🌼
"Areum.."
Jimin melangkah memasuki bilik seraya membawa satu bakul kertas berisi pakaian dan satu plastik waffle chocolate. Dahinya berkerut, suasana didalam bilik tersebut suram, dingin dan sunyi.
Mana Areum?
Takkanlah 2 jam lebih dia duduk berselubung dalam selimut? Mahu lemas budak tu nanti. Jimin meletakkan barang- barangnya atas sofa sebelum bergerak merapati katil. Ya, Areum masih berada lagi berselubung dalam selimut.
"Areum.."
Jimin mencuit sedikit selimut tersebut, tapi tidak ada sahutan dari gadis itu. Jimin menarik perlahan selimut, menampakkan sedikit kepala gadis itu.
"Dah mandi ke?"
Sunyi. Tak ada sahutan. Jimin memgerutkan dahi, dia tarik selimut Areum hingga menamppakan separuh wajah gadis itu.
"Areum-"
"Don't touch me!" Areum menepis perlahan tangan Jimin bila lelaki itu menyentuh bahunya. Makin berkerut dahi Jimin jadinya. Dia raup rambutnya kebelakang.
"Kenapa ni? Dah buang tebiat?"
"Ya, memang saya dah buang tebiat! Patutlah awak tak pernah cakap yang awak sayang saya sebab awak lebih sayangkan Juliet. Ex awak tu! Kalau awak nak sangat dengan dia, ceraikan saya dan pergi balik pada Juliet Shan tu!" Areum sudah duduk bersila atas katil. Dadanya berombak laju. Jimin tidak terkata jadinya.
"Apa kau cakap ni?"
"Tch. Dahlah! Saya penat. Saya penat nak layan drama one side love ni! Saya penatlah Jimin!" Areum melompat turun dari katil. Dia capai cardigan putihnya sebelum memakainya. Jimin hanya memerhati dengan kerutan di dahi.
"Yah nak pergi mana?"
"Keluar. Nak tenangkan diri-"
"Hey. Don't get so into your imotion. Don't go anywhere. Kita boleh duduk berbincang. Kenapa ni? Bagitau aku, apa yang buat kau jadi macam ni. Jung Areum?" Jimin menyoal lembut. Lengan Areum dia sentuh perlahan sebelum dia berdiri tegak berhadapan dengan Areum.
Areum mengalihkan padangan. Dia bergerak ke katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Gadis itu berpeluk tubuh. Jimin bergerak perlahan ke Areum.
"Tell me. What happen?"
"Juliet. Go back to her-"
"Untuk apa? Aku dah mempunyai isteri. Dan aku seorang suami. Sudah berumah tangga. Go back to Juliet? For what?" Jimin mula melontarkan beberapa ayat untuk melemahkan gadis tersebut. Areum mengetap bibir.
"Dia nakkan awak-"
"Dan kau pulak tak nak aku?"
Areum mendiamkan diri. Dia mendongak memandang Jimin. Lelaki itu memang kacak, sukar sekali untuk tidak jatuh cinta pada seorang lelaki seperti Park Jimin. Dia terlalu sempurna di mata setiap wanita. Ramai yang mengimpikan untuk hidup bahagia dengan Jimin. Happy love story.
Tapi sayang, Areum yang memang sudah sah memegang status isteri kepada Jimin hanya mampu membina sebuah kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan dengan lelaki itu. Jimin tidak mencintainya.
"Areum.. you don't want me?"
"You don't love me. So, i guess that you don't need me either. Lepaskan saya, pergilah kembali pada Juliet-"
"Sanggup ke?"
Sekali lagi Areum terdiam. Dia mengetap bibir. Sanggup? Huh! Tidak ada seorang wanita pun yang sanggup diduakan.
"Aku tanya ni, kau sanggup ke?"
Areum membisu. Memang. Memang melepaskan Jimin merupakan suatu hal yang merugikan.
"Jung Areum-"
"Jimin, sepanjang awak kahwin dengan saya, pernah ke awak ungkapkan kata sayang? Tak pernah ke terbit secalit cinta pun untuk saya di hati awak? Pernah ke awak anggap saya ni isteri awak ikhlas dari hati? Awak suka saya ke Jimin?" Berdebar- debar hati Areum jadinya. Sesungguhnya, dia tidak akan menyesal bertanya soalan seperti itu kepada Jimin. Kerana apa yang terbuku dalam hatinya terlepas jua.
Jimin mendiamkan diri. Dia menghela nafas sebelum mendongak memandang Areum. Isterinya itu.
"Tak, aku tak pernah suka kau"
Zzap!
Terasa seperti sebilah pisau tajam menikam kuat di dadanya. Areum mulai terbawa emosi. Dia mengemam bibir, tekaannya benar belaka. Jimin tidak menyukainya, sikit pun tidak.
"Wae.."
"Kenapa tak tanya disisi yang lain? Aku memang tak pernah sukakan kau."
"Tapi aku cintakan kau"
Areum berhenti menangis. Gadis itu mendongak memandang Jimin. Lelaki itu maish kaku berdiri di hadapan Areum, dia menghela nafas lega.
"Sejak hari pertama kita disatukan dan sejak hari pertama kau sah menjadi isteri aku, aku cintakan kau tulus dari hati."
Areum terkaku. Ayat yang dituturkan oleh Jimin seolah- olah ayat keramat untuknya.
"Jimin.."
"Kau still nak aku kembali pada Juliet?"
Areum menggeleng laju. Dia berdiri sebelum memeluk pinggang Jimin. Wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu. Jimin membalas pelukan Areum, kali ini dia berani mengeratkan pelukan.
"Saranghae, Areum- ah"
"Jimin.. Huuhuaaa!!"
"Lahh nangis pulak?"
.
.
To be continue..
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fiksi Penggemar[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...