4

36.5K 1.7K 183
                                    

Hari berganti pagi, adam membetulkan tali lehernya di hadapan cermin. Setelah selesai, dia melangkah menuju ke pintu keluar.

"Adam!" tegur faridah. Langkah adam terhenti. Dia menoleh kearah faridah dan keluarga mel yang duduk di ruang tamu.

"apalagi lah perempuan tu nak.. "bisik adam.

"mari sini kejab, Adam. Mama ada something nak bincang."

"but.. Adam dah lambat ma. Petang nanti lah ye."

"alaa.. Kejab je."

Adam mengeluh kecil. Dia terpaksa mengalah, adam melangkah kearah ruang tamu lalu melabuh punggung di sofa single. Dua orang tua mel tersenyum lebar memandang adam iaitu farid dan Hani. Mel juga ada di situ.

"apa dia yang penting sangat tu?" soal adam.

"mama dah bincang dengan keluarga mel. Diaorang pun setuju. Tapi.. Mama nak dengar jawapan daripada anak mama. Yela, anak mama lebih mengenali mel daripada mama kan?"

"apa benda ni? Cakap aje lah terus terang."

"macam ni.. Mama dan keluarga mel dan setuju nak satukan kamu dengan mel. Kamu suka kan?"ujarnya.

Spontan adam berdiri mendengarnya, kepalanya menggeleng tanda tidak bersetuju.

"No. No. No. Apa ni? Kawin dengan mel? Dato, datin.. Maafkan saya. Anak datin bukan calon pilihan saya."degus adam.

Terbeliak mata mereka mendengarnya.

"apa ni faridah? Tadi you kata anak you akan setuju?" hani mencelah.

"ta.. Tak.. Kejab."
Faridah bangun dan menarik tangan adam pergi jauh sedikit daripada ruang tamu untuk berbincang.

"adam.. Adam seorang je anak mama. Mel tu memang menantu pilihan mama. Terima lah dia."

"of course no! Adam tak suka perempuan gedik tu. Sampai bila2 adam takkan terima dia. Mama seorang je yang tergila gila anak dara tak cukup kain tu."

"adam! Kenapa cakap macam tu? Mel tu baiklah!"

"baik? Baiklah sangat. Adam takkan kawin dengan mel."degusnya.

"hei, adam! Kalau kamu taknak kawin dengan mel sekalipun, kamu bukan ada calon lain pun! Kamu takda kawan perempuan kan? Mama bagi cadangan yang sesuai untuk adam.."

"dalam dunia ni ada berlambak perempuan, ma. Setakat perempuan macam mel.. Tepi tong sampah pun boleh kutip."

Sinisnya tanpa rasa bersalah dan terus melangkah keluar daripada rumah. Faridah tergamam mendengar kata2 daripada mulut anaknya sendiri.

"Kawin dengan mel?! Dia ingat apa? Aku ni anak kucing boleh jodohkan dengan siapa2 dia nak?!" bebel adam seorang diri di dalam pejabatnya.

Turun naik nafasnya manahan rasa amarah. Dia melabuh punggung di sofa seketika untuk menenangkan fikiran.

"apasal macam serabut tu?"tegur anuar membuatkan adam tersentap.

Adam membetulkan sedikit kedudukannya, dia hanya tersengih memandang ayahnya. Bila pula dato anuar masuk?

"pa.. Kenapa papa setuju satukan adam dengan mel?"soal adam dengan suara rengekan.

"haih? Bila masa papa satukan kamu berdua? Mama kamu tu je yang beria."

"papa.. Tolong lah. Adam tak nak kawin dengan mel. Mel tu gedik pa." rungutnya.

Anuar menggeleng kepala, dia melangkah ke arah adam dan melabuh punggung disebelah anaknya.

"kalau macam tu, kawinlah dengan orang lain. Tunjukkan dekat mama kamu yang kamu dah ada girlfriend."

"celah mana pulak nak dapat perempuan sekarang? Takkan adam nak ambil assistant adam? Dia pun dah umur 36." degusnya.

Anuar memikirkan sesuatu.

"kawan kamu semalam tu dah berpunya ke?"soal anuar.

Adam memandangnya. Dia pun tidak tahu mereka sudah berkahwin atau tidak.

"entah. Adam tak tahu."

"haih? Kata dah kenal?"

"kenal sikit je. Tapi kenapa?"

"kalau single.. Bolehlah jadikan bakal isteri. Cuma ikut kamu aje lah."ujarnya.

Adam terdiam. Lama kelamaan dia tersenyum seribu makna. Anuar sudah mengerut kening. Bimbang jika anaknya melakukan sesuatu yang luar fikiran.

"kalau nak takel pun berpada-pada. Cakap dengan papa, bukan main terkam ek." anuar mencelah.

"ish! Adam masih waras lah,pa."

"Apa ni Anti!! Adam tolak mentah2 je mel!"
rengek mel dengan melangkah ke arah kolam ikan yang tidak jauh darinya.

Rambutnya yang panjang di simpul-simpul di jari dengan mencebik mulut.

"sabarlah mel, anak anti tu bukannya ada calon pun? Nak cari calon sekarang manalah sempat?"

"tapi.. Kalau adam dapat macam mana?"

"mel jangan risau lah.. Takkan punya. Kita tunggu aje. Pasti dia akan kata setuju!"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now