Bab 16❄💫

7.6K 603 17
                                    

🌼

Hatcuh!

Areum duduk bersila diatas katil. Jam loceng ditepi katil diatas meja lampu dia pandang sekilas. 30 minit lagi dia kena bersiap untuk ke universiti hari ni. Dia menolak selimut sebelum berjalan keluar dari bilik.

Areum berjalan masuk kedalam dapur, ubat selesema dikeluarkan dari almari atas.

Hatcuh!

"Haiiya-"

"Buat apa?" Suara garau Jimin buatkan Areum yang sedang berhayal dihadapan pantri itu tersentak. Areum menggeleng lalu menunjukkan sepapan ubat selesema. Jimin mengangguk faham, dia capai mug di rak pinggan sebelum mengambil serbuk kopi untuk dibancuh.

Areum menggosok hidungnya, rasa nak bersin kuat- kuat je, tapi niatnya itu terpaksa disimpan demi menjaga imej didepan suami terchenta.

Hatcuh!

Hatcuh!

Hatcuh!

"Ergh!" Areum mendengus perlahan, sungguh dia benci flu. Benda ni buat dia lemah seharian. Rasa nak baring je kerja, dahlah hari ni kerja tesis kena pre- bentang.

Aiyo.

"Tak payahlah datang class kalau dah sakit macam tu" Jimin yang tengah minum kopi dimeja makan itu bersuara. Areum menolehkan kepala, dia bergerak duduk dihadapan Jimin sebelum merenung meja makan.

"Hari ni kena hantar tesis, 70 peratus hampir siap, saem kena tengok, kalau saem tak tengok, saya tak tahu mana kesalahan saya" jawab Areum seraya memuncungkan bibir. Jimin tidak bersuara, dia berdiri dari duduknya lalu bergerak ke pantri.

"Penting sangat ke?"

"Eh of courselah penting! Saya dah hampir 3 tahun tunggu saat ni tau, kalau tak.. saya akan ulang lagi next semester" kata Areum, dia sembamkan wajah atas meja. Berat pula kepala dia. Jimin meletakkan mug diatas sinki. Dia selukkan satu jarinya pada satu bekas serbuk.

"Come here.."

Lengan Areum ditarik sebelum serbuk berwarna oren berbau kuat itu dia calitkan pada atas hidung aku. Serta merta aku bersin tak berhenti.

"Apa- hatcuh! Awak le- hatcuh! Tak?!" Soal Areum seraya menepis tangan Jimin. Lelaki itu mendiamkan diri, dia acukan jari telunjuk pada bekas hijau yang berisi serbuk berwarna kuning yang berlabel 'serbuk kunyit'.

"Yahhh!!! Kalau selesema gosok hidung pakai kunyit! Bukan serbuk kunyit- hatcuh! Dah tepilah!" Areum berjalan keluar dari dapur lalu mendaki anak tangga naik ke tingkat atas.

Jimin ketawa kecil, dia tahu, tapi dia cuma sengaja nak kenakan Areum, sebab, entahlah. Dia rasa yang Areum comel.

"Huh.." Jimin menggelengkan kepalanya sebelum berjalan ke sinki lalu untuk mencuci tangannya sebelum berjalan naik ke tingkat atas.

"Yahh Jimin! Saya lupa hari ni tak ada kelas! Hiyahh! Saya minta maaf tengking aw- cuh!" Areum berlari keluar dari bilik sebelum pinggang Jimin dia peluk. Jimin hanya kaku, tidak memberi sebarang respon, hanya berdehem perlahan.

"Lepas-"

Sepantas kilat Areum meleraikan pelukan lalu berdiri tegak dihadapan Jimin. Gadis itu tersengih menampakkan giginya, sebelum tapak tangan Jimin digenggam.

"Awak nak pergi kerja dah kan?" Soalnya, Jimin mengangguk perlahan, masih lagi kekal dengan wajah bekunya.

"Kalau macam tu, saya nak tidur! Hati- hati pergi kerja tu sayang!"

Cup!

Areum menjongketkan kaki, dengan sepantas kilat dia cium bibir Jimin sekilas sebelum berlari masuk kedalam bilik. Dadanya yang berdegup lari dari tempo itu dipegang.

Gila!

Kau memang gila Areum!

🌼


"Huwap!"

Areum meregangkan badan, seraga pakaian yang baru siap dicuci dia angkat kekuatan tulang empat keratnya. Getah rambut dicapai sebelum dia mengikat rambutnya. Dia bergerak ke belakang rumah untuk menjemur pakaian.

Lagu kill this love dipasang sebelum dia menari sakan seraya menjemur baju. Yiha!

"Let's kill this love!"

"Rampampampampam!"

Areum mengangkat tangan bila jiran sebelah rumah memandangnya pelik lalu ikut menari ditepi jendela biliknya. Oh blink juga rupanya.

"Aish"

Areum men-unlock phonenya sebelum panggilan dari seseorang dilihat. Matanya membulat bila mendapati itu ialah panggilan dari Puan Park, iaitu dari ibu mentuanya sendiri!

"Ahh ma- mama" jawab Areum, dia melambaikan tangannya pada jiran sebelah rumah lalu masuk kedalam rumah dengan raga pakaian yang sudah kosong. Kejap je kan? Yelah, 2 ketul je yang tinggal kat rumah ni, of course-lah kejap je.

"Ahh Areum anak mama sayang, tengah buat apa?"

"Ahh Areum baru lepas habis jemur kain, kenapa ye mama?" Soal Areum, ikatan rambut dilepaskan sebelum dia melangkah ke ruang tamu, masa untuk mengemas!

"Ohh, mama cuma nak bagitau, malam ni mama datang rumah-"

"Hah?! Datang rumah?" Areum membulatkan anak matanya. Mahu tercabut jantung dia bila terdengar ayat 'mama nak datang rumah'. Habislah kalau mama dapat tahu yang mereka tak tinggal sebilik!

"Ya, mama nak datang. Menginap sehari. Kenapa terkejut sangat ni?"

"Aniya mama, Areum just happy je." Jawab Areum seraya menggigit bawah bibirnya. Aduh! Resah betul dia sekarang ni.

"Baguslah, make sure Jimin balik malam ni. Mama nak cakap something, oke itu jelah mama nak cakap. Jaga diri eah, siapkan apa yang patut, your beloved mother in law nak datang. Goodbye!"

"Goodbye, mama!"

"Aduh!"

Areum mundar mandir di meja ruang tamu. Rambutnya diramas sebelum phonenya dia capai lalu nombor Jimin dicari. Help meh!

"Jimin!"

.

.

To be continue..

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now