🌼
"Sa ni sa berjuang ais percuma, tapi ko sulo baru pilih dia.." Yoora bernyanyi perlahan seraya mengeluarkan buku- buku dari begnya. Matanya terpandang akan Rahee yang duduk di barisan paling hadapan.
"Hem, forever alone betol" bisik Yoora pada dirinya, dia labuhkan punggung atas kerusi, gula- gula getah yang masih dalam plastik dia buka lalu masukkan dalam mulut. Ketika itu, dia menangkap satu suara yang datangnya dari Rahee.
"Boleh sabar tak? Kalau kau tak reti nak bersabar, aku bocorkan semua rahsia dan rancangan kau tu, bodoh!"
Yoora hanya buat tak tahu sahaja, tapi dia masih setia memasang telinga. Sambil mengunyah gula- gula getah, dia menyelak buku rujukannya, tapi matanya masih fokus kepada Rahee.
"Ya, aku tahu. Nanti aku call kau balik, kat sini bahaya, nanti kantoi"
Yoora terdiam, dahinya berkerut tidak faham. Kemudian dia angkat bahu, malas mahu masuk campur soal hal orang.
Macam Areum cakap, positive thinking ajelah!
🌼
"Bila exam?" Jimin menyoal, butang baju kemejanya dia butangkan satu persatu. Areum memandang keatas seperti sedang berfikir sebelum dia labuhkan punggung di birai katil. Penat kaki nak berdiri lama- lama.
"Tinggal seminggu lagi"
"Baby usia berapa?"
"One month 3 days" jawab Areum laju. Dia sudah sedia maklum dengan usia kandungannya disebabkan hobinya yang suka buat counting days bila ada waktu lapang, I mean, everyday.
"Tak boleh hold dulu ke, exam tu?" soal Jimin sebelum dia berdiri menghadap Areum. Muncung bibir Areum jadinya. Dia alihkan pandangan memandang dinding bilik berwarna kelabu itu.
"Saya dah lama tunggu nak graduate tahun ni, Jimin. Kalau saya hold bermakna saya kena ulang lagi next semester. Saya penatlah tunggu 3 tahun" balas Areum, Jimin mengeluh perlahan.
"Saya tahu sayang, tapi exam boleh buat sayang stress. Emosi sayang akan tak stabil dan perkara tu akan bagi effect pada baby. Sayang tahu, kan?" terang Jimin, Areum mendiamkan diri. Jarinya dibelek.
"I'll be okay, Jimin. Saya janji saya akan jaga emosi saya, tak marah- marah, takkan stress. Please.. lagipun sayanglah kalau saya hold dan sambung next semester. Eum.."
Jimin mengurut keningnya, dengan perlahan dia melangkah menghampiri Areum sebelum berdiri dihadapan gadis itu. Dia tundukkan tubuh agar wajahnya selari dengan wajah Areum. Jimin muncungkan bibir, dia cubit perlahan hidung Areum.
"Yalah. Tapi sayang kena janji. Jaga emosi tu, jangan stress sebab study. Hem?" ucap Jimin. Areum mengangguk. Jimin kenyitkan mata buatkan Areum tersenyum lebar. Dia lingkarkan lengannya pada leher Jimin.
"What now?"
"I want kiss you.."
"And?"
"I want to hug you.."
"And?"
Areum diamkan diri sejenak sebelum dia rapatkan wajahnya dengan Jimin buatkan lelaki itu terkaku pada tempatnya.
"I'm going to seduce you, Jimin.." bisik Areum tepat di telinga lelaki itu. Jimin hanya mampu tersenyum. Dia tarik perlahan tubuh Areum supaya gadis itu berdiri.
"Saya tak pergi kerjalah maksudnya tu?" ucap Jimin seraya melingkarkan lengannya pada pinggang Areum sebelum tersenyum nakal. Areum pukul perlahan dada Jimin sebelum dia betulkan tali leher berwarna merah yang dikenakan Jimin sekarang.
"Nanti petang kita buat check up, jangan lambat keluar" pesan Jimin, Areum mengangguk perlahan.
"Now give me a kiss"
"Okay, just one kiss may be enough for you."
Cup!
"One more" Tubuh Areum kembali ditarik Jimin. Bibir dimuncungkan tapi Areum menolak.
"No more"
"Andwaeeeee"
.
.
Heum..
I think I miss someone.
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfic[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...