Bab 46❄💫

7.9K 579 19
                                    

🌼

"Ha! Berkhayal je kerja!"

Pap!

Yoora menepuk meja serentak menyedarkan Areum ke dunia nyata. Yoora tersengih macam kerang busuk bila mendapat jelingan dari Areum, jangan bawa main orang mengandung ni Yoora. Sekali mood melayang, dengan kau- kau sekali melayang.

"Kau fikir apa sampai berkhayal je akhir- akhir ni? Pasal baby ke.." Nada suara Yoora mengendur bila bercakap pasal benda tersebut. Areum tidak menjawab, dia sentuh perutnya lalu sembamkan kepala atas meja belajar. Malas ahh nak cerita!

"Wei kau kenapa?"

"Tak ada apa- apalah. Aku okay je, dah pergi main jauh- jauh" halau Areum buatkan Yoora muncung sedepa. Bukan apa, dia tak tega nak tinggalkan Areum tengah frust macam ni. Dia rasa tak sanggup. Tambahan lagi bila kawannya itu sedang hamil. Ha! Rasa sayang nak tinggal. Amboi! Melebih dari Jimin je!

"Kenapa? Jimin buat hal?"

"Tak"

"Dah tu? Kenapa kau macam frust semacam je ni? Aku takut tau! Jangamlah sedih- sedih" pujuk Yoora, dia cuit- cuit lengan Areum. Tapi gadis itu langsung tak beri respon walaupun sepatah.

Meroyan ke?

"Yoora.."

"Em?" Yoora mendongak. Masa seakan terhenti bila terlihat Jungkook sudah berdiri di hadapan meja mereka dengan jaket kulit hitam yang selalu digunakan ketika lelaki itu menunggang motorbikenya.

Pandangan mata Jungkook, gosh! Menusuk ke jantung hati!

"Boleh saya cakap dengan awak?"

"Eh? Bukan selalu dengan Areum ke-"

"Awak Ara, kan?" Kata Jungkook buatkan Yoora terdiam. Dia terkebil- kebil, bibirnya diketap sebelum dia pandang Areum yang ikut memandangnya. Keningnya dijongket.

"Err.. ya, Ara tu sayalah.."

"Kenapa tak bagitau saya? Saya dah puas cari awak tau, kenapa sekarang baru nak bagitau? Hem?" Jungkook sudah buat muka kecewa. Dia mengeluh perlahan.

"Sorry.. saya malu. Yalah, a- awak berubah drastik sangat. Makin hensem. Sedangkan saya.."

"Saya tak pandang semua tu, Ara. Yang saya kenal, Ara saya. Ara saya yang dulu. Ara saya dari dulu sampai sekarang tak berubah. Comel.. tapi itulah.. awak buat saya keliru. Kenapa tak cakap awak ni Ara? Mati- mati saya ingat Areum nilah Ara yang saya cari. Tapi eum.. selama ni saya salah orang" kata Jungkook seraya menggosok lehernya.

"Em, saya minta maaf ya, Areum?"

"It's okaylah. Lagipun benda kecil je" balas Areum, dia siku lengan Yoora bila gadis itu hanya mengangakan mulutnya, mungkin terpersona dengan kewujudan Jeon Jungkook, yakni kawan lamanya dahulu. Tergugat ke Yoora?

"Tapi awak dah ada boyfriend, kan?"

"Errr.." Yoora gigit bawah bibir, dia menoleh ke arah Areum yang hanya buat- buat tak nampak dengan permintaan untuk menolongnya itu. Areum buat- buat sibuk, tak nak masuk campur dalam hal Yoora dengan Jungkook.

"Tak apalah-"

"Jungkook! Tunggulah saya, sampai saya betul- betul pasti dengan siapa saya tengah lamun cinta. Tolong tunggu saya, okay?" Kata Yoora, separuh merayu. Jungkook hanya mempamerkan barisan gigi putihnya dengan smirk kecil sebelum berdiri tegak.

"Kalau saya sanggup tunggu.."

"Hem?"

"Bye!"

"Dia blah macam tu je!?"

"Dah kau tolak dia-"

"Mana ada!"

🌼

"Kau balik naik apa?"

"Grab kot" jawab Areum, segala buku rujukan dan buku nota dimasukkan kedalam beg sandang. Yoora hanya mengangguk faham, malas nak tanya banyak, dia menunggu sampai Areum siap mengemas barangnya barulah mereka beriringan keluar dari dewan kuliah tersebut.

"Weh, tu bukan Jimin ke? Suami beku kau tu?" Yoora berkata serentak menghentikan langkah kaki mereka berdua.

Di tempat letak kereta, kelihatan Jimin sedang menyandar di kereta Audi hitamnya sambil berpeluk tubuh. Menunggu Areum keluar.

"Woo! kau punya putera ais dah mare!" Kata Yoora lalu menepuk lengan Areum. Areum mendiamkan diri. Dia tundukkan wajah bila Jimin memandang ke arah mereka. Areum mengetap bibir, pegangannya pada beg sandang dikuatkan.

Fuhh.

"Weh, aku pergi dululah. Good luck and good bye!" Yoora melambaikan tapak tangannya pada Areum sebelum menghilang disebalik pagar universiti. Baru je Areum hendak berura- ura melangkah terus ke gate, begnya sudah ditarik perlahan.

"Nak pergi mana?" Soal satu suara yang sangat halus dan lembut di pendengarannya. Sudah semestinya itu Jimin! Takkan orang lain pulak, kan?

"Nak baliklah"

"Balik dengan akulah. Aku kan dah ada depan kau ni?" Katanya perlahan, Areum tetap mendiamkan diri. Jimin menarik nafas lalu menghembuskannya, dia ambil beg sandang tersebut dari Areum lalu menggantungnya diatas bahu. Tapak tangan Areum diraih.

"Janganlah macam ni.. aku datang nak ambil kau. Ikhlas-"

"Ikhlas mana boleh cakap. Ikhlas datang dari hati" potong Areum dengan dahi yang berkerut. Jimin menjongketkan kening. Dia tarik tapak tangan Areum lalu letakkan didadanya.

"Rasa tak?"

"Tak-"

"Dah tu?"

Areum hanya membalas pandangan Jimin dengan pandangan redupnya. Sekali lagi Jimin mengeluh, dia senyum segaris.

"Jom balik, sayang? Kita bincang kat rumah. Kat sini tak elok, ramai orang. Okay?" Sekali lagi Jimin memujuk. Areum mengemam bibir sebelum akhirnya mengalah.

Malas nak bertikam lidah, dia ikutkan aje permintaan Jimin. Ke mana?

Baliklah! Ke mana lagi?

.

.

😥

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now