"Assalamualaikum!" salam adam, pintu di tarik oleh siti. Mereka pun melangkah masuk bersama.
"eh? Anak siapa ni?" tegur siti.
"ini anak kakak saya."balas haura. Siti mengangguk faham.
"siti, datin faridah mana? Selalunya duduk ruang tamu." soal adam.
Siti mengeluh kecil.
"macam ni encik adam. Datin faridah mengalami lumpuh kedua kaki dia. Selepas encik adam dan puan haura larikan diri, teruk juga datin dengan dato kena hentam dengan mel. Sekarang,datin tengah berehat dalam bilik." ujarnya.
"what?! Dato pun sakit?"
"eh? Dato okay. Datin aje yang sakit sekarang. Tapi dato pergi keluar katanya ada meeting." ujar siti.
"aku nak tengok mama kejab!" pinta adam. Dia melepaskan tangan laila dan berlari anak menuju ke bilik faridah.
Faridah terbaring di atas katil, sambil melihat gambar anaknya, adam.
"Mama!" tegur adam. Dia terus berlari memeluk faridah.
"ya Allah, Adam. Mama rindu sangat pada adam. Mana adam pergi? Kenapa adam tinggalkan mama?"
"maafkan adam, ma. Adam takda niat nak buat semua ni. Kenapa papa tak call adam bagitau mama sakit? Ka.. Kalau tak adam akan balik sini jaga mama." rungut adam.
Mereka melepaskan pelukan, faridah duduk bersandar pada kepala katil. Wajah anaknya di sentuh.
"papa asyik nak bela isteri kamu sampai lupa mama. Dia ingat mama ni jahat sangat. Kamu pun.. Selalu ikut cakap haura sampai tinggalkan mama seorang diri dalam rumah ni."
"mama ni bukan salah haura. Adam yang nak semua ni. Adam tak nak kawin dengan mel tanpa cinta."ujar adam.
"takpalah.. Kamu lebih sayang dia daripada mama."
"bukan macam tu, ma. Mama kena faham. Haura buta. Dia bukan macam orang lain. Adam kena selalu jaga dia. Adam tak boleh tinggal dia. Macam mana kalau adam abaikan tanggung jawab adam sebagai seorang suami pada mel? Adam yang dapat dosa,ma." ujar adam.
Faridah hanya terdiam. Dia bermain jarinya.
Langkah mel terhenti saat melihat haura dan laila berada di ruang tamu. Dia terus meluru ke arah haura.
"dah balik rupanya perempuan perampas ni?!" tegur mel dan memeluk tubuh.
"mel." haura terus bangun apabila dia sudah dapat meneka siapa orang itu.
"aku minta maaf tentang apa yang jadi. Bukan aku yang suruh adam lari dari perkahwinan korang." ujar haura.
"heh, Cukup-cukuplah dengan pemainan kau. Disebabkan kau! Datin faridah sakit, lumpuh! Jadi cacat macam kau! Kau memang pembawa malang pada orang kan? Sudahlah rampas bakal suami aku, lepastu bawa lari adam pulak tu. Kau tak sedar ke diri kau tu plastik aje bagi adam?"
"aku bukan isteri plastik dia."
"kau memang isteri plastik dia! Kalau tidak.. Kau takkan duduk dalam rumah ni. Adam kawin dengan kau pun sebab dato yang suka. Tak payah nak beranganlah nak adam. Selagi datin faridah tak suka kau, jangan harap kau dapat gelaran keluarga ni." sindir mel.
Haura mendiam.
"kau dengar sini, aku akan tetap jadi isteri adam tak lama lagi. Datin faridah lebih suka orang yang macam aku berbanding orang cacat macam kau! Orang kata.. Kalau takda restu mak mertua,padah juga hidup!"
"mak.. Kenapa anti tu cakap macam tu?" laila mencelah.
"takda apa, laila. Dia cuma bergurau." bohong haura.
"itu siapa? Anak luar nikah kau ek? Heh, sama hodoh dengan mak dia." sinis mel, dan berlalu pergi.
Haura tidak membalas apa, tangannya mengusap rambut laila yang berdiri di sebelahnya.
Anuar baru saja tiba di rumah,dia hanya melihat mel yang berlalu pergi.
"bila kamu balik haura?" tegur anuar.
"eh? Papa. Ba.. Baru aje semalam." balasnya. Lalu menyalam tangan anuar. Laila juga turut menyalamnya.
"itu siapa?" soal anuar dengan menunding jari ke arah laila.
"ini anak zulaikha. Kami jaga buat sementata waktu."
"ouhh.. Macam tu. Eh? Duduklah. kenapa berdiri?" pelawa anuar.
Haura dan laila melabuh punggung di sofa. Begitu juga dengan anuar.
"kamu tahu yang mama sakit?" soal anuar, haura mengangguk.
"tapi walaupun dia sakit, dia masih nak bermenantukan mel. Papa dah tak tahu macam mana nak nasihatkan mama kamu tu. Dah macam-macam mel buat pada dia tapi satu pun dia tak kesah."
"nak buat macam mana? Itu menantu pilihan mama. Saya cuma isteri adam. Saya terima aje semua tu."
"tapi papa tak setuju. Sebab keluarga papa dah pernah berhutang dengan haura. Buat haura terseksa selama bertahun." ujar anuar.
Haura mengerut kening. Dia tidak faham apa yang anuar sampaikan.
"apa yang saya pernah tolong? Rasanya..baru tahun ni saya kenal adam."
"kamu kenal adam baru tahun ni. Tapi papa dah kenal kamu sejak beberapa tahun yang lepas. Cuma papa rahsiakan benda ni daripada mama dan adam. Dan papa akan bagitau semua ni.. Bila tiba masanya yamg sesuai." ujar anuar.
"saya rasa saya tak pernah jumpa papa."
"kita pernah. Tapi di hospital waktu kamu kemalangan." ujarnya.
Haura terdiam.
"papa tahu kamu tak buta sebenarnya. Tapi disebabkan pertukaran mata secara senyap. Kamu di tipu. Betul kan?"
"macam mana papa tahu semua tu?" soal haura.
Anuar bangun dan melabuh punggung di ruang sebelah haura.
"mama lah orangnya." bisik anuar di telinga haura.
Tergamam haura mendengarnya.
BEBERAPA TAHUN YANG LALU...
"saya tak nak jumpa dengan keluarga saya." degus faridah dengan keadaan matanya yang di balut dengan kain putih.
"tapi,mereka dah tunggu puan di luar."
"saya tak sanggup adam dan suami nampak yang saya buta! Tolong buat sesuatu.."
"maaf, puan. Saya tak boleh nak buat apa melainkan ada penderma."
"macam mana dengan orang yang saya langgar? Dia buta ke?" soal faridah.
"tak. Dia cuma lumpuh."
"kalau macam tu ambil mata dia!"
"saya tak boleh buat macam tu puan. Salah di sisi undang-undang hospital. Melainkan kalau dia sendiri yang setuju nak dermakan."
"saya boleh bayar awak lebih daripada gaji yang awak dapat sekarang."
"tak boleh puan. Apa yang saya nak jawab nanti pada dia."
"awak buat atau saya akan hancurkan hidup awak. Saya lebih berpangkat tinggi daripada awak! Bila-bila masa hidup awak boleh jatuh." ugut faridah.
Lelaki itu berdiam diri. Dia menggaru kepalanya. Tidak tahu sama ada mahu setuju atau tidak apabila di ugut begitu.
"tapi puan.. "
"saya sanggup tunggung hidup awak sampai awak mati tanpa berkerja di hospital.dan awak akan dapat kemewahan." ujar faridah lagi.
Akhirnya dia bersetuju juga dengan apa yang faridah janjikan. Tanpa sedar anuar mendengar semuanya di sebalik pintu yang tertutup.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...