77

20.9K 1K 33
                                    

Matahari sudah pun terpacak diatas langit, mereka masih belum terjaga daripada tidur. Tangan kanan adam memeluk erat pinggang isterinya.

"tangan siapa pulak ni.." rungut haura dengan nada baru bangun tidur.

Dia menyentuh tangan yang memeluknya itu. Eh kejab? Siapa lagi yang tidur kalau bukan adam? Takkan pekerja hotel pulak.

"eh,bila masa aku tidur atas katil? Rasanya semalam lepas makan burger aku tertidur. lepas tertidur.. "

"aku yang angkat kau." adam mencelah. Dia baru sahaja tersedar.

"awak angkat? Ya Allah malunya..mesti ramai orang tengokkan?"

"tak. Diaorang faham kita ni suami isteri. Nak kejut tak sampai hati pulak." ujar adam.

Dia menarik haura rapat dalam pelukannya. Sejuk pula tidur di dalam bilik ini.

"apa awak ni? Nak peluk-peluk bagai. Bila saya peluk awak marah. Bila awak peluk takpa pulak"

"kau isteri aku, suka hati aku lah. Aku nak cium pun boleh sekarang."

"Eeii.. Tak payah nak mengada! Dengan air liur basinya." ejek haura.

Adam hanya tersenyum. Rambut haura di ciumnya, wangi. Saja ingin menaikkan darah haura.

"gelilah! Lepas!" haura meronta ingin dilepaskan. Namun adam hanya memekakkan telinga.

"geli ke suka? Kau sebenarnya nak lebih daripada ni kan.. Aku boleh je bagi."

"awak jangan nak macam-macam ek. Saya tumbuk karang. Tak pasal-pasal lebam."

"kau nak tumbuk aku? Heh, try la!"

Adam terus menggeletek pinggang haura sehingga ketawa.

Mamat ni memang dah cabar aku! Omel haura.

Anuar berlari dengan cemas menuju ke bilik. Entah apa pula yang sudah terjadi.

"Engkau pergi!! Pergi!!" bentak faridah dengan membaling ke semua barang yang ada berdekatan dengannya.

Dia membaling ke arah dinding seolah olah ada orang di situ.

"ya Allah, faridah! Kamu ni kenapa?! Cukup!"

"Dia nak ambil mata saya bang! Tolong! Halau dia! Suruh dia pergi!!" bentak faridah.

Anuar memegang kedua belah tangan faridah, memberhentikan faridah daripada terus berbuat begitu.

"apa kamu merepek ni?! Halau siapa?!"

"Perempuan tu dia nak ambil mata saya, bang! Abang tengok dia dekat dengan saya!! Abang tolong!"

Faridah seperti sudah gila pula. Anuar tidak tahu cara menenangkannya. Tiba-tiba sahaja menjerit.

Faridah menolak anuar ke tepi, dan berlari keluar daripada bilik.

"Faridah!!" anuar mengejarnya.

"datin!!" jerit siti apabila melihat faridah tergolek jatuh daripada tangga akibat tergelincir.

"Ya Allah!"

Anuar terus meluru ke arah faridah yang pengsan. Siti pula berlari pergi menghubungi nombor kecemasan.

"faridah.. Bangun! Ya Allah kenapa tiba-tiba jadi macam ni?"


Adam dan haura kini berada di restaurant. Mereka bersarapan pagi terlebih dahulu. Adam memandang haura seperti tidak puas hati apabila pipi belah kenannya lebam di tumbuk tadi.

"nasib baik isteri tau kau ni. Kalau tak dah lama aku belasah." ugut adam.

Haura ketawa.

"saya dah warning awak awal-awal. Awak tak nak dengar. Dah kena akibat. Padan muka!"

"takpalah.. Dekat taiping ni ada aku dengan kau je tau. So? Macam-macam aku boleh buat. tunggu masa sesuai aje untuk aku balas dendam."

"Berani awak nak pukul saya? Saya report dekat polis,apa susah."

"bukan dendam yang kasar. Dendam yang halus saja."

"awak jangan nak berhalus-halus dengan saya ek! Saya cucuk mata awak dengan garfu ni karang!"

Ugut haura apabila dia memahami ayat adam tadi. Adam hanya tersenyum sinis.

"cucuklah. Kau nak balik naik apa nanti? Elok kau buta, aku pun buta siapa nak memandu?"

"hantu!"

"kau pandai menjawab sekarang ek. Elok aku nak makan nasi, aku lapah kau hidup-hidup baru tau!"

"lapah lah! Lapah!" cabar haura.

Adam menarik tangan kanan haura dan menggigitnya.

"Argh!!" jerit haura.

Adam melepaskan tangan haura. Jangan di cabar orang sepertinya. Semua orang memandang mereka. Adam hanya membuat isyarat memohon maaf.

"awak ni orang ke apa? Saya gurau sikit pun nak terasa. Dah lah mulut busuk!"

"elok sikit,kau pernah bau ke?"

"sakit tau tak?!"

"padan muka! Aku kan dah warning awal-awal. Kau tak nak dengar. Kan dah kena akibat." ejek adam.

Dia meniru ayat haura tadi. Haura hanya mendiamkan diri dan menyambung makan.






Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now