Haura pun berjalan menghampiri adam yang tidur secara mengiring menghadapnya. Tangan haura menyentuh wajah suaminya, membuatkan adam terjaga. Adam tersenyum, dia menggenggam tangan haura.
"papa kata awak nak jumpa saya. Kenapa?" soal haura..
"saja. Aku tak malas nak hadap muka mel. Duduklah.. Dekat belakang kau dah siap ada kerusi." ujar adam serta mempelawa isterinya duduk.
Haura pun menarik kerusi itu lalu melabuh punggung. Tangan haura masih belum dilepaskan.
"awak tak bagi tau saya pun yang awak ada alahan?"
"heh, kalau aku bagitau pun bukan kau kesah" degus adam.
Haura hanya berdiam tidak berkata. Tidak mahu berdebat dengan adam di waktu sakit bagini.
"awak mesti tahu kan yang jem dalam roti tu cili? Sebab tu awak minta tukar kan?" haura meneka.
Adam tersenyum.
"tak. Aku memang nak try jem strawberi. Aku tak tahu pulak dalam tu cili." bohong adam.
Mamat ni cakap je lah caring dekat aku! Itu pun susah nak mengaku ke. Poyo betul! Omel haura di dalam hati.
"haura.." panggil adam lembut.
"apa?"
"aku laparlah. Boleh kau tolong belikan makanan." pinta adam.
"haih awak ni.. Saya buta kan? Mana nampak jalan nak ke kantin. Saya tak tau dekat mana." rungut haura.
"kau bawak lah aku pergi sana."
"awak kan tak larat? Mana boleh berjalan lagi." ujar haura.
"siapa kata aku nak jalan? Dekat sini ada kerusi roda. Kau tolak aku, aku pulak tunjukkan jalan."
"hmm.. Yela. Kerusi roda dekat mana?" tanya haura.
Dia mula berdiri untuk mengambil kerusi roda.
"dekat sebelah meja..kau undur lima tapak." ujar adam memberi tahu kedudukan kerusi roda itu.
Haura hanya mengikut sahaja apa yang di katakan adam.
Setelah tiba di kantin, haura meletakkan beberapa kuih karipap diatas meja, serta air sirap. Adam menolak tayar kerusi roda itu untuk mendekati meja."awak ni tengah sakit pun makan boleh tahan jugak kan?" tegur haura.
"aku kalau lagi sakit. Lagi makan banyak. Bukan macam kau! Sikit-sikit tak lalu." sindir adam.
Dia mengunyah karipap yang di beli haura tadi. Adam memandang haura yang hanya diamkan diri menunggunya habis makan.
"kalau kau nampak muka aku sekarang, mesti kau takkan mengaku aku suami. Sebab.. Muka aku bila terkena alahan akan berubah pucat gila. Macam hantu." ujar adam.
Haura menggeleng.
"muka awak macam mana pun awak tetap suami saya. Siapa saya nak tentukan awak hodoh ke handsome?"
"cehhh.. Nak ambil hati aku lah tu."
"mana ada! Saya cakap benda betullah. Awak ingat saya ni macam mana? Memilih? Saya terima apa saja yang ada pada saya." ujar haura.
Adam mengangguk kepala. Dia mahu menguji haura.
"kalau macam tu.. Kita tengok kau lalu ke tak makan bekas karipap aku. Nah, makan!"
Adam menghulur karipap yang telah di kunyahnya separuh. Haura tergamam. Tak berjangkit ke?
"Tak jangkit ke? Karang dua2 sakit macam mana?"
"kata je lah kau geli dengan aku."
"hei, tak lah! Meh, sini karipap tu!"
"biar aku suap! Nanti aku takut kau buang."
Ujar adam.Lambat haura membuka mulut. Berdebar pula nak makan. Adam terus menyumbat semua karipap itu. Kembong terus mukut haura. Punya besar dia bagi karipap. Kalau tercekik aku macam mana?!
Ketawa adam melihat reaksi wajah haura. Wajahnya sudah kebiruan hendak mengunyah keripap di dalam mulut. Tanpa mereka menyedari mel masih lagi ada di hospital itu. Cuma berdiri jauh daripada mereka.
Mel memeluk tubuh dengan membuat memek muka tidak puas hati.
"dengan perempuan plastik tu larat pula kau nak bergurau ek? Kau tunggu adam.. Malam ni isteri kau muntah teruklah Nampaknya. Tiada ubat untuk rawat haura malam ni." sindir mel dengan memberi kata amaran buat adam.
Dia terus beredar daripada situ setelah berdiri lama melihat layanan haura kepada adam.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...