DATIN faridah melabuh punggung di atas sofa, rimut Kontril dicapainya lalu membuka rancangan yang terpapar di skrin tv. Terbeliak biji matanya apabila melihat wajah Adam bersama seorang wanita menjadi gosip hangat diperbualkan di dalam sebuah rancangan terkemuka di Malaysia.
"Ad.. Adam?!" spontan Datin faridah bangun daripada tempat duduknya. Melopong mulut. Tak terluah satu perkataan pun keluar daripada bibirnya. Dia terkelu. Kebetulan pula Adam muncul di belakangnya. Dia baru sahaja pulang daripada tempat kerja. Namun, langkahnya juga terhenti apabila mendengar namanya di sebut oleh pengacara rancangan itu.
Datin Faridah terus menoleh ke belakang. Terketar-ketar jarinya menunding ke arah kaca televisyen yang masih lagi bersiaran langsung.
"Adam! Siapa perempuan yang adam sentuh ni?!" soalnya, dingin. Jujur, Dia rasa seperti hendak menjerit sahaja di hadapan muka Adam yang hanya menayang muka tidak bersalah. Secarik senyuman berlagak muncul di bibir Adam. Dia menyeluk sebelah tangannya ke dalam kocek seluar. Kepala diangkat memandang tepat ke wajah orang tuanya.
"Teman wanita Adam. Kenapa?"
"Apa? Te... Teman wanita?! Bila masa Adam ada girlfriend?! Adam tak malu ke sentuh anak dara orang macam tu?!"
"Adam lagi malu kalau kahwin dengan Mel, ma. Lagipun, Adam bahagia dengan dia. Dia betul-betul memahami Adam, biarpun dia buta... Adam ikhlas cintakan dia." ujar Adam, masih lagi tenang. Jatuh rahang Datin Faridah mendengarnya. Sejak bila pula cita rasa anaknya berubah kepada perempuan OKU? Ya Allah! Ini bukan anak aku! Anak aku bukan jenis macam ini. Datin Faridah menggeleng kepala tidak percaya.
"Buta?! Adam dah gila ke? Sejak bila pula Adam suka perempuan cacat? Atau saja nak cemarkan nama baik keluarga kita? Lagipun tak lama lagi Adam dah janji nak kawin dengan Mel kan?!"
Adam mengerut kening. "Sejak bila pula masa adam setuju? Yang bakal jadi isteri Adam adalah perempuan tu." ujarnya, Serius. Dia menunding jari ke arah kaca televisyen yang memaparkan gambar Haura.
"Dan bukan mel. Keputusan Adam muktamad!"tegasnya.
"Kenapa bising sangat ni? Malam-malam buta saling bertikam lidah ni dah kenapa?" Soal Dato' anuar, mencelah. Daripada tadi lagi dia mendengar suara dua beranak ini asyik berbalah. Naik bingit telinga dibuatnya. Datin Faridah merengus geram.
"Hei, abang tengok anak awak ni! Dia dah cemarkan nama keluarga kita!"bentak isterinya. Dato' Anuar tercengang. Dia menoleh memandang Adam pula.
"Apa yang kamu dah buat ni Adam?"soalnya.
"Ad.. Adam.. Adam dengan perempuan buta tu bercinta. Adam cintakan dia, pa. Tapi disebabkan mama paksa adam.. Adam takda pilihan lain. Adam terpaksa sentuh dia."ujar adam, berterus-terang sahaja. Dia terpaksa mencemarkan maruah sendiri semata-mata kerana perempuan terencat sotong itu. Ini sahaja peluang yang dia ada. Adam menunduk kepala ke bawah. Kesal.
Tergamam Dato' Anuar mendengarnya.
"Perempuan dalam pejabat kamu pagi tadi tu?" soal Dato' Anuar, sekadar menginginkan kepastian. Adam mengangguk kepala tanda benar.
"Habis kamu nak biarkan aje maruah dia tergadai huh?"
Pantas Adam menggeleng kepala menafikannya. Dia kembali mengangkat muka memandang wajah bapanya. "Kalau ikutkan... Adam memang nak bertanggung jawab ke atas semua ni. Tapi, mama lah! Mama paksa Adam kahwin dengan mel."degusnya.
"Mana boleh kamu tinggalkan dia macam tu. Keluarga kita bukan jenis hancurkan maruah orang lain. Apa-apa pun papa nak kamu kawin dengan dia. Bertanggungjawab atas kesalahan yang kamu dah buat!" ujar anuar, tegas.
Terbeliak mata faridah mendengarnya. Terkejut.
"Ap.. Apa?! Habis mel macam mana?"
"Awak lebih pentingkan kebahagian anak kita atau kebahagian awak? Adam terlanjur pun disebabkan paksaan awak. Kita sebagai orang tua tak patut paksa dia sampai macam ni sekali." Bidas Dato' Anuar.
Faridah terdiam tanpa sebarang balasan. Malah, Adam hanya tersenyum menang. Tak sangka, berbuah juga hasil rancangannya. Cuma yang tinggal sekarang adalah jawapan daripada Haura. Sama ada setuju atau pun tidak. Tapi dia yakin, wanita itu bakal setuju juga walau apa jua keadaan sekalipun.
"It's okay, pa. Adam dah mengantuk. Adam masuk tidur dulu ya."Pamit Adam. Dia menyalami tangan kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya.
HAURA bersandar dikepala katil, sebelah tangannya membelek-belek telefon canggih. Namun, fikirannya entah terbang ke mana. Asyik memikirkan tentang kata-kata yang dilemparkan oleh Adam petang tadi. Susah sangat untuk dia lupakan. Suara lelaki itu sering kali bermain di kotak fikirannya. Berkali-kali sehingga naik berdenyut kepala.
"kau ingat haura.. Kalau kau tak setuju atau cuba lari daripada aku. Ada benda yang lebih teruk bakal terjadi dekat aku dengan kau. Aku sanggup cemarkan diri aku supaya aku tak kawin dengan mel."
Ayat itu tidak habis berlegar legar dikepalanya. Risau jika ada sesuatu yang lebih teruk akan terjadi.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya di ketuk oleh seseorang lalu dikuak oleh Suraya daripada luar. Pantas haura menegakkan kembali tubuhnya, apabila dia mendengar derapan kaki menuju ke arahnya. Ruang kosong di sebelah Haura menjadi tempat Suraya menghenyak punggungnya.
"kenapa tak tidur lagi?" Soal Suraya. Pelik pula apabila Haura masih lagi tidak melelapkan mata. Selalunya, waktu-waktu begini Haura dahulu yang akan tertidur.
"kak.. Boleh tolong talefon mak haura tak?" pinta haura dengan menyerahkan talefonnya. Soalan Suraya langsung tidak dijawab. Suraya mengerut kening.
"tiba-tiba aje nak call kenapa?"
"Saja. Rindu." balasnya ringkas. Tanpa berfikir panjang. Suraya mengambil talefon itu dan mendail nombor talefon ibu haura, Fatimah. Selepas itu, dia menyerahkan semula telefon canggih itu kepada haura untuk bercakap dengan orang tuanya.
"kak.. Akak boleh keluar kejab tak? Ada benda haura nak bincang dengan mak." pinta haura. Kedengaran serius bunyinya. Tapi tak mengapa, Suraya faham. Mungkin kali ini Haura perlukan privasi. Dia mengangguk kepala. Bahu Haura ditepuk beberapa kali sebelum dia bangun melangkah keluar daripada situ. Setelah memastikan Suraya tiada di dalam bilik, barulah Haura mula bersuara.
"assalamualaikum,mak."
"Waalaikumsalam, Haura. Talefon juga kamu akhirnya. Risau mak. Bila kamu nak balik kampung? Haura tahu tak.. Sampai kampung kecoh pasal kamu dengan ceo tu. Tapi mak tahu.. Haura bukan macam tu."
Haura tersenyum lega mendengarnya.
"Terima kasih, sebab percayakan haura. Sebetulnya, haura tak buat pun semua tu. Tapi.."Kata-Kata haura terhenti. Tidak sanggup meneruskan ayatnya. Dia harus minta restu daripada kedua ibu bapa nya dahulu.
"tapi apa haura?"
"tapi haura nak minta restu mak ayah.. Haura kena kawin."
"huh?! Ka.. Kahwin? Dengan siapa?" terpinga-pinga Fatimah menyoal. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja buka topik fasal kahwin. Sejujurnya, hati dia sudah berbunga saat mendengarkan perkataan Kahwin. Akhirnya, setelah sekian lama Haura menyebut juga perkataan itu. Tapi dengan siapa?
"Dengan ceo tu lah.Nama dia Ad.. "
Belum sempat haura menghabiskan ayatnya, terdengar seperti suara menjerit kuat di dalam talefon. Seakan akan gembira pula. Haura mengerut kening. Ingatkan nak sedih?
"ABANG!! ANAK KITA NAK KAWIN!!" jerit fatimah, kuat. Rasa nak pecah gegendang telinga Haura mendengarnya. Segera dia menjauhkan telefon itu daripada telinga. Setelah beberapa minit, baru dia mendekatkan semula telefon itu. Haura tersengih, malu.
"err.. Mak. Haura nak tidurlah. Esok kita sambung ya."ujar haura.
"okay, haura. Apa-apa nanti call mak balik ya."
"baik, mak."
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...