100

24.7K 934 21
                                    

Adam bersandar di kerusi pejabatnya, gambar haura di sentuhnya dengan jari. Sungguh hatinya rindu pada seorang isteri yang pernah menemaninya dahulu.

"haura.. Aku rindu kau. Mana kau pergi?" soal adam.

"kau tak rindukan aku ke? Kenapa kau tiba-tiba tinggalkan aku macam ni? Kau memang nak aku kawin dengan orang lain ke? Huh?"

"bila masa saya nak awak kawin dengan orang lain? Saya nak awak cari saya je. Alaa.. Dekat kampung je pun." ujar haura yang duduk di sofa.

Adam menggeleng kepalanya, dia menggosok mata. Benarkah apa yang dia lihat?!

"haura?"

Adam kembali membuka matanya, terus bayangan haura menghilang.

"kampung? Tapi mak kata kau kata takda kat kampung? Kau bersubahat dengan mak kau ke?" soal adam.

Dia memandang sekeliling pejabatnya.

"oo.. Pandai pulak kau tak jawab ek? Selalunya time-time macam ni kau muncul. Aku tanya pandai pula senyap."
Degus adam.

Tiba-tiba talefon berdering, adam pun menjawab panggilan itu.

"hello? Huh?! Ya Allah.. Okay siti! Kejab kagi saya sampai hospital."

Talian terus di matikan. Gambar haura di biarkan di atas meja, adam berlari anak keluar daripada pejabatnya.

Adam menolak pintu bilik pesakit, anuar dan siti sudah ada di dalam bilik itu. Tergamam adam melihat datin faridah yang terbaring di atas katil pesakit.

"Mama!"

Adam berlari ke arah ibunya, tangan faridah di genggamnya.

"mama, bangun ma. Ya Allah, kenapa lebam-lebam ni. Papa apa dah jadi?"

"kamu tanyalah siti. Papa pun baru aje sampai sini." balas anuar.

Adam memandang siti, menantikan balasanya. Siti menghembus nafas kecil, cuba untuk menenangkan diri.

"Sebenarnya.. Ta.. Tadi.."

Selepas adam keluar daripada rumah..

Puan faridah menyerahkan tisu kepada mel, mel pun mengambilnya dan mengelap bibirnya yang comot.

"maafkan adam ye, mel. Biasalah, mungkin dia tengah stress."

"Disebabkan kau.. Aku dapat malu depan adam." degus mel.

"huh?"

Mel terus menolak datin faridah sehingga terjatug daripada kerusi roda. Mel bangun daripada duduk di sofa.

"hei,perempuan cacat! Kau saja nak malukan aku, kan?! Kau kata adam akan terima aku, tapi kenapa dia buat aku macam ni?! Kau memang penipulah!"

"ap..apa mel cakapkan ni? Anti takda niat nak malukan mel.maafkan anti." rayu faridah.

Dia menyentuh kaki mel, ingin meminta maaf. Namun sebaliknya mel hanya memijak tangan faridah.

"argh!"

"kau dengar sini perempuan! Kau dah malukan aku dua kali! Aku boleh hancurkan hidup kau dengan anak kau sekaligus aje! Kau dah lah cacat, busuk! Gelilah aku kenal dengan orang macam kau. Perempuan tua tak sedar diri!" bentak mel.

"mel maafkan anti mel.." rayu faridah. Dia masih bertegas ingin meminta maaf pada mel.

"kau jangan sentuh aku lah!!"

Mel menendang faridah sehingga melepaskannya. Badan faridah di pukul oleh mel. Segala pasu bunga yang ada berdekatan dengannya di baling mengena tubuh faridah.

"Ya Allah! Cukup puan mel!! Jangan buat datin macam ni!"

Siti menahan tangan mel yang memegang pasu.

"hei, kau jangan nak masuk campur hal aku! Kau tu bibik!" bentak mel.

"tapi puan faridah tu bos saya. Jangan pukul dia lagi puan mel."

"kau pergilah!"

Mel menolak siti sehingga jatuh ke lantai, dia menghempaskan kaca itu ke lantai.

"serabutlah aku dengan keluarga kau ni! Heh!!" degusnya.

Kaki faridah disepak sebelum mel pergi daripada situ. Faridah menangis kecewa, habis berdarah lengannya terkena serpihan kaca.

"datin..datin okay? Kalau tak, kita pergi hospital sekarang. Saya call dato suruh pergi hospital. Jom datin."

Siti meletakkan kerusi roda yang terbalik tadi, dia memapah datin faridah duduk di kerusi roda semula.



          "Perempuan tu memang tak gunalah!" bentak adam.

Dia baru sahaja ingin keluar daripada bilik itu pergi mencari mel. Namun dato anuar sudah menghalang terlebih dahulu.

"sabar adam."

"nak sabar apalagi, pa?! Tengok apa dia dah buat dekat mama! Perempuan tu memang patut kena balik!"

"iye, papa tahu tapi bukan sekarang adam. Tak guna kalau kamu cari dia. Dia pasti takda dekat rumah."

"tapi pa.."

"sudah adam. Sabar. Baik kamu jaga mama, lebih bagus daripada kamu cari perempuan tu." ujar anuar.

Adam memandang faridah yang masih bekum sedarkan diri. Anuar menepuk bahu adam.

"papa nak jumpa doktor kejab. Adam tolong jaga kan mama."pinta anuar.

Adam hanya mengangguk kepala. Anuar pun melangkah keluar daripada bilik itu meninggalkan adam dan siti untuk menjaganya.

Sudah empat jam berlalu, sampai tertidur adam menemani faridah di hospital. Kelopak matanya terbuka perlahan-lahan.

"adam.." panggil faridah, perlahan.

Adam terus tersedar. Dia memandang faridah.

"mama dah sedar. Alhamdulillah." syukur adam, dia mencium tangan ibunya.

Wajah faridah kelihatan kecewa, tiba-tiba saja dia menangis. Adam mengusap kepala faridah.

"mama kenapa? Mama sakit? Kalau adam jumpa mel memang nahas dia adam kerjakan! Perempuan tu tak reti nak kenang budi dengan mama! Kurang ajar betul." degus adam.

"maafkan mama, adam.." rayu faridah.

"tak mama. Mama tak pernah buat salah dengan adam."

Faridah menggeleng kepalanya, tangan adam digenggam erat.

"mama banyak buat dosa dengan haura. Maafkan mama sebab seksa isteri adam. Mama memang tak guna adam! Mama dah banyak buat silap." luah faridah.

"mama.."

"maafkan mama adam. Mama nak jumpa haura. Mama nak mintak ampun. Tolong mama adam..." rayu faridah.

"ad.. Adam tak tahu haura dekat mana."

"mama dah banyak buat dia terasa hati. Tolong cari haura untuk mama. Terima mama semula sebagai mak mertua. Mama rasa bersalah bila buat haura macam tu.."

"insyaallah, bila adam jumpa haura,adam akan pujuk dia balik. Mama jangan risau. Haura bukan perempuan yang suka berdendam." ujar adam.

Faridah mengangguk kepalanya, perlahan. Adam mengesat air mata faridah.

"mama jangan nangis ye. Haura tak marah mama pun. Dia baik."

"janji adam akan bawa haura jumpa mama.."

"iye,adam janji. Adam cuba cari haura dekat kampung hari ni."

"terima kasih, adam."

Faridah terus memeluk anaknya. Adam menggosok bahu ibunya, menenangkan faridah yang menangis teresak esak.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now