62

20.9K 1.1K 43
                                    

Haura membasuh kuali yang digunakannya tadi. Adam melangkah ke dapur dengan membawa pinggan kosong, lincin habis adam menjamunya.

"Terima kasih. Masak untuk aku." ucap adam.

Dia meletakkan pinggan di sinki bersebelahan dengan haura, dia membasuh pinggan itu.

"sama-sama." ringkas balas haura.

"aku nak keluar kejab lagi, nak beli barang sikit. Kau nak ikut tak?" tanya adam.

Haura mengerut kening. Pili air di tutupnya.

"tak pernah-pernah awak ajak saya keluar? Tiba-tiba aje. Haha. Takpa lah awak keluarlah seorang, saya takut awak malu pulak keluar dengan saya. Nanti orang pandang pulak." ujar haura.

"kenapa aku nak malu pulak?" soal adam.

Tidak faham apa yang di katakan haura.

"yela. Isteri awakkan buta. Nanti orang pandang hina pula." ujar haura.

"aku tak pernah malu pun kawin dengan kau." degus adam.

Haura terdiam. Tidak pernah adam berkata begitu sebelum ini.

"awak.."

Belum sempat haura berkata, tiba-tiba talefon di atas meja berdering.

Adam melangkah mengambil talefon itu dan panggilan di angkat.

"hello? Laa.. Papa,kenapa?"

Wajah adam terus berubah gelisah apabila anuar menyampaikan sesuatu berita buruk. Panggilan terus di tutup.

"Haura, kita kena balik!"

"huh? Kenapa?"

"ikut je lah, banyak cakap pulak!"

Adam terus menarik tangan haura melangkah keluar daripada rumah. Agak-agaknya apa yang sudah berlaku.



Datin faridah terbaring di atas katil dengan keadaan penat. Risau anuar di buatnya, tiba-tiba faridah sakit hari ini.

"macam mana doktor?" soal anuar, risau.

"Datin faridah terkena darah tinggi. Mungkin disebabkan dia terlampau stress."

"Ya Allah.. "

Anuar menyentuh dadanya, terkejut mendengar faridah terkena darah tinggi.

"Mama!!" teriak adam yang baru sampai.

Adam terus berlari ke arah faridah, tangan faridah di genggam kuat. Haura hanya tercegat di luar bilik. Dia tidak rasa faridah mahu melihat dirinya. Anuar dan lelaki berkod putih itu melangkah keluar daripada bilik. Memberi ruang untuk mereka berbual.

"adam.. Mama rindu adam.. Janganlah tinggalkan mama. "rayu faridah.

"apasal mama tiba-tiba sakit? Adam baru aje tinggal mama sehari. Takkan mama dah rindu?"

"mama tak pernah berpisah dengan adam. Sejak adam kawin dengan perempuan tu.. Adam sanggup biarkan mama." rungut faridah.

Adam menunduk kepalanya. Dia memandang haura yang duduk di luar bilik. Haura dengar semuanya, terus dia beredar daripada situ.

"adam.. "

"ye, ma."

"mama terkena darah tinggi. Kalau tekanan darah mama semakin teruk. Mungkin mama akan pergi cepat adam.."

"ya Allah mama. Jangan cakap macam tu." rayu adam.

"mama teringin nak adam tunaikan hajat mama. Supaya mama gembira, dan tekanan darah mama semakin pulih. Tapi, mungkin adam lebih sayangkan perempuan tu."

"apa dia yang mama nak? Adam sanggup tunaikan.."

Faridah tersenyum, dia bangun dan bersandar pada kepala katil.

"kawin dengan mel." pinta faridah, tangan adam di sentuhnya.

Adam terdiam.

"mama teringin nak tengok adam kawin dengan mel. Itu saja permintaan mama. Tolonglah adam. Tapi.. Kalau adam tak nak tunaikan. Mungkin adam lebih minta mama pergi."

"Ad.. Adam.. Fikir dulu. Mama sabar ek. Adam nak balik dah. Esok adam melawat mama lagi."

Pinta adam. Dia menyalam tangan ibunya sebelum melangkah keluar. Setelah kelinat adam menghilang terus faridah menjadi cerai.

"yes!! Bye, perempuan buta. Adam akan tinggalkan kau tak lama lagi. Seronoknya aku!!"

Adam menutup pintu keretanya dan memandu pergi daripada rumah itu. Haura yang berada di sebelahnya terasa pelik. Apasal macam marah aje?

"Err.. Mama macam mana?" tanya haura.

Adam tidak menjawab.

"Err.. Kita beli ubat untuk mama? Nak tak?" cadang haura.

"tu bukan ubat dia."degus adam.

Haura tidak faham.

"maksud awak awak?"

"Mama nak aku kawin dengan mel."

Ujar adam dengan nada tidak puas hati.

"huh?"

"aku kata mama nak aku kawin dengan mel! Kau faham tak?! Apasal pekak sangat kau ni?!"

Haura tersentak apabila adam meninggikan suara. Pasti hatinya tengah panas dengan permintaan faridah.

"kenapa ek? Kenapa aku kena tunggung semua ni?! Aku dah penat cari jalan nak lari daripada masalah ni tapi semua tak jalan!! Ada isteri tapi tak pernah pedulikan pasal suami. Yang kau tahu cuma nasib diri kau, tapi aku ni lagi tanggung banyak benda daripada kau! Tapi takda seorang pun yang nampak apa yang aku alami."

"sa.. Saya.. Saya minta maaf.. "

"itu je lah yang kau tahu, minta maaf! Minta maaf! Minta maaf! Sampai bila-bila minta maaf! Apa kau ingat telinga aku ni nak dengar perkataan tu aje ke?! Aku kawin dengan kau sebab nak elakkan diri daripada berkawin dengan mel. Dan sekarang walaupun aku dah kawin..aku tetap kena kawin dengan perempuan tu dan kau cuma duduk diam, membisu macam diri kau yang buta tu!"

Bentak adam. Hancur hati haura apabila adam berkata begitu. Menitis air mata adam, dia pun tidak sanggup lagi untuk menempuh dugaan yang besar.

"kita cuma berlakon aje awak.. Saya tak mampu tolong awak lari daripada masalah. Lagipun, awak lelaki. Awak boleh berpoligami dan saya sanggup terima.. "

"Kau diam boleh tak?!! Kau dengan mama sama aje lah! Tak fikir perasaan aku! Aku ingat bila aku dah kawin dengan kau,kau boleh tolong aku. Tapi sama je!! Baik aku tak payah kawin lagi baik lah!"

Bentak adam. Menitis air mata haura mendengarnya. Adakah dia menyesal kawin dengan aku?

"aku cuma nak bahagia. Itu je! Tapi susah sangat!"

"maknanya.. Selama ni awak langsung tak bahagia dengan saya?" soal haura dengan nada getar.

Adam mendiam. Dia tidak mahu menjawab soalan itu. Kata orang diam tandanya benar. Mungkin,adam tidak bahagia dengan haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now