96

21.1K 878 12
                                    

Hari sudah berganti malam. Mata haura tertumpu pada manik-manik yang sudah di susun membentuk tulisan orang buta.

"okay, siap!"

Haura tersenyum. Setelah berjam dia membuat hadiah itu akhirnya siap. Namun senyumannya mati apabila tersedar yang adam masih lagi tiada disisinya.

"Agak-agaknya, mesti dia tengah enjoy sekarang. Kan bagus kalau aku tak buta, boleh tengok dia bahagia. Walaupun bukan dengan aku." ujar haura seorang diri.

Tanpa sedar air matanya menitis jatuh. Pantas haura mengelapnya.

"apasal aku nangis ni? Benda kecik je kot. Dia cuma pergi sambut hari jadi. Tak payah jadi poyo sangatlah haura." degusnya.

"sedar sikit diri kau tu siapa dan apa motif dia kawin dengan kau. Kau cuma plastik aje. Jangan nak berangan lebih. Banyak lagi benda yang boleh buatkan kau bahagia." ujar haura.

Tiba-tiba dia terdengar sesuatu barang jatuh di luar biliknya. Haura tersentak seketika.

"adam ke tu?!" soal haura.

Tiada sahutan. Haura mengerut kening.

"dah kenapa diam pulak? Sajalah tu nak kenakan aku. Kau ingat aku takut?!"

Haura melompat turun daripada katil, dia melangkah menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu di tarik, dia menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan bagi memastikan ada orang atau tidak di hadapannya.

"aik? Takda.. Hmm, aku salah dengar kot? Lantaklah."

Haura pun kembali masuk ke dalam bilik. Belum sempat melangkah setapak tiba-tiba mulutnya di cekup kuat.

"Happy birthday to you.. Happy birthday to Adam! Happy birthday to you".

Nyanyian lagi Happy birthday, dinyanyikan bersama oleh semua tetamu yang hadir pada malam itu.

Mereka menyambut hari jadi adam di laman bunga, di rumah adam.

"adam. Tiup lah lilin tu." tegur faridah.

Adam hanya melihat kak red velvet yang berada di hadapannya. Ketiadaan haura membuatkan dirinya terasa sunyi.

"You, tiuplah. I tak sabar nak tunggu you suap i." pujuk mel.

Adam mematikan lamunannya. Baru sahaja dia mahu meniup ada angin yang agak kuat telah mematikan api lilin itu.

"nak hujan ke malam ni? Tengok okay je langit." tegur anuar yang mendongak melijat langit.

Entah mengapa hatinya terasa gelisah. Angin tadi seolah olah memberinya satu berita buruk.

"Papa! Mama. Adam rasa cukup sampai sini je kita sambut birthday. Adam dah lambat." degsunya.

Dia terus bangun dan berlari pergi daripada situ.

"eh? Adam!" faridah yang baru ingin menolak roda, sudah di tahan anuar.

"cukuplah. Dia risau tentang isteri dia lah tu. Seharian dia tak jaga haura." tegur anuar.

"tapi, kek ni macam mana? Orang lain tengok aje adam pergi macam tu."

"kak ni bagi aje lah orang makan. Tak perlu adam tiupkan pun." ujarnya.

"tapi.."

"sudahlah.. Mari kita makan kek ni. jangan risau tentang dia. Dia tahu apa yang dia nak buat."ujar dato anuar lagi.

Datin faridah mencebik mulutnya, mel pula mengetap bibir. Tak pasal-pasal kena tinggal dengan adam.


"Haura!" sapa adam. Dia terus membuka pintu bilik itu. Kelibat haura langsung tiada.

"haura? Kau dekat mana?" soal adam, risau.

Dia mencari adam di serata bilik namun tiada.

"Ya Allah.. Mana pulak isteri aku pergi. Jangan jadi apa-apa benda buruk. Tolonglah.." rayu adam.

Dia terus berlari keluar daripada bilik, mencari haura di kawasan sekitar hospital pula.


"Arghh!!"
Haura di tolak sehingga terjatuh di atas kotak yang telah di leperkan. Kawasan itu adalah lorong gelap di belakang hospital.

"kau siapa, huh?! Pergilah!" haura kembali bangun, ingin melarikan diri.

Namun lehernya pula di cekup kuat sehingga terbatuk.

"Amboi bukan main sedap bau kau. Patutlah mel bagi aku sentuh kau malam ni." bisiknya.

"apa kau merepek ni?! Lepaslah!!"

Haura terus menyiku perut lelaki itu sehingga melepaskannya. Haura terus melarikan diri, namun tak sampai beberapa langkah dia sudah di tarik semula.

"hei, kau nak takut apa? Suami kau bukannya ada malam ni pun."

"Lepaslah!! Tolong!!!" haura menjerit kuat.

Lelaki itu menutup mulut haura, dia menolak haura kembali jatuh ke tempat tadi, dahinya terhantuk pada jalan bertar tajam sehingga berdarah.

Lengan baju haura di tarik kuat sehingga terkoyak. Lelaki itu sudah bersedia membuka tali pinggang yang di pakainya.

"Woi!! Kau buat tu?!" tegur seseorang.

Lelaki itu Cepat-cepat memakai semula tali pinggangnya apabila orang itu berlari ke arahnya.

"jangan nak jadi hero sangatlah!" degusnya. Dia terus mengeluarkan pisau lipatnya.

cahaya lampu yang menerangi tempat itu menampakkan wajah amar.

"kau buat dengan perempuan ni?! Huh?"

"its not your problem!!"

Lelaki itu terus menyerang amar, dengan pantas amar menepis setiap tangan yang cuba menikamnya.

Haura mengambil kesempatan itu untuk bangun. Haura memegang lengan kirinya yang sakit.

Lelaki itu sudah hampir tumbang, dia terus melarikan diri daripada situ. Takut di belasah lebih teruk.

"Hoi?! Kalau berani kacau aku jangan kacau perempuanlah,bodoh!" bentak amar.

Setelah kelibat lelaki itu hilang, amar mengalih pandangan ke arah wanita itu.

"awak okay?" tegur amar.

Haura mengangkat wajahnya, dia kenal suara itu.

"abang amar ke tu?"

"Ya Allah.. Haura! Adam mana? Kenapa haura seorang dekat tempat macam ni. Tengok apa dah jadi?"

"ta..tak. haura sebenarnya duduk dekat hospital." balasnya.

"hospital? Haura sakit apa? Kenapa adam tak jaga? Dia pergi mana?"

Bertubi-tubi soalan ditanyakan pada haura. Namum hanya gelengan sahaja yang memberi jawapan kepada amar.

"lelaki tu memang tak gunakan? Apasal haura kawin dengan dia ek? Sampai isteri sakit pun sanggup tinggalkan." sinis amar.

"jangan cakap macam tu, abang amar. Dia tak salah. Err.. Abang boleh tolong hantar haura balik?"

"boleh. Haura bagitahu abang bilik haura dekat mana. Jom kita masuk hospital."

Amar pun memapah haura menuju ke hospital. Haura pula mengelap air matanya yang menitis jatuh.

Aku harapkan seorang suami datang untuk selamatkan isteri dia. Tapi malang sekali bukan. Kenapa hati aku diseksa begini ya Allah.. Hina kah orang buta seperti aku? Bisik hati haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now