Haura mula risau. Apasal lama betul dalam kereta. Pergi tandas bukan main jauh.
"awak.. Awak nak pergi tandas ke apa ni? Lama betul kita dalam kereta. Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" soal haura, cemas.
"aku bawak kau lari. Macam cerita hindustand main lair-lari.baru best. " balas adam.
"awak bawak saya lari?! Awak tahu tak mama sakit, kalau mama kena hard attack tak pasal-pasal awak kena cop anak derhaka. Sudahlah lari macam tu aje.. Tinggallah nota ke apa ke? Ini main blah aje! Kalau papa dengan mama risau macam mana.. Awak tahu tak.."
"kau diam boleh tak? Karang aku tinggalkan kau dekat tepi jalan baru tahu! Membebel memanjang." bentak adam.
Haura mendiam. Dia memeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.
"mama tak sakit. Papa yang suruh kita lari." ujar adam.
Haura tergamam.
"mama tak sakit?"
"iye. Ini semua plan dia dengan mel. Papa pun tak nak aku kawin dengan mel. Kau je yang beria paksa aku. And now.. Aku akan bawak kau jauh daripada kl. Muahahahahaha!" balas adam dengan ketawa seperti orang jahat.
"kita nak ke mana? Korea? Jepun?"
"banyak cantik muka kau..dekat malaysia sudahlah! Kau ingat drama apa nak lari sampai ke luar negara?"
"saya tanya aje. Tapi.. Baju apa semua tak bawak. Kita nak pakai apa nanti?"
"wahai bidadariku, aku dah memang plan nak bawak kau lari daripada semalam lagi.cuma tak pasti menjadi atau tidak. Aku dah bawak segala duit, kad debit apa semua. So kau jangan risau. Duit sentiasa ada." ujar adam.
"haihh.. Dah macam filem lari disebabkan kawin paksa. Tapi pelik, suami isteri lari. Selalunya suami aje."
"ini filem tambahan. Kau tahu apa? Sudahlah. Aku nak memandu dengan tenang. Karang, elok nak lari pergi bercuti.. Bertukar lari duduk dalam kubur." sindir adam.
Faridah melihat ke arah jam. Imam masjid sudah sampai, adam pula menghilangkan diri.
Faridah bangun meluru ke arah anuar.
"abang.. Anak kita mana?" soal faridah, cemas.
Anuar tersenyum menyenget.
"diaorang dah lari." jawab anuar.
"huh?!" terkejut faridah mendengarnya. Dia menyentuh dada.
"ya Allah.. Astafiruaallah hal azim.. Allah huakhbar.. Apa semua ni."
"haih? Baru nak ingat tuhan ke? Sebelum ni bukan main lagi awak rancang benda bukan-bukan dekat adam." tegur anuar.
"apa abang merepek ni?! Apa kita nak jawab dengan keluarga mel?"
"apa dah jadi sebenarnya?" soal dato farizal.
Mel bangun daripada duduk di atas pelamin. Dia mahu mendengar semuanya.
"Adam dah larikan diri." ujar anuar tanpa merasa segan.
"What?!!" Terlompong mulut mel mendengarnya.
"jom, kita balik!" anuar terus menarik tangan faridah keluar daripada dewan itu.
"Kurang ajar punya orang tua!!" mel terus berlari mengejar mereka.
Faridah terus di tolak kasar sehingga tersungkur ke tanah.
"hei,perempuan! Kau memang saja nak aku malu kan?! Aku dah beria nak kawin dengan adam tapi kau malukan aku!!" bentak mel.
"Mel, sudahlah!" halang zulaikha.
"mel.. Ap... Apa kamu cakap ni?" faridah tergamam dengan perbuatan mel itu. Dia tidak sangka mel sanggup membuat begitu.
"korang berambus!!" bentak mel lagi.
Anuar tidak membalas apa. Dia memapah faridah bangun dan melangkah pergi daripada situ.
"Dasar keluarga sampah!! Puih!" sinis mel.
Dia membaling mahkota yang di pakai di kepalanya.
"sampai hati abang buat saya macam ni! Abang sanggup malukan keluarga kita hanya kerana mempertahankan perempuan buta tu!" bentak faridah.
Dia menolak anuar sehingga bergenjak ke belakang.
"mana saya nak letak muka saya, bang?! Saya tak suka perempuan buta tu jadi menantu saya! Saya malu terima dia! Dia jijik!!"
PAP!!
Wajah faridah di tampar.
"Ya Allah, dato.. Kenapa ni?" tegur siti.
Faridah menyentuh wajahnya yang di tampar. Wajah anuar merah padam menahan amarah.
"kamu malu atas sebab dia cacat, huh?! Kamu patut malu dengan haura kerana doa lebih matang daripada kamu yang dah tua ni."
"yela. Abang cuma nak bela dia. Siapa istei abang sekarang? Saya atau haura! Daripada dulu awak tak pernah menangkan saya.. Abang lebih pertahankan anak daripasa isteri abang sendir. Maruah keluarga kita tercalar pun abang still nak tutup aib dia. Kita mak ayah dia.. Dia berhak lakukan apa saja!"
"kamu sanggup tengok adam derita semata mata disebabkan kebahagiaan kamu seorang?! Jangan disebabkan ego.. Kamu jadi kurang ajar dengan semua orang. Kita ni sama aje manusia biasa. Tiada pangkat untuk buat awak bezakan haura dengan anak kita. Dan awak tak berhak tentukan kebahagiaan orang lain."
"saya benci abang!"
Faridah terus berlari masuk ke dalam bilik. Anuar terpaksa berkasar hanya disebabkan mahu membela perkara yang benar. Kalau tidak,sampai bila dia mahu berdiam diri.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...