Solat Maghrib sudahpun berlalu, semua orang melangkah keluar daripada surau ingin pulang ke rumah semula. Suraya memapah tangan haura menuju ke kereta yang tidak jauh dari situ.
"Suraya!" sapa seorang wanita, mak esah.
Wanita tua yang sentiasa berada di masjid tersebut dan di kenali ramai dengan sikap baiknya yang suka bersedekah.
"eh? Mak esah. Kenapa?"
" Hari ni ada jamuan. Marilah makan dulu sebelum balik. Takut tak habis.. Nanti membazir. Ajaklah kawan kamu sekali."
"jamuan? Jamuan apa pula ni? Tak pernah2 buat pun sebelum ni. Lagipun saya takut haura penat.. "
"eh? Takpa. Haura okay je." balas haura,mencelah.
"Jamuan tu ada keluarga dato yang buat. Sempena sambut bisnes apa entah. Mak esah tak tau sangat! Tapi jom lah.. Diaorang jemput semua orang." ujarnya.
Suraya tidak membalas apa. Mak esah terus menarik tangan mereka menuju ke ruang makan yang sedia ada di surau.
"duduk sini dulu. Suraya meh ikut mak esah pergi ambil makanan."
"baik mak esah. Haura tunggu sini ye."
"baik, kak."
Balasnya. Suraya pun melangkah mengikut mak esah mengambil makanan di belakang surau. Sementara menunggu, haura berdiri tercegat di tepi tangga surau.
"haihh.. Panas betullah dekat sini!" degus suara wanita,faridah.
Dia mengipas tangannya di wajah tanda kepanasan. Wanita bernama mel juga turut berada disitu melihat orang2 menjamu selera.
"anti.. i tak selesa lah dekat tempat macam ni. Dah lah panas! Yang dato pun satu..carilah tempat best sikit! Hotel ke? dewan ke? Ini surau!" bebel mel.
Haura yang mendengar perbualan mel itu hanya menggeleng kepala.
"nak buat macam mana? Anti dah suruh dia buat dekat hotel. Tapi degil!"
"ish, malulah kalau orang tengok mel dekat sini. Dengan bertudung bagai. Rimas!!" degusnya.
Namun perbualan mereka terhenti saat melihat dato anuar dan adam melangkah turun daripada anak tangga.
"membebel lah tu.. Pergilah makan. Awak nak berdiri dekat situ sampai bila?"tegur anuar.
"abang! Saya tak sukalah..jom lah balik. Biar diaorang makan."
"apa pulak macam tu? Saya beli makanan itu semua untuk semua orang. Jom lah kita makan sekali dengan diaorang."
Ujar dato anuar. Sedang dato anuar dan datin faridah bertengkar, adam mengalih perhatian pada wanita yang berdiri tercegat tidak jauh darinya.
"macam kenal.. Tapi dekat mana ek?" soal adam dengan cara berbisik.
"Err.. Papa, mama. Sudahlah tu, janganlah nak gadus dekat sini. Tak elok. Kalau mama tak nak makan takpalah.. Tunggu papa dengan adam pergi makan. Mama dengan mel duduklah dalam kereta dulu"
Ujar adam.
"hmm.. Okay jugak tu! Daripada duduk sini? Heh! Jomlah anti.." ujar mel, lalu menarik tangan faridah keluar daripada situ.
"susah betul mama kamu tu. Jom lah kita makan.."
"papa pergilah dulu. Adam sakit perut.. Nak ke tandas kejab."
"okay. Cepat sikit. Nantj membebel pulak mak kamu tu."
"baik, pa."
Balas adam. Anuar pun melangkah menuju ke ruang makan. Adam memerhati kelibat anuar,sebaik sahaja menghilang dia terus mendekati haura.
Adam merenung wajahnya, mata haura kelihatan tidak berkedip.benarkah dia buta? Itu yang bermain difikiran adam. Dia melambai tangan, namun tiada apa2 reaksi darinya.
Pelbagai cara adam lakukan supaya wanita itu ketawa salah satunya membuat muka hodoh. Tapi tidak menjadi.
"betullah dia buta."
"siapa tu?"soal haura apabila terdengar suara adam.
"Saya Adamia.." balas adam dengan membuat suata seakan-akan wanita. Dia menahan ketawa dengan menutup mulut. Saja mahu mengenakan wanita itu.
"adamia? Tak pernah dengar pun. Awak orang baru ke dekat sini?"
"takdalah. Nama awak apa?" balas adam dan masih lahi mengekalkan suara wanita itu.
"nama saya Haura. Selamat berkenalan."
Haura menghulur tangan kanannya ingin bersalaman. Sakit perut adam menahan ketawanya. Sehinggga berubah kembali kepada suara sebenarnya. Haura mengerut kening.
"Kau ni suara lelaki dengan suara perempuan tulen pun tak tau beza ke? Senang betul tipu orang buta macam kau ni." sinis adam.
"saya macam kenal suara ni. Encik adam ek?"
"eh? Mana kau tahu nama aku?"
"encik adam kan yang bagi kad tu dekat kawan saya. Dalam kad tu ada tulis nama encik adam. Kawan saya yang bagitau nama encik adam so saya tau lah." balas haura.
"baguslah kalau dah tahu nama aku. Sayang betullah orang macam kau ni.. Muda2 dah buta."
"saya sebenarnya tak buta. cuma terlibat kes kemalangan." ujar haura.
"tak tanya pun."
"saya bagitau je." balas haura.
"so? Mana duit ganti rugi kasut aku?"
"haihh.. Mana nak dapat sekarang. Encik adam kata 3 hari kan? Ini sehari pun tak habis lagi dah minta duit."
"yela, aku saja nak test tadi. Mana lah tau kau lupa. Aku just nak ingatkan aje. Tapi kalau.. "
"Adam." anuar mencelah, dia melangkah ke arah mereka.
"haihh.. Kata sakit perut? Lain macam sakit perut kamu ye adam."tegur anuar.
Adam tersengih sambil menggaru kepala.
"Haura.. Sorry lambat. Ramai orang tadi." suraya pula mencelah dengan membawa dua pinggan nasi ayam.
Dia menoleh ke arah anuar dan adam .
"eh? Encik adam?" suraya meneka.
"korang kenal adam? Tak sangka adam ni berkawan dengan orang macam ni. Bangga papa. Nasib baik tak ikut macam mama kamu tu."ujar anuar.
"takdalah.. Sebenarnya.."
"Sebenarnya diaorang kawan sekelas adam, pa. So? Adam dah lama tak jumpa."
Ujar adam, memotong percakapan suraya.
Takut pula nanti dia pula yang kena bebel dengan dato anuar."ouh.. Kawan sekelas. Takpalah, korang borak2 lah dulu. Papa nak masuk kereta. Kamu tu pergi makan,adam! Dah lambat ni."ujar anuar.
Adam hanya mengangguk kepala. Anuar pun melangkah pergi ke arah kereta.
"Takut ayah rupanya.."ejek suraya. Haura dan suraya menahan tawa. Panas pula adam mendengarnya.
"diamlah! Ingat ek.. Setelkan duit aku. 3 hari je."ugutnya.
"kami tau lah!"degus suraya.
Adam menjeling sebelum melangkah ke ruang makan. Suraya hanya mengabaikan sahaja lelaki itu dan memimpin haura pergi ke meja makan.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...