan aku cintakan dia. Seksa tau jadi secret admire ni. Jarang tau ada cerita on- crush sampai jinjang pelamin ni. Aku dah sah, kau bila lagi?" Perli Jimin.
"Jimin.. I-"
"Goodbye!" Jimin memutuskan panggilan. Areum yang sedang sembunyikan wajah itu dia peluk erat hingga tersembam di dada lelaki itu.
"Wifey aku ni, berpuas hati dengan apa yang your lovely husband ni cakap?"
"Em.." jawab Areum perlahan. Jimin jarakkan diri, dagu Areum didongakkan agar bertatapan dengannya. Jimin kecup dahi, kening lalu yang terakhir ialah bibir.
"Sejak bila jadi secret admire saya?"
"Tak payahlah tahu, yang penting sekarang, kau tahu yang aku sukakan kau dah lama"
"Habis tu, kenapa jual mahal dengan saya? Cakap menyesallah kahwin dengan saya-"
"Sayang.. benda yang lepas tak payahlah ungkit. Dahlah, meh kiss dulu, aku nak pergi kerja ni."
"Jimin.."
"Em?"
Areum tarik sengih sebelum dia jongketkan kaki lalu dengan sepantas kilat dia kecup pipi Jimin sebelum berlari naik ke tingkat atas. Jimin senyum kecil. Kunci keretanya dicapai.
"Bye sayang!"
.
.
💞💕
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...