Hari berganti malam, majlis besar-besaran di lakukan di rumah faridah dan anuar. Ramai orang yang di jemput, kebanyakannya daripada kawan-kawan dan pekerja.
"Pegang tangan aku. Nanti sesat, aku jugak yang susah." sindir adam.
Haura pun memegang tangan adam, mereka berjalan ke meja yang di penuhi makanan.
"awak pasti ke mama nak makan? Nanti tak habis, membazir aje." rungut haura.
"ish,kau letak je lah. Aku yakin, mesti habis punya." ujar adam.
Dia meletakkan bekas yang berisi kek coklat ke atas meja.
Pap! Pap!
Datin faridah menepuk tangannya. Semua mengalih perhatian padanya.
"pengunguman! Sempena ulang tahun perkahwinan saya dan suami saya, anuar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato dan datin yang sudi datang. Dalam kesempatan itu, saya ingin mengumumkan. Anak sulong saya, adam mikail bakal bernikah hujung minggu ini." umum puan faridah secara terbuka.
Mereka semua menepuk tangan. Mel jiga turut berada di situ.
"perkenalkan.. Ini adalah menantu saya. Melina Damra!" ujar faridah dengan memperkenalkan mel.
Mel Tergedek-gedek berjalan ke arah faridah, menonjolkan dirinya dengan senyuman manis. Adam pula sudah Menyampah.
"dan anak saya.. Adam mikail!"
"kau tunggu sini kejab ek. jangan pergi mana-mana." pinta adam.
Dia melepaskan tangan haura yang memegang bajunya dan melangkah ke arah faridah untuk memperkenalkan diri.
"melina sememangnya menantu pilihan saya. Saya berharap hubungan mereka akan kekal sehingga ke jannah. Amin!" ucap faridah.
Mel mengangguk setuju, tangan adam di peluknya kuat. Haura pula kelihatan kecewa, mengapa dia tidak tercalon dalam menantu pilihan faridah.
"ish,kau ni..tak payah peganglah!" adam menolak mel ke tepi.
"you sanggup tolak i? Ramai orang tengok tau!" ugut mel, dia kembali memeluk lengan adam.
Naik rimas adam di buatnya.
"adam sememangnya cintakan i dah lama. Sebelum ni dia menjalinkan hubungan dengan perempuan buta, but now.. Dia lebih menyayangi i daripada bekas kekasih dia. Iaitu haura!" umum mel kepada semua orang yang berada di situ.
Haura terus melangkah pergi daripada situ, dia tidak sanggup berdiri lama. Takut air matanya menitis.
"kau pahal cakap macam tu,huh? Mentang-mentang dekat sini ramai orang. Kau berani tunjuk belang kan?" bentak adam secara berbisik.
Haura berdiri di hadapan kolam renang, dia hanya mampu tersenyum dengan menyorokkan kesedihannya."dekat sini rupanya kau menyorok. Puas aku cari dekat dalam." tegur adam.
Dia menuju ke arah haura.
"kau menangis ke?" tanya adam. Haura menggeleng dengan senyuman.
"tak. Awak ada nampak air mata saya ke? Takda masa saya nak menangis dekat sini." ujar haura, berlagak.
Adam menyelut tangan ke dalam poket seluarnya.
"manalah tau, kau terasa dengan kata-kata mel. Dia tu memang mulut calupar sikit. Kalau takda orang tadi dah lama aku bagi penumbuk." ujar adam.
Haura ketawa kecil.
"rimas tau..Sikit-sikit nak peluk aku depan orang ramai." rungut adam.
"heh, rimas konon. Dalam hati siapa tahu?" ejek haura.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Lãng mạn1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...