Bab 44❄💫

7K 585 10
                                    

🌼


"Twinkle twinkle litte star..
How I wonder what you are.."

Areum menyanyi perlahan. Dia memandang ke jam di dinding lalu melepaskan keluhan berat. Jarum jam pendek sudah berhenti di angka 11. Tapi kelibat Jimin langsung tak kelihatan lagi.

Dia dah rasa lenguh menunggu ni. Engkau pergi mana Jimin! Areum melilit tubuhnya dengan cardigan, kusyen dia letakkan pada kepala, Jimin tak bawa kunci rumah hari ni.
So, I guess kena tunggu dia sampai dia baliklah.

"Jimin.. busy-nya awak.."

Matanya tertancap mata kaca televisyen yang memaparkan tayangan I can see your voice, menayangkan Gummy dan artis- artis korea yang lain.

Areum baring menelentang memandang siling, perutnya yang masih kempis disentuh. Otaknya sudah berfikir macam mana nak cakap benda ni pada Jimin? Hum..

"Jimin.. saya mengandung."

"Jimin saya pregnant"

"Jimin sayang, saya ada good news, em.. saya.. saya mengandung. Heee apahalnya susah betul nak hadap lelaki beku macam awak ni Jimin!" Areum sembamkan wajahnya dengan kusyen. Rasa macam nak hempas je kepala sekarang ni.

"Macam mana.."

Areum memasang telinga. Disaat itu, dia terdengar deru enjin kereta memasuki halaman rumah. Dengan cepat Areum melangkah untuk membuka pintu. Entahlah, dia rasa nak marah ke diam je sekarang ni bila bukak- bukak je pintu. Jimin sedang dipapah oleh seorang perempuan.

"Err.. ini cik Areum ke?"

"Ya- ya saya" jawab Areum dengan nada suara tertahan- tahan. Perempuan itu senyum segaris, dia papah masuk Jimin lalu dudukkan atas sofa. Jimin tengah mabuk teruk, buktinya dia hanya mengigau perlahan sebelum sambung tidur balik.

"Maaflah, dia minum banyak sangat tadi. Sepatutnya meeting yang dia kena hadiri hanya sampai jam 9, tapi tak tahulah melarat- larat sampai ke mana. Maaf ya, Cik Areum. Saya pergi dulu" kata perempuan tersebut sebelum meminta diri untuk pulang. Dia sempat lirikkan matanya pada Jimin.

Areum diamkan diri. Dia hampiri Jimin lalu berdiri tegak dihadapan lelaki itu.

"Jimin.. awak kata awak tak minum alkohol.. awak tipu" bisik Areum. Dia ketap bibir lalu mengeluh perlahan. Dengan perlahan dia papah Jimin naik ke tingkat atas dengan berhati- hati.

Eee beratnya!

Buk!

"Ahhh! Saya nak minta maaf, Jimin! Saya tak sengaja!" Kata Areum bila tak secara menghempaskan tubuh Jimin yang sedang mabuk tu atas katil. Nasiblah Jimin tengah tidur mati. Kalau tak habis kena bebel.

"Areum.." Jimin mengigau kecil seraya refleks tangannya menarik tangan Areum perlahan.

"Tidurlah Jimin, awak dah sampai pun. Nasiblah ada orang baik hati bawa awak balik. Kalau tak, ha! Merempatlah dalam kelab malam tu!" Bebel Areum seraya menyelimutkan Jimin dengan selimut tebal berwarna putih. Sebelum itu, sempat dia lepaskan kasut serta jaket dari tubuh Jimin.

"Hem.. cubalah cair dengan saya sikit Jimin, sehari pun jadilah. Awak layan orang lain elok je! Saya tak pula." Areum muncungkan bibir. Rasa dirinya gila pula bila bercakap dengan orang mabuk.

"Jimin.. saya pregnant. Itu yang awak nak, kan?" Bisik Areum, dia mengeluh perlahan lalu ikut berbaring disamping Jimin.

🌼

"Areum.. "

Jimin berbisik perlahan. Cahaya matahari yang masuk melalui celahan langsir itu benar- benar mengganggu tidurnya. Jimin meletakkan lengannya di dahi. Kepalanya masih berdenyut- denyut, sakit kerana penangan alkohol semalam.

"Huh.."

Jimin membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat, sangat berat. Kalau bukan disebabkan pelawaan kliennya untuk minum semalam, tak mungkin dia akan rasa macam susah nak bangun pagi ni. Jimin merenung siling bilik yang berwarna putih itu sebelum dia duduk bersila atas katil.

Clek!

"Eo? Dah bangun ke mochi saya ni?" Kata Areum sebaik melihat Jimin yang sudah duduk di birai katil dengan baju kerjanya yang semalam. Lelaki itu mendiamkan diri, Areum melangkah mendapatkan Jimin. Dahi lelaki itu disentuh, begitu juga dengan leher. Jimin hanya mendiamkan diri, membiarkan dirinya diperlakukannya begitu.

"Nasiblah tak demam. Saya sediakan air mandian dulu, awak mandi, lepastu turun, saya masakkan sup abalone, bagus untuk hilangkan mabuk awak" kata Areum. Baru saja dia mahu melangkah menjauhi lelaki itu, Jimin sudah menahan lengan Areum.

"Siapa hantar aku semalam?"

"Manalah saya tahu.." balas Areum dengan bibir yang sedikit muncung bila teringat pasal hal semalam. Kalau dia marah pun, Jimin ni mana kesah langsung.

"Kau marah?"

"Mana ada. Tak marah pun, tak ada faedah saya nak marah- marah. Benda dah berlaku. Lagipun kalau saya marah pun, awak mana kesah. Dahlah, saya siapkan air mandi awak dulu." kata Areum lalu melangkah masuk ke kamar mandi. Jimin kekal diam ditempatnya.

Jimin mengeluh perlahan. Dia berdiri lalu tuala dia capai kemudian melangkah masuk kedalam kamar mandi.

"Yang semalam tu PA aku, Naomi. Jangan fikir yang bukan- bukan." Kata Jimin lalu membelek wajahnya dihadapan cermin di bilik mandi tersebut. Areum hanya memasang telinga.

Kan aku dah cakap aku tak marah!

"Kalau kau jealous sekalipun, jealous kau tu baik buang jauh- jauh. Tak ada kau gunanya nak jealous, buang masa. Dia itu aku dah anggap penting sebab dia uruskan 40% dari syarikat aku.." kata Jimin. Entahlah, kenapa aku rasa yang Jimin cuba nak tekankan yang Naomi, PA dia tu seakan memegang peranan penting dalam hidup dia. Lebih penting dari diri aku sendiri!

"Saya tahu.. dan saya minta maaf kalau ganggu hal peribadi awak. Jangan risaulah Jimin, saya akan simpan perasaan jealous saya ni. Takkan tunjuk dah. Awak mandi, sebelum air sejuk" kata Areum lalu melangkah keluar dari kamar mandi tersebut.

Duh! Sakit hati!

Bertenang, bertenang, Areum. Dia nak nasihat je, tak perli pun. Kan, kan? Huh..

Jimin, saya patah hati. Awak dengar tak?

Prak prak!

.

.

Eum..

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now