"sakit! Sakit! Perlahanlah sikit tekan tu.." rungut haura.
Pedih apabila adam menyapukan ubat di bibirnya yang di tumbuk tadi.
"tahanlah sikit. Aku bukannya buat kuat mana pun.."
"sakit tau tak?! Awak gaduh dengan siapa? Tiba-tiba aje bergaduh. Awak ada masalah ke?"
"kau tak payah sibuklah. Karang elok sikit je luka ni.. Aku tambah lagi satu penumbuk karang."ugut adam.
Haura mencebik.
"alaa.. Saya nak tahu je. Takkan tak boleh? Awak suami saya jadi saya kena jugak ambil tahu tentang awak." ujar haura.
Adam tidak mempedulikannya. Dia hanya menyambung membersihkan luka.
"awak.. Janganlah diam. Saya nak tahu siapa yang pukul awak. And kenapa awak gaduh? Cakaplah.." pujuk haura.
Tangan haura memegang tangan kiri adam yang berada di atas pada. Adam mengeluh kecil.
"tak payah sibuklah!"
Adam menolak dahi haura dengan jarinya. Dia mengemas segala ubat-ubatan yang dibelinya. Haura menyentuh dahinya.
"lecehlah macam ni.." rungut haura.
"leceh, leceh.. Bangun! Baik pergi sewa hotel lagi bagus."ujar adam.
Dia melangkah meninggalkan haura. Haura pula masih tidak berganjak. Dia tidak tahu mana jalan yang harus dia lalui.
"belah sini kot.." haura hanya mengagak sahaja.
Dia berjalan ke arah jalan raya.
PIN!!!
"HAURA!!"
Adam terus berlari menyambut haura. Tubuh haura di peluk dan mereka sama-sama tergolek di bahu jalan. Munur sempat mengelak.
"woi, buta ke?!!" jerit pemandu itu.
"maaf bang. Isteri saya memang buta." pinta adam.
Lelaki itu menyambung memandu kereta tanpa mempedulikan mereka yang masih terbaring di bahu jalan.
"kau ni memang dah lama hidup ke?! Nak mati sangat? Huh?!"
"manalah saya tahu nak lalu mana. Awak tinggal saya kan? Heh!"
Haura menolaj adam ke tepi, dia bangun. Haura membersihkan seluarnya yang terlekat pasir.
"Sikit-sikit nak marah. Lepastu semua salah saya!" bebel haura. Dia melangkah meninggalkan adam.
"kau nak pergi mana?! Belah sini!" degus adam apabila haura berjalan ke arah yang salah.
"tahulah!" bentak haura.
"tak payah nak tunjuk pandai sangat! Karang kena langgar lagi siapa susah?!"
Adam terus memegang tangan haura, memimpin haura melintas jalan.
Mel melihat dirinya di cermin. Rambutnya kusut seperti orang tidak terurus.
"sampai hati kau adam. Kau sanggup lari daripada perkahwinan tu hanya disebabkan perempuan buta tu!"
Mel mengambil pisau di atas mejanya, dia mengeluarkan tangan kirinya.
"kau mesti nak tengok aku mati kan?! Itu yang kau nak! Kau memang kejam adam! Kau kejam!!"
Mel terus menoreh tangannya berkali kali sehingga mengeluarkan darah.
"Mel!!" zulaikha terus merampas pisau itu daripada tangan mel.
"bagi balik!! Aku nak mati! Adam nak tengok aku mati!!"
"kau dah gila ke mel?! Kau sedar tak apa kau buat ni?! Datin hani tengah tidur tahu? Karang dia tahu kau buat semau ni. Tak pasal-pasal kau kena pukul!" bentak zalikha.
Mel menggeleng kepala. Dia tidak tahan dengan semua ini. Mel jatuh terduduk di lantai.
"aku akan pastikan aku dapat hak aku semula. Dia ingat, aku tak boleh buat apa, huh? Perempuan buta tu memang pemusnah hidup aku!"
"dah terang lagi bersuluh adam dah jatuh cinta dengan haura. Kita dah tak boleh buat apa. Kalau adam cuma anggap haura tu isteri plastik, dia takkan lari dengan haura. Dia akan tinggalkan haura jugak. Tapi ini dia lari dengan haura. Maknanya.. Haura tu bukan isteri plastik. Dia memang sayang haura."
"apa yang dia tahu tentang cinta?! Adam cuma lelaki yang penuh dengan ego! Sejak kau tinggalkan dia.. Dia dah tak macam dulu. Dia berubah jadi seorang yang ego! Dan takda siapa dapat rebut hati dia. Dan aku pasti.. Haura bukan cinta dia. Haura tu cuma mainan dia aje."
"mainan? Mel.. Kau percayalah cakap aku. Adam takkan tinggalkan haura. Kau buatlah apa sekalipun, dia takkan ceraikan adik aku. Kita kena mengalah aje. Aku pun dah penat ambil hati dia macam dulu.. Tapi dia tak layan."
"kalau dia tak nak tinggalkan perempuan buta tu. Biar aku aje yang buat perempuan tu tinggalkan adam selama-lamanya." ugut mel.
Zulaikha mengerut kening. Apa maksud me yang sebenarnya?
"maksud kau?" tanya zulaikha.
Mel hanya tersenyum jahat.
"kita bunuh haura."
Haura tersedak secara tiba-tiba. Adam memandang haura dengan kebingungan. Air kosong di letakkan diatas meja semula.
"kau pahal? Tak reti minum perlahan-lahan ke? Gelojoh!" ejek adam.
Haura menyentuh dadanya.
"saya rasa.. Ada orang cakap buruk tentang saya. Orang tua-tua kata kalau tersedak tu maknanya ada orang tengah cakap tentang kita."
"orang tua mana pulak kau petik ni? Sudahlah.. Makan! Jangan merepek!"
"Kalau betul macam mana? Manalah tahu ada orang cuba nak bunuh saya ke? Apa ke?nak culik saya ke?"
Adam memandang haura dengan wajah tidak puas hati.
"aku lah yang bunuh kau nanti. Baik kau makan sebelum aku tikam kau dengar garfu ni!" ugut adam mengacukan garfu pada haura.
"ish, yela! Bila kita nak cari hotel? Nak dekat senja dah ni."
"lepas makan kita carilah. Apa susah. Dalam dunia ni bukan satu aje hotel. Heh!"
"okay."
Haura menggaul nasinya bersama kuah kari. Dia sambung menjamu selera.
"Adam. Kita nak duduk sini berapa hari?" soal haura dengan keadaan mulut yang penuh.
"entah. Bila aku nak balik. Aku baliklah."
"macam mana kalau mama sakit? Awak tak menyesal ke?" soal haura.
Adam terdiam dengan kata-kata haura. Dia tidak menjawab soalan itu hanya mengabaikan sahaja.
"awak.."
"apa lagi?! Kau boleh tak makan dengan mulut yang senyap. Kerja bercakap aje kau ni! Aku tumbuk karang senyap seribu bahasa!"
Marah adam. Haura mencebik mulutnya. Adam menjeling mata.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...