🌼
"Let me love you. Let me love, let me love you~"
Areum menghempaskan tubuhnya diatas sofa. Dia baru sahaja selesai mengemas rumah yang sedikit berantakan hari itu. Jimin ni, dia kata dia tak tolong aku langsung! Suka sangat berkurung dalam bilik. Ada harta karun agaknya dia tengah sembunyikan.
Areum meluruskan kaki, kepala disandarkan pada kepala sofa sebelum mata dipejamkan rapat. Ya tuhan, nikmatnya!
"Areum.."
Areum mengerutkan dahinya, tangannya melambai kearah figura orang yang menegurnya tadi sebelum membuat tanda pangkah dihadapannya. Jimin menggulingkan anak mata, bahu gadis itu dicuitnya.
"Nak apa? Saya nak rehat-"
"Tolong iron kemeja aku, lepas ni aku kena keluar-"
Laju Areum membuka kelopak matanya. Tubuh Jimin yang berdiri tegak dihadapannya membuatkan Areum terkejut besar. Lantas tapak tangan digunakan untuk menutup matanya.
"Yahh!! Kenapa tak pakai baju?!"
"Aku baru mandi, aku rushing nak pergi pejabat. Tolong iron kemeja aku sekejap" pesan Jimin seraya melabuhkan punggungnya diatas sofa disamping aku. Lelaki itu menggigit apel merah sebelum remote televisyen dirampas dari tangan aku.
"Pergi iron baju cepat, aku nak jalan dah ni" Jimin memandang aku sekilas sebelum memandang ke arah televisyen. Aku renung Jimin yang hanya mengenakan seluar slek hitam itu dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Ya tuhan, suami aku ke ni?!
"Jimin.."
"Em?"
"Awak selalu work up ke?" Soal Areum seraya merenung figura Jimin yang sempurna itu. Tubuh Jimin yang sedikit tegap dengan perut berkotak- kotak itu memang impian setiap para gadis, terutamanya gue(😷).
"Selalu jugak" jawab Jimin sepatah sebelum menggigit apel merahnya. Areum tersengih- sengih. Dia pandang Jimin dengan puppy eyes sebelum tersenyum kecil.
"Patutlah awak handsome-"
"Areum, pergi iron baju aku" Jimin memotong percakapan aku sebelum menghadiahkan jelingan tajam pada aku. Aku jongket kening.
"Patutlah awak ada abs-"
"Areum!"
"Yalah, yalah saya pergilah ni. Puji sikit pun tak boleh" kata Areum sebelum mengangkat punggung dan mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Jimin menggeleng- gelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
"Areum.." bisik Jimin seraya tersenyum.
"Puji sikit pun tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Semualah tak boleh!" Areum memprotes seraya mencapai baju kemeja putih Jimin yang diletakkan atas katil lalu membawanya ke meja iron.
"Wangi.."
Areum menghidu baju kemeja Jimin lalu tersengih macam orang angau. Dia tersenyum kecil, bau minyak wangi maskulin yang melekat pada baju Jimin masuk ke seluruh rongga pernafasannya.
"Areum-"
"Argh!"
Sikit lagi gadis itu hampir terjatuh menyembam lantai bilik Jimin. Nasiblah lelaki itu menahan pinggang Areum dari terjatuh. Gadis itu terkebil- kebil. Jimin renung wajah polos Areun sebelum anak matanya jatuh pada kemeja miliknya.
"Aku dah agak dah-"
"Tak, tak! Saya baru nak iron. Awak dah masuk, saya pergi sikit dah rindu" kata Areum seraya mengenyitkan anak matanya pada Jimin. Lelaki itu tidak merespon, dia menjentik dahi Areum sebelum melepaskan pinggang Areum dari pegangannya. Areum mencebikkan bibir.
"Buat apa masuk? Saya belum mula pun iron" kata Areum, sterika dicapai setelah suis dipasang. Jimin mengambil tempat di birai katil, belakang Areum yang tengah membelakanginya direnung.
Sekejap- kejap dia pusing melirik kepada Jimin. Yalah, lelaki, duk diam belakang kau. Selesa tak?
"Hah pandang apa tu!"
Jimin tersentak, Areum sudah bercekak pinggang dihadapannya. Lelaki itu mengalihkan pandangan memandang pintu kamar mandi sebelum berdiri mendapatkan kemejanya.
"Ada ke meeting waktu malam?" Soal Areum, sebenarnya dia tak nak pun Jimin keluar malam-malam macam ni. Risau tau tak?! Isteri mana yang tak risau?
"Adalah, meet and greet-"
"Awak fikir ini apa? Mereka tu artis ke nak meet and greet segala?" Areum mengecilkan anak mata. Jimin yang sedang memasang butang kemeja bajunya direnung. Lelaki itu tidak melayan. Hanya mendiamkan diri seraya menyikat rambutnya.
Areum memuncungkan bibirnya,
tuala mandi Jimin yang baru digunakannya tadi. Aku menjemurnya pada penyangkut baju dan mengekori Jimin turun ke bawah."Jimin.."
"Em?"
"Janganlah hot sangat, nanti client awak tergoda. Kesianlah kat saya-"
"Client aku lelaki" pintas Jimin lalu meraih kunci kereta. Aku menggigit bawah bibir, dia ni tak faham ke buat- buat tak faham? Orang nak menggayat dia pun jadi tak ada mood!
"Alahh zaman sekarang ni, macam- macam pun boleh jadi. Perempuan dengan perempuan pun boleh kahwin, inikan pulak lelaki-"
"Aku kan dah kahwin dengan kau, cukuplah satu, tak larat nak layan banyak-banyak" jawab Jimin buatkan aku senyum lebar sampai ketelinga. Terus aku hampiri dia dan berdiri tepi dia, dia pandang aku sekilas sebelum membetulkan kolar bajunya.
"Cakap jelah awak sayang saya, apa yang susah. Aish awak ni!" Aku siku lengan dia buatkan Jimin menjeling aku. Dia tundingkan jari pada pintu rumah, mengisyaratkan aku untuk masuk.
"Saya nak tengok awak-"
"Pergi masuk, jangan degil. Kau bukan budak- budak nak diarah- arahkan lagi." Kata Jimin lalu masuk kedalam keretanya. Aku mencebik bibir lalu berjalan ke depan pintu rumah lalu berjongkok untuk betulkan pasu bunga yang terjatuh.
"Yaa, macam ni baru be-"
Ppin!!
Jimin meng-hon kan kenderaannya buatkan aku jatuh terduduk sebab terkejut. Aku elus dada sebelum menjeling pada Jimin yang berada dalam kereta. Dia isyaratkan aku untuk masuk kedalam rumah. Laju aku berdiri dan kecilkan mata tengok Jimin dalam kereta.
"Saya tahulah!"
Ppin!
"Hisy!"
Aku melangkah masuk kedalam rumah bila selesai menjelirkan lidah pada Jimin.
Biar padan muka dia!
.
.
♡
To be continue..
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfic[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...