Bab 21❄💫

7.3K 615 42
                                    

🌼

"Ni cousin awak?"

Jungkook mengangguk. Dia senyum segaris bila Areum mulai menyoal dirinya tentang gadis yang tengah berdiri disampingnya.

"Ya, em kenalkan ini Jeon Chloe, dia ni kerja pramugari, tak selalu balik sini, so, saya ambil peluang ni bawak dia jalan- jalan" terang Jungkook seraya matanya tak lepas melirik ke lelaki yang tengah berdiri di tepi Areum.

"Ahh ya ke? Hai, saya Jung Areum. Selamat berkenalan" Areum menghulurkan tangan, tapi Chloe tidak membalas, tatapan penuh minat terhadap Jimin. Tangannya dihulur ke lelaki itu, tanpa sedar dengan senyuman yang melebar ke telinga.

"Hai, I Chloe, you?"

"Park Jimin, abang dia" kata Jimin menekankan perkataan abang serentak buatkan Areum menoleh memandangnya. Huluran tangan Chloe tidak dibalas, dia hanya menghadiahkan segaris senyuman sebelum memberi death glare pada Areum.

"Laa Areum ada abang ke? Kenapa saya tak tahu pun? Abang angkat ke?"

"Erk, ya.. kot. Haha. Ish, dahlah jom masuk, berdiri sini lama- lama nanti kena makan nyamuk pula" kata Areum bila melihat Chloe sudah membuat muka lalu menjelingnya. Dia berjalan dahulu, meninggalkan Jimin di belakang.

Mereka menghulurkan beberapa not kertas untuk ditukar kepada bebrapa keping koin serupa duit syiling untuk mendapatkan makanan.

"So, Yoora kenapa tak datang?"

"Dia busy, kitty dia, Hune sakit, keracunan makanan. Dia terpaksa berangkat ke vet untuk dapatkan rawatan lanjut. Dia tu paling pantang kalau benda tu melibatkan kucing kesayangannya sakit. Hem.

"Ohh ya ka, patutlah tak ada. Saya nampak awak bawa lelaki, fikir Yoora dah potong rambut berupa lelaki" kata Jungkook buatkan Areum tergelak kecil.

Dia menoleh ke belakang, Jimin masih dengan wajah bekunya sementara Chloe sedang sedaya upaya untuk buatkan Jimin berkata sesuatu kepadanya. Rasa macam nak mendidih je hati dia bila Chloe bertindak memeluk lengan Jimin, secara tak sengaja.

Isk!

Sabar Areum, sabar.

Areum mengetap bibir, dia mengecilkan anak mata bila Jimin tidak mengucap sepatah kata pun, bahkan menghalangnya pun tidak. Please, sesiapa pegang aku sebelum aku terlepas. Nanti lain cerita,

Kang orang makan buffet, aku makan orang.

"Areum? Are you okay?" Teguran Jungkook buatkan aku serta merta sedar. Lama jugak aku perhatikan mereka, ya?

"Nak makan teobeokki tak?"

"Nak! Nak!" Untuk seketika, aku lupa masalah tadi. Terus aku ditarik oleh Jungkook untuk mendapatkan satu mangkuk teobeokki, aku duduk atas kerusi panjang. Satu, dua, tiga ketul teobeokki selamat masuk kedalam mulut.

Mahu terlungkup mangkuk teobeokki tu bila aku pusing tepi, Jimin dah duduk tepi aku.

"Tak nak makan?"

"Suapkan" jawab Jimin. Mahu gugur jantung aku bila Jimin bertindak merapatkan wajahnya dengan aku. Seketul teobeokki yang berada pada chopstik aku dia gigit dan kunyah perlahan. Dia jarakkan diri, smirk kecil pada Jungkook.

"Eo, Sa- saya kena panggil awak hyung ke or-"

"Hyung? It sound good though" jawab Jimin lalu senyum sekejap. Aku dapat rasakan yang Chloe sudah berasap ditepi Jungkook. Dia jeling aku sebelum mencapai phonenya dari poket seluar pendeknya.

"Jimin! Ini saya punyalah, kalau awak nak pergi ambil sendiri!"

Tanpa banyak kata, Jimin menarik tangan aku yang tengah pegang chopsticks dan masukkan seketul teobeokki dalam mulutnya. Panjang muncung Areum jadinya. Tahulah nak sweet- sweet bagai, tapi pleaselah! Ini teobeokki aku!

"Yah! Nak pergi mana?"

"Beli air"

Jimin bergerak pergi dari aku untuk membeli air, kononnya. Dia melecong ke tempat lain. Nak kemana tu Jeman?

"Jungkook, I terpaksa balik malam ni, You kena hantar I ke airport. Urgent!" Ketika aku pusing kepala pandang Jungkook, dia sudah ditarik untuk berdiri oleh Chloe.

"Hah? Awak cakap esok-"

"Urgent! You, pesan kat abang you, lain kali, kalau kita berjodoh, I jumpa dia lagi. K, good bye!"

Tanpa sempat Jungkook hendak mengucapkan sepatah dua kata, Chloe sudah menariknya pergi dari situ. Areum mencebik, dengar pasal berjodoh tu mahu dia muntah pelangi kat situ.

Areum mengeluh kecil. Dia dah siap makan, tapi Jimin tak muncul- muncul lagi.

"Areum.."

Gadis itu menoleh, Jimin menghulurkan gula- gula berbentuk hati pada Areum lalu memasukkan kedua tapak tangannya kedalam poket seluar. Mengembang senyuman Areum jadinya.

"Awak lari tadi nak belikan saya ni ke?"

"Mana ada, aku main kutip je tadi-"

"Hisy Jimin!" Lengan Jimin dipukul. Lelaki itu masih kekalkan wajah beku walaupun kuat lengannya dipukul.

"Mana dua ekor tu?"

"Dah balik. Best-lah kena peluk Chloe? Awak jarangkan kena peluk perempuan cantik, patutnya awak gembira."

Jimin tidak merespon. Dia berdehem kecil.

"Dah lama ke kenal Jungkook?"

"Taklah. Baru seminggu dua, kenapa?"

"Tak ada" Jimin menjawab sebelum mereka perlahan- lahan beriringan berjalan melepasi kerumunan orang untuk keluar dari situ.

"Kenapa berhenti?"

Areum mendapatkan Jimin bila lelaki itu berhenti melangkah dua tapak darinya. Jimin memuncungkan bibir, ke arah langit dan ketika Areum mendongak, serentak mercun festival dipasang membuatkan langit malam menjadi warna warni.

"Uwahh"

Areum mencari tapak tangan Jimin, tetapi lelaki itu menyembunyikannya kedalam seluar miliknya. Areum tak jadi nak pegang tangan. Beberap saat kemudian dia terasa tapak tangannya digenggam, oleh Jimin.

"Jangan mengada nak kiss, ni public tahu tak?"

"Alahh dah awak ni sexy sangat. Saya tak dapat nak kawal diri-"

"Tunggulah honeymoon nanti" kata Jimin buatkan Areum terdiam. Mahu je dia sembamkan wajah dalam gula- gula kapas tu.

Areum merapatkan diri kepada Jimin sebelum tubuh lelaki itu dia peluk, erat.

"Jimin saya malu"

"Malu buat apa?"

"Eee malulah!"

"Tebiat"

.

.

To be continue..

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now