Habis sebungkus nasi lemak yang di beli adam. Memang betul-betul lapar tadi. Haura kembali meletakkan bekas itu kedalam plastik.
"awak.. Tong sampah dekat mana?"soal haura.
"letak je situ. Nanti aku buang." balas adam tanpa memandang wajah haura. Sibuk betul dengan kerja.
Haura meletakkan di atas meja, bosan pula duduk di sini. Tapi apa bezanya kalau duduk rumah sekalipun? Tetap terperap dalam bilik.
Agak-agaknya adam ni rupa dia macam mana ek? Mesti handsome. Kalau tak, takkan mel tergila gilakan adam. Kalau setakat kaya muka pecah tak guna juga nak pikat hati perempuan! Omel haura.
Untung betul zulaikha dapat curi hati dia. Sudahlah garang nak mampus! Tak reti nak sweet dengan isteri. Tapi bila dengan orang yang dia cinta bukan main lagi jadi sotong! Pilih kasih betul! Sinis haura lagi di dalam hati.
"lama lagi ke kau nak termenung?"tegur adam yang tiba2 duduk di sebelah haura.
"eh? Bilik awak duduk sebelah saya?"soal haura pelik.
"dalam beberapa minit yang lalu. Kau ni memang suka termenung ek? Kau fikir apa? Kau ejek aku kan?!" tuduh adam.
"mana ada saya ejek awak. Cuma saya terfikir jugaklah.. Kenapa zulaikha awak boleh berlembut. Dengan saya kasar." ujar haura.
Adam tersenyum. Jeles lah tu! Dia membetulkan kod bajunya. Tangan kanan memeluk bahu haura.
"sebab aku dah sayang dia." balas adam, saja ingin menyakitkan hati haura. Haura sudah panas hati.
Sabar! Mamat ni memang nak cari pasal betul. Kau suka dia tapi kau seksa aku. Eeiii geramnya!!
"kenapa diam?"soal adam. Haura menepis tangan adam.
"haih? Marah ke?"
"tak. Cuma panas!" balas haura, dan mengipas dirinya dengan tangan. Adam mendongak memandang penghawa dingin yang elok terpasang. Nak tipu pun agak2 lah.
"aku gurau je lah. Sebab aku dah terbiasa. Yela.. Dulu aku kan baik aje dengan kakak kau. Takkan tiba2 nak guna aku kau dengan dia." ujar adam. Menerangkan segalanya.
Adam melihat tangan haura yang berbalut itu. Dia menarik tangan itu.
"tengok kejab luka kau. Mama bagitau aku yang kau pecahkan pasu bunga. Kalau kau nak tahu.. Pasu bunga tu aku yang punya. Tapi takpalah, nak buat macam mana. Bukan salah kau."
Ujar adam sambil membuka balutan tangan haura. Luka itu terlihat sudah kering.
"haura.. Kau tak cerita lagi tentang kemalangan tu. Daripada haritu lagi aku nak tahu.. Ceritalah."
"alaa.. Bukannya penting pun. Benda dah berlalu."
"tapi aku nak tahu. Tak salah pun kan?"
Haura mengeluh kecil. Terpaksa mengalah untuk bercerita. Dah macam dekat pusat tadika pula bercerita tentang pengalaman. Sambil itu, adam membalut semula tangan haura.
"waktu tu tengah hujan.. "
Beberapa tahun yang lalu...
Haura baru saja pulang daripada tempat kerjanya. Dia seorang usahawan muda dahulu. Sama seperti adam. Sewaktu sedang memandu, dia tidak perasan ada kereta yang lalu di kawasan bertentangan dengannya.
"eh,ya Allah!!" pantas haura memusing stereng keretanya ingin mengelak daripada telanggar. Namun, ianta sudah terlambat. Mereka bertembung sesama sendiri.
Kereta haura berkeadaan terbalik, tayar di atas bumbung di tanah. Dimana kereta yang melanggarnya itu pula terbabas di tepi jalan.
"Arhhh..." haura membuka tali keledar yang dipakainya. Dia seakan akan tergantung.
Dia dapat melihat ada seorang wanita yang terbaring di tanah. Mungkin dia terpelanting daripada dalam kereta.
"jab! Jab!"
Adam memotong cerita. Baru haura ingin menyambung adam sudah menyampuk.
"kau boleh nampak perempuan tu?" soal adam.
Haura mengangguk. Adam pula mengerut kening.
"maknanya kau tak buta lah masa tu?" teka adam.
Haura menjongket bahu. Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku pada dirinya.
"tapi selepas tu saya pengsan. Dan bila sedar, saya tak nampak apa. doktor kata saya buta disebabkan serpihan kaca masuk mata."
"perempuan yang langgar kau tu? Macam mana?"
"Entah! Sebab saya tak jumpa pun dia. Mungkin dia masih hidup." ujar haura. Serta meneka.
Adam mengangguk faham.
"kiranya.. Dulu kau kaya lah kan?"
"yup! Saya macam awak. Tapi, semua dah hilang disebabkan mata saya. Saya tak boleh kerja dengan keadaan buta. So? Jual tisu aje mampu." ujar haura.
Kagum betul adam mendengar cerita haura. Daripada seorang usahawan berjaya kepada penjual tisu biasa. Semuanya kerana kemalangan yang berlaku. Tapi tetap tabah.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...