48

20.9K 1.1K 16
                                    

Haura termenung bersendirian di dalam bilik. Memikirkan sama ada lelaki itu akan rindu pada dia Ataupun tidak.

"tak mungkin dia rindu aku. Dia mana suka aku. Tidur sebilik pun dia kata menyampah. Ada hati nak rindu aku?" ujar haura.

Fatimah tersenyum melihat haura yang dari tadi memikirkan tentang adam. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tanoa sebarang arahan.

"rindukan suami ke?"soal fatimah. Haura tersengih.

"takda lah mak."

"apa salahnya kalau rindu. Suami kamu jugak. Adam tu mak tengok betul-betul sayang kamu. Bangga mak dapat menantu macam dia." ujar fatimah.

"sayang celah mananya? Dia buat semua ni sebab kesian je." balas haura, menafikan kata-kata fatimah.

"kesian dengan sayang berbeza tau. Kalau dia tak sayang takda lah dia bawa kamu sampai ke kampung. Dekat mulut kata lain, dekat hati kata lain." ujar fatimah.

"mak rasa adam rindu haura tak?" soal haura.

"bukan setakat rindu. Agak-agaknya sampai tak boleh tidur adam tu! Lelaki ni dia takkan tunjuk depan perempuan. Tapi bila dekat belakang...bukan main meroyan lagi!"

Ketawa haura mendengarnya.

Tak mungkin adam macam tu. Dia mesti lebih bahagia tanpa aku dekat sana. Omel haura.

"ya Allah bila aku nak tidur ni?" soal adam. Sudah pukul 12 malam. Masih belum terlelap. Dia bangun dan bersandar pada kepala katil.

"tak boleh tidur ke?" satu suara mencelah.

Adam menoleh ke arah sofa. Melihat haura yang tersenyum manis memandangnya.

"kejab. Aku tahu tu bukan kau. Ini cuma imaginasi aku. Kau blah!"

Adam menampar wajahnya. Namun haura tetap berada di situ.

"sampai hati awak nak saya pergi. Okaylah. Bye!"

Terus bayangan haura hilang. Adam tergamam. Dia menggeleng kepala, mahu memastikan sama ada mimpi ataupun tidak.

"macam tu je kau hilang?"

Bingkai gambar di atas meja di capai adam, melihat gambarnya bersama haura semasa majlis pernikahan mereka. Disaat adam mengucup dahi haura.

"disebabkan kau lah aku tak boleh tidur. Kau bela hantu raya ek? Kau suruh hantu raya kau kacau aku supaya call kau kan? Jangan haraplah!" ujar adam.

Hanya marah haura di dalam gambar sahaja.

Adam meletakkan semula bingkai gambar itu.

"Nak call ke tak? Ish, tak naklah! Baru sehari kot? Relaxlah! Kau bukan rindu dia pun. Heh!" degus adam.

Dia menarik selimut kembali, dan baring. Tetap sama. Dia tidak boleh melelapkan mata.

"Apa kau nak huh? Keluarlah! Argh!!" adam mengguling dirinya. Dia mahu melupakan haura dalam ingatannya. Namun gagal.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now