🌼
"Huwaaaapppp"
Areum menghempaskan tubuhnya atas katil disamping Jimin. Lelaki itu melirikkan matanya pada aku sekilas sebelum menyambung semula kerjanya yang tertangguh.
"Saya nak tidur.."
"So? Tidurlah, aku tak larang" kata Jimin datar. Areum cebikkan bibir. Bukan apalah, selalunya Jimin taklah pemalas sampai bawa kerja pejabatnya masuk dalam bilik dan buat kat sini. Dia kan ada bilik kerja sendiri, jadi kenapa tetiba..
"Saya tutup lampu, boleh?"
"Kan aku tengah buat kerja ni" mendatar saja nada suara Jimin menjawab. Serta merta bibir Areum muncung panjang. Eee Jimin ni, tak ada angin tak ada ribut, nak marahhh je memanjang.
"Kenapa tak buat kerja dalam bilik kerja?" Soal aku seraya menarik bantal peluk lalu memeluknya erat.
"Nak try benda baru" jawab Jimin ringkas dan padat. Aku tak jadi nak tanya banyak bila melihatkan Jimin yang macam moody semacam je. Seram!
Ting!
Mesej yang masuk bertalu- talu ke dalam phone buatkan Areum laju mencapai phone yang tersimpan kemas diatas meja lampu. Chat dari Jungkook, pasal assignment akaun tu.
J.K🎀
+sya dah tanya Prof Fong tadi, dia kata dia benarkan saya hntar kerja tu lambat sikit
+tapi sya nak jadikan work awak sebagai rujukan, sya dah tanya prof.
+dan dia izinkan
+maaf eah?😣
Ehh tak apa, saya okay je, sya pun nak
tengok awak graduate dgn cemerlang,
tak seronoklah kalau graduate
sorang- sorang ni..
Awak fham kan?
😥J.K🎀
+mestilah!
+thank you so much!
+tapi sbelum tu, sya nak berterus terang, habis je graduate
+saya nak lamar seseorang
+saya dah lama pendam, jadi tak eloklah kalau pendam lama lagi😧👀
Nak confess dgan siapa?
Ara?+ofc lah Ara!
+habis tu siapa lagi?
+sya bagai nak gila menunggu tau tak?
Elehhhhhhhh
😝+bluek!
"Senyum- senyum. Macam nak koyak dah bibir tu. Nak kata sewel tak jugak, normal pun normal. Entahlah kenapa" perlian dari Jimin buatkan Areum tersentak sebelum akhirnya dia tersengih lebar. Dia akhiri chat dengan Jungkook lalu phone diletak ditepi.
"Saya chat dengan classmate, pasal assignment. Janganlah marah.." Areum baringkan tubuh semula, kali ini dia cuit lengan Jimin perlahan, buatkan lelaki itu menjelingnya. Haih Jimin ni, seksi au!
"Classmate kau tu mesti lelaki kan? Sebab tulah senyum sampai telinga.." kata Jimin lagi, dia capai satu fail berwarna merah atas meja kecil lalu menyelaknya satu persatu sebelum mencontengkan satu perkataan disatu kertas.
"Bukan siapa- siapa pun, Jungkook je-"
"Jungkook lelaki gigi arnab tu?" Nak tergelak aku bila melihat reaksi wajah Jimin yang berpaling itu sungguh melucukan dari pandangan mata aku. Dia jeling aku bila aku ketawakan dia.
"Jealous eah?"
"Kau tu isteri aku, mestilah aku ada perasaan macam tu. Normal untuk lelaki yang tengah dilamun cinta macam aku ni!" Kata Jimin seraya mengosok lehernya. Areum senyum lebar. Dia rapatkan diri pada Jimin lalu peluk lengan lelaki itu.
"Alaaa my mochi ni tengah jealous lah eah? Alaa sayang sayang." Pujuk aku, dia berdecit kecil. Jimin pandang aku, dan aku jongketkan kening.
"Apa?" Tanyanya. Aku geleng kecil lalu sandarkan wajah di bahunya. Jimin hanya mendiamkan diri, dia sambung buat kerja dia balik, sedikit pun tak terganggu dengan aku yang macam koala melilit tepi lengan dia. Being clingy just for my husband.
"Esok mama ajak dinner kat luar"
"Dinner untuk apa?" Tanya aku balik, Jimin angkat bahu.
"Mesti dia tanya kenapa honeymoon hari tu tak habis sampai ke Jepun. Habislah awak!" Kata aku, sengaja nak membuat Jimin rasa sedikit takut. Tapi dia jeling aku adalah.
"Kalau mama tanya, cakap jelah kita dah buat" selamba badak je Jimin menjawab seraya melepas kaca matanya. Dia tarik sengih bila melihat wajah aku dah berubah riak. Laju je aku tampar lengan dia.
"Kotor!"
Dia gulingkan anak mata, laptop dia off dan tutup sebelum dia letak atas meja kecil disampingnya. Selepas tu, dia pandang aku, aku pandang dia. Dia tarik sengih panjang, buatkan aku jadi curious.
"Wae?"
"Tidur, jom tidur" kata Jimin buatkan aku pelik. Tak, bukan aku pelik bila dia kata nak tidur, aku pelik bila dia tarik selimut panjang putih tu sebelum pandang aku. Dia kenyitkan mata sebelum aku ditarik masuk kedalam selimut.
"Jimin!"
.
.
Halooooooo
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfic[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...