🌼
Areum menuruni anak tangga menuju ke dapur, benda pertama yang dituju gadis itu ialah peti sejuk. Adunan pancake masih belum lagi disentuhnya. Jadi dia berniat untuk menggunakan itu sebagai item sarapan pagi.
"Good morning"
"Ohh mak kau!" Latah aku seraya mengelus dada, sikit lagi terlungkup mangkuk adunan tu kalau aku tak pegang erat- erat. Aku pandang Jimin, dia hanya buat muka tak kesah saja sebelum mencapai mug dan serbuk kopi.
"Saya fikir awak dah pergi kerja"
"Aku masuk lambat hari ni, kau bukan ada kelas pagi ke?" Soal Jimin, serbuk kopi dituang lalu air panas dituang sama.
"Kelas saya petang hari ni, so, balik malamlah jawabnya" jawab aku sebelum frying pan dicapai dan diletakkan atas tempat masak. Butter dicapai lalu dihiris sedikit kemudian diletakkan atas kuali tersebut.
"Chakaman, saya masakkan awak pancake dulu lepas tu awak boleh pergi kerja" kata aku lalu gelabah capai spatula untuk letak adunan tu. Jimin hanya mendiamkan diri di kerusi meja makan.
"Areum.." panggil Jimin dengan suara seraknya. Kopinya dihirup sebelum lelaki itu merenung mug- nya.
"Em?"
"Honeymoon nanti, kau nak pergi mana?" Soal Jimin lalu menggosok lehernya. Areum menghentikan perbuatan, rasa tak percaya dengan apa yang dia tengah dengar sekarang ni.
"Apa awak cakap?"
"Honeymoon nanti kau nak pergi mana?" Ulang Jimin semula. Lelaki itu memandang Areum sekilas kemudian beralih memandang mug- nya. Melebar senyuman Areum sebelum gadis itu menghampiri Jimin dan berdiri tepi lelaki itu.
"Betul ni awak nak saya suggest tempat honeymoon?" Areum bertanya. Jimin mengangguk tanpa memandang wajah Areum yang dah tersengih- sengih tu.
"Nak pergi mana?"
"Saya tak kesah nak pergi mana, asal awak ada sekali" jawab Areum. Jimin menahan senyum. Dia dongakkan kepala memandang Areum.
"Kau tak kesah even kalau aku bawa kau pergi tempat sampah?"
"Ya, saya tak kesah- wait. Tempat sampah? Awak dah gila ke? Mana ada orang ber- honeymoon kat tempat sampah! Isy, awak ni" Areum memuncungkan bibirnya seraya memukul perlahan lengan Jimin.
"Habis tu nak pergi mana?"
"Saya nak naik jambatan" kata Areum seraya tersenyum menampakkan deretan gigi putihnya. Jimin mengerutkan dahi.
"Jambatan apa?"
"Jambatan menuju ke hati awak, cia cia ciaa" kata Areum seraya meletakkan tapak tangannya pada dada Jimin lalu ketawa kecil. Jimin menahan senyum sekali lagi. Dia jeling Areum lalu berdiri berhadapan dengan gadis itu.
"Tengok kuali kau tu, jangan nak sweet je kerja" Jimin menghalau seraya berjalan keluar dari dapur. Areum membulatkan anak matanya bila teringat akan kuali.
"Pancake saya!"
"Areum.."
"Ahh wae!" Gelabah Areum mematikan api sebelum meniup kuali yang berasap tersebut supaya adunan nanti tidak melekat.
"Aku rancang nak pergi maldives, suka atau tak, kau kena terima" kata Jimin disebalik tembok. Areum pulak, sebaik mendengar perkataan Maldives, bibirnya sudah menguntum senyum.
"Gomawo!" Kata Areum lalu melompat kerana teruja yang teramat.
🌼
Areum melangkah keluar dari dewan kuliah, hari ini gadis itu lambat masuk ke dewan kerana cuaca pada waktu petang tidak seberapa bagus. Areum berlari ke arah bustop. Ketika itu hujan sudah mulai renyai- renyai jatuh ke bumi.
Yoora sudah pulang bersama dengan Rayyan seawal jam 5 petang tadi. Manakala Areum terpaksa stay sampai jam 6 petang sebab nak siapkan assignment yang tertangguh.
Areum mengambil tempat di kerusi besi di bustop tersebut. Failnya dimasukkan kedalam beg. Dia mengeluh, waktu- waktu sebegini memang susah untuk dia mendapatkan teksi. Grab? Phone dia dah lama menamatkan riwayatnya tadi jam 5:30 petang. Hisy, tulah murung ni.
Areum memandang kiri dan kanan, waktu itu hanya beberapa ketul sahaja pelajar yang ada disitu. Seketika kemudian, sebuah motobike berwarna merah hitam berhenti dihadapan Areum, tepat dihadapan gadis itu.
Helmet hitamnya dilepaskan, lelaki itu memberikan pandangan pelik pada Areum. Begitu juga dengan Areum.
"Jungkook?" Lelaki itu tersenyum bila namanya disebut. Jungkook meraup rambutnya yang basah kebelakang sebelum menghampiri gadis itu.
"Kenapa tak balik lagi?"
"Ahh awak tengoklah, sekarang hujan, teksi tak ada lagi. Awak pula?" Soal Areum balik. Dia pandang Jungkook sampai lelaki itu duduk ditepinya.
"Saya temankan awaklah"
"Hem? Ahh saya rasa tak payahlah. Nanti girlfriend awak nampak, apa pula yang dia cakap-"
"Aniya, saya tak ada girlfriend" jawab Jungkook bila Areum cuba menolak keikhlasannya. Gadis itu mengangguk faham.
"Ahh Jungkook, awak tak jawab lagi soalan saya yang hari tu. Saya tak pernah lagi nampak awak masuk kelas account. Awak sesat eah?" Kata Areum buatkan Jungkook ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak.
"Tak adalah, saya sentiasa masuk kelas. Kenapa tanya? Rindu saya?" Usik Jungkook, Areum senyum kecil seraya menggeleng perlahan.
"Aniya.."
"Kenapa tak cuba pesan grab?"
"Phone saya, lowbat" jawab Areum seraya memuncungkan bibirnya. Jungkook merenungnya sekejap sebelum menghulurkan smartphonenya.
"Hem?"
"Ni, awak guna phone saya sementara untuk pesan grab" kata Jungkook. Areum mengangguk faham sebelum mencapai phone Jungkook. Aplikasi grab dibuka lalu mengetik location.
"Nahh thank you" kata Areum seraya menghulurkan phone kembali pada Jungkook. Lelaki itu menerimanya semula. Jungkook hanya mendiamkan diri, dia melirik ke arah Areum sekilas sebelum senyum kecil.
"Ahh itupun dah sampai, saya pergi dulu. Terima kasih banyak- banyak, Jungkook" kata Areum seraya menundukkan badan. Jungkook mengangguk faham.
"Annyeong.."
"Annyeong.." balas Jungkook seraya melambaikan tapak tangannya. Dia memerhatikan gadis itu sampailah kelibat kenderaan yang membawa Areum hilang dari pandangan mata.
Jung Areum, annyeong.
.
.
🙆
To be continue..
YOU ARE READING
[C] OREITHYIA | 지민 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY COLD HUSBAND] "Jimin- ahh, boleh aku minta sesuatu dekat kau?" -Jung Hoseok. "Apa dia?" -Park Jimin. "Kahwin dengan adik aku, dia tak ada siapa- siapa di korea ni. Aku risau kalau aku tak ada nanti, dia hidup tanpa sesiapa." Berkahwin...