14

22.3K 1.2K 29
                                    

Hari berganti pagi, haura mula terjaga daripada tidurnya. Dia dapat merasakan seperti tertidur diatas katil.

"eh? Bila masa aku sampai rumah?" soal haura.

Dia terus turun daripada katil, dan melangkah keluar daripada bilik.

"Kak!"

"ye, akak ada dekat luar ni!" sahut suraya daripada luar.

Haura pun menuju ke pintu, terdengar seperti libasan baju. Pasti suraya sedang menjemur baju.

"bila haura sampai rumah?"

"malam tadi. Kenapa?"

"ta.. Tapi haura tak rasa macam haura masuk rumah? Ada benda yang haura tak tau ke?"soal haura.

Suraya tersenyum.

"takda. Haura lupa lah tu.. Semalam kan haura penat sangat? Sampai mamai masuk bilik sendiri pun tak tahu." bohong suraya.

Haura terdiam memikir sejenak.
Yeke aku mamai semalam? Suraya memandang haura.

"sudahlah.. Tak payah fikir sangat. Pergilah mandi tu."

Pagi begini lagi adam sudah berada di pejabat, sibuk meneliti borang kemasukan pekerja baharu di tempatnya yang bakal menggantikan pembantu peribadi. Ramai pula yang mendaftar.

Tok! Tok! Tok!

Pintu di ketuk. Adam memberi satu arahan masuk lalu wanita itu pun masuk.

"ada orang nak jumpa encik adam. Katanya puan faridah yang suruh." ujarnya.

"kalau macam tu jemputlah dia masuk."arahnya.

Dia pun kembali melangkah keluar menjemput tetamu itu masuk ke bilik khas adam. Tidak sampai beberapa minit, mel yang muncul di hadapannya.

Adam mengeluh seketika.

"kau lagi? Apa kau nak?" soal adam seperti tidak puas hati.

Mel memeluk tubuhnya.

"i just miss you, Adam. Almaklumlah lepas ni i tak boleh nak kacau bakal suami orang lagi. But, you jangan ingat. I akan lupakan you macam tu aje. Because i know.. One day perempuan tu akan diceraikan,right?" ujarnya.

Adam tidak membalas apa-apa. Dia sendiri tidak tahu hubungan mereka akan kekal atau tidak. Kerana cintanya masih pada zulaikha, tapi rasa kasihan terhadap haura tetap ada. Mel ketawa.

"i tahu.. Perempuan tu just perempuan plastik aje. Lepas dah guna, buang. Kesian betul dipergunakan macam tu. You know what? Anti bagitau i yang keluarga perempuan tu sebenarnya ada kena mengena dengan ex lama you tu. Of course you akan berbalik pada dia. Because you jadi macam ni pun sebab nak kan zulaikha tu balik, betul?"

"kau diamlah,mel. Takda siapa boleh tentukan pasangan aku. Kau baliklah."

"heh, takda siapa konon? I dah lama kenal perangai Adam mikail. Seorang yang pentingkan diri sendiri, sombong, and suka jatuhkan maruah orang tanpa fikir dulu. Sekarang you dah jatuhkan maruah i depan keluarga i. And you jangan ingat i boleh senang2 maafkan apa yang you dah buat. Jangan ingat you seorang aje yang boleh buat apa saja yang you nak dalam dunia ni. I pun boleh. Lagi2 dekat perempuan buta tu."ujar mel.

Adam terus bangun daripada duduk di kerusi. Dia sudah panas dengan kata2 mel tadi.

"kau keluar sekarang! Keluarlah!!!" bentak adam.

"haih? Marah ke? Hahaha. Jangan ingat i seorang aje jahat dalam hidup you. Maybe zulaikha pun boleh jadi sama macam i. Just jaga bini you tu nanti.. Takut, tak sampai sebulan dah kena cerai sebab kakak dia sendiri." sinis mel.

Mel pun berangkat kaki pergi daripada situ, adam masih kagi berdiri tercegat. Dia terasa dengan kata2 mel.

Perlahan lahan adam melabuh punggung diatas kerusi pejabatnya. Dia bersandar dan memusingkan kerusinta ke arah luar cermin kaca yang menampakkan suasana bandar kuala lumpur.


"Abang! Betul ke yang anak kita nikah pakai baju melayu aje? Nanti apa pulak orang kata!" rungut faridah.

Anuar menggeleng kepala, tidak faham dengan perangai isterinya.

"apa salahnya? Adam yang nak cepatkan tarikh pernikahan diaorang. Esok dah nak nikah, mana sempat nak ukur baju pengantin."balas anuar.

"saya tak nak lah datang majlis diaorang! Malu saya kawan2 lama saya tengok anak saya kawin dengan orang buta."

"suka hati awaklah nak datang ke tak. Kalau awak rasa adam tu anak awak, awak datang. Kalau awak rasa mel tu yang awak kandungkan.. Tak payah datang." degus anuar.

"ish, abang ni. Main ugut macam tu pula!"

Faridah mencebik mulut, anuar hanya membiarkan sahaja isterinya. Dia melangkah ke tingkat atas.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now