❄Final💫

12.3K 620 77
                                    

🌼


Dear Areum and my ex- lover,

Maafkan aku sebab pernah cuba untuk sakitkan hati kau, pernah cuba untuk rampas Jimin dan kacau rumah tangga kau. Aku tak jahat, cuma perasaan cemburu aku yang buatkan aku jadi macam tu. Kau pun tahu kan? Perempuan mempunyai perasaan cemburu yang tak dapat dibendung? Aku tahu aku salah, dan aku minta maaf. Aku harap kau maafkan aku, mian.

Juliet Shan


Drt drt!

"Annyeong.."

"Em, annyeong. Awak buat apa sekarang?" soal aku sebaik panggilan tersambung dengan Jimin. Aku dapat dengar deru nafas Jimin di hujung talian bila dia berhenti bercakap.

"Saya tengah semak fail, kena tandatangan beberapa fail lagi sebelum saya balik. Saya nak balik awal, nak jumpa chaerin, nak cium awak-"

"eiyh, pergilah sambung buat kerja. Lepastu makan tengah hari, nanti dapat gastrik lagi macam hari tu" aku potong percakapan dia sebelum aku dengar dia ketawa kecil di hujung talian.

"Yalah sayang, saya tengah buat kerjalah ni." balas Jimin.

"Chaerin mana sayang? Saya rindu pulak nak dengar suara dia" ucap Jimin. Aku menoleh ke arah ruang tamu sebelum mata aku bertembung dengan Chaerin yang ketika itu juga sedang memandang aku. Seakan ada telepati, terus dia berlari mendapatkan aku yang tengah duduk diatas sofa.

"Itu papa ke, mama?" soal Chaerin dengan mata bundarnya yang bulat besar tu. Aku angguk kepala lalu hulurkan phone kepada dia. Dengan senyumab lebar dia sambut phone dan lekapkan pada telinga.

"Papa!"

"Chaerin dah momom, dengan mama. Hari ni mama buatkan mandu (dumpling) untuk Chaerin. Sedap tau papa!" ceria saja nada suara Chaerin ketika mengucapkan kata- kata tersebut.

"Eum.. nanti Chaerin bagitau mama. Bye papa! Lebiu!" ucap Chaerin sebelum panggilan diputuskan. Chaerin hulurkan aku phone serata senyum- senyum sendiri. Aku jongket kening.

"Papa balik awal hari ni, nenek pun ada sekali" ucap Chaerin sebelum tersenyum. Dia kembali bermain di tengah ruang tamu sementara aku sudah pelik sendiri.

🌼

"Awak masih simpan surat tu?"

"Yup, kenapa?"

Jimin hanya menjeling sekilas surat tersebut sebelum dia sembamkan wajahnya pada leher aku. Jimin ni, sejak dua menjak ni dia clingy betul, langsung tak kena dengan tempat.

"Mana Chaerin?" soal aku.

"Kat bawah, dengan mama. Awak tahulah, kan. Chaerin bila dah jumpa dengan nenek dia, mana mahu berenggang dah" balas Jimin. Aku dapat rasakan yang bibir dia memuncung bila berkata macam tu. Aku cuma dapat tersenyum.

"Dah tahu mama kat bawah, kenapa awak kat sini pula?"

"Dah sayang kat sini, saya pun kat sinilah" jawab Jimin. Persis kanak- kanak. Aku gulingkan anak mata sebelum lengan dia yang melingkar pada pinggang aku, aku leraikan perlahan. Baru aku mahu mengatur langkah keluar dari bilik, Jimin sentuh lengan aku buatkan langkah aku terbantut. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Sayang nak menari dengan saya?"

"Huh?" berkerut dahi Areum jadinya.

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now