Bab 57❄💫

7K 520 44
                                    

🌼

Selesai sahaja exam terakhir untuk tahun ni, Areum melangkah keluar dari dewan. Perasaan gembiranya tidak dapat digambarkan dengan kata- kata, beban selama 3 tahun dia pikul seperti terlepas saat itu juga.

Areum melabuhkan punggungnya diatas kerusi di koridor yang sedikit panjang itu. Phonenya dikeluarkan dari beg lalu nombor Jimin dicari lalu didail. Belum sempat dia hendak melekapkan phone pada telinga, seorang gadis datang lalu menyapanya.

"Annyeong, Areum- ah~" sapanya dengan wajah ceria. Areum mendongakkan wajah serta merta bibirnya menguntum senyum bila terpandang wajah pemilik suara tersebut.

"Eah, Rahee. Tak balik lagi?" soal Areum, dia letakkan phonenya didalam beg, tapi tidak sedar bahawa panggilan sudah tersambung. Rahee tersenyum, dia menjeling pada pintu masuk utama, tak ada kelibat manusia disitu.

"Yup, Rahee belum balik lagi. Unnie ambil lambat sikit hari ni. Awak?" soal Rahee sebelum melabuhkan punggunh atas kerusi disamping Areum bila gadis itu mengesot memberikan ruang untuk Rahee duduk.

"Ohh, saya pula tengah tunggu mochi saya" jawab Areum sebelum tersenyum- senyum. Mochi yang dia maksudkan ialah Jimin. Yalah, Jimin ni makin hari makin gebu!

Berkerut dahi Rahee jadinya.

"Mochi?"

Areum ketawa kecil sebelum dia menjawab;

"Mochi tu panggilan manja untuk suami saya, Park Jimin" terang Areum. Rahee mengangguk faham sebelum dahinya berkerut sekali lagi.

"Oh, dah berapa lama awak kahwin?" soal Rahee, lagak seperti pegawai polis.

"Nak dekat setengah tahun. Mochi saya tu, tak nak berenggang dengan saya walau ada waktu lapang yalah semenjak berbadan dua ni. Lagilah dia susah nak lepas" kata Areum sebelum tersenyum lebar. Lagi- lagi Rahee terdiam, matanya jatuh pada bahagian perut Areum yang berbalut blouse labuh itu.

"Awak mengandung?"

"Yup" jawab Areum.

"Tapi-" belum sempat Rahee ingin menghabiskan kata- katanya, bualan mereka tergendala disebabkan kehadiran seseorang. Siapa lagi kalau bukan Park Jimin? Mochi si Areum ni?

"Rahee buat apa kat sini?" soal Jimin sebaik dia sampai dihadapan kedua gadis tersebut. Wajahnya sudah keruh, masam mencuka. Rahee tersengih.

"Belajarlah, Rahee buat apa lagi kat sini kalau bukan belajar?" jawab Rahee acuh tak acuh sebelum berpeluk tubuh. Dahi Areum berkerut.

"Sayang tak apa- apa?"

"Tak apa- apa pun. Kenapa ni? Resah semacam je?" soal Areum, sebaik gadis itu berdiri, spontan dia memegang kedua bahu Areum sebelum tubuh isterinya dibelek.

"Jimin, saya tak apa- apalah. Kenapa ni?"

"Sudahlah, saya balik dulu, bye Areum!" ucap Rahee sebelum beredar meninggalkan kedua pasangan sejoli tersebut. Jimin menghela nafas lega bila mendapati Areum tidak apa- apa.

"Awak kenal Rahee ke, Jimin?"

"Kenal sangat sayang, dia tu adik Juliet, Rahee Shan. Saya sambut call awak, but no answer from you. Saya dengar percakapan sayang, bila saya dengar nama Rahee, terus saya pecut ke sini. Risau saya sayang!" ucap Jimin. Areum tersenyum. Pipi Jimin disentuhnya dengan satu tangan.

"Alololo sayang jugak awak kat saya, ya mochi?" ucap Areum seraya ketawa kecil bila Jimin hanya membalas dengan tatapan tak suka. Jimin memandang ke kiri dan kanan, memastikan bahawa kawasan itu bebas dari ulat beluncas- i mean orang- orang. Yes, line clear.

"Jom balik, hiburkan saya kat rumah nanti" balas Jimin, dia ambil beg sandang Areum sebelum diletakkan di bahu. Dia tersenyum bila terpandang wajah Areum. Haih, kenapa comel sangat ni?!

"Jomlah- yah! Turunkan saya!"

Jimin mengangkat Areum secara bridal style sebelum berlari mendapatkan kereta di tempat parking.

🌼

"Kau tak cakap pun yang Areum dan Jimin tu dah berkahwin" Rahee berkata dengan dahi yang berkerut geram. Juliet tidak membalas, dia hanya menghirup teh suamnya. Mengelak dari berpandangan dengan Rahee, adik perempuannya itu.

"Aku fikir Areum tu yang perampas, kau rupanya yang ingin merampas. Tak sangka aku berkerjasama dengan seorang perampas yang tak bertamadun, tak berotak macam kau ni" sinis Rahee berkata seraya berpeluk tubuh.

"Kau jaga sikit mulut kau tu ah! Kau dah buat tak apa yang aku minta?"

"Tak dan tak akan. Aku putuskan perjanjian dengan kau. Kau boleh makan semua harta papa dan jangan kacau aku dengan hidup aku lagi." yakin Rahee berkata buatkan Juliet mengetap bibir geram.

"Kau tu adik aku bodoh"

"Correction, adik tiri. Aku akan balik ke Australia dengan mama. So, don't ever, ever come to find or see me." ucap Rahee sebelum berdiri dari tempat duduknya. Disebabkan geram, Juliet menarik lengan Rahee buatkan langkah gadis itu terbantut.

"Kau fikir kau akan pergi senang macam tu ke? Tak akan!"

"Eh bodoh lepaskan akulah!" Rahee mencapai gelas yang berisi teh sebelum disimbah ke wajah Juliet buatkan gadis itu menjerit kepanasan.

"Argh! Panas! Panas!"

.

.

Tak apa ke kalau author terkejam disitu?

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now