Jam tepat pada pukul 6 pagi. Haura sudah terjaga dan siap mengambil air wudhuk. Terdengar dengkuran daripada mulut adam, pasti belum bangun lagi.
Haura melangkah ke katil, dia mencucuk lengan adam yang berotot itu.
"mak aii.. Ni lengan ke besi." ejek Haura.
"adam bangun adam! Subuh. Jom solat sama-sama." kejut haura dengan lembut.
Adam mengerang tanda tidak mahu membuka mata. Dia memeluk bantal panjang disebelahnya.
"Awak bangunlah!" haura menampar bahu adam, namun tiada apa-apa respon.
Adam masih lagi nyenyak tidur. Haura meraba kain yang menutupi adam iaitu selimut. Terasa seperti kain yang nipis, mungkin itu kot selimut? Terus haura menariknya.
"bangunlah!!"
Terkejut adam dengan perbuatan haura. Terus terbeliak mata adam,segar di pagi hari.
"Woii!! Kau nak ambil kesempatan dekat aku ke?!"
Terus adam merampas kain itu semula. Dia menoleh ke arah pintu, mujur tertutup. Haura mengerut kening. Tarik selimut pun nak marah ke?
"bila masa saya nak ambil kesempatan?"
"dah tu yang kau tarik kain pelikat aku kenapa?!" bentak adam.
Haura tergamam. Kalau aku tarik kain pelikat dia maknanya...
"Arghhh!!" haura menutup matanya dengan tangan.
"hei kau pahal? Kau bukan nampak pun! Ish, nak kejut pun kejutlah elok-elok! Aku buat dekat kau baru tau!" degus adam.
"sorrylah saya mana tahu. Saya cari selimut.."
"sorry.. Sorry.. Naik lorilah!" sindir adam. Dia kembali memakai kain pelikatnya, dan turun daripada katil. Haura menurunkan tangannya.
Selesai sahaja solat subuh, haura terus mendekati adam yang sedang melipat sejadah.
"awak saya minta maaf ek pasal tadi." rayu haura.
Adam menjeling.
"awak dengar tak? Saya mana tahu itu kain pelikat awak. Siapa suruh tak bangun." rungut haura.
"minta maaf je?" soal adam. Haura mengerut kening.
"saya dah minta maaf kira okaylah tu."
"hei, kau dah jatuhkan maruah aku tau. Maruah sebagai seorang lelaki yang suci."
"habis tu? Yang pasal viral tu apa dia? Bukan maruah saya ke?" soal haura. mengungkit semula kisah lama.
"yela. Seri satu sama." akhirnya adam mengalah. Dia meletakkan sejadah di tempat yang telah disediakan.
Haura hanya ikut sahaja mana adam berjalan. Adam menoleh memandang haura. Dia berhenti melangkah.
"kau nak apa lagi?"
"ikut awaklah. Awak nak ke mana?"
"aku nak masuk tandas. Nak ikut ke? Jom!"
adam menarik tangan haura, terus haura menepisnya.
"taknak!"
"tahu takut.."
Haura mencebik mulut. Ingatkan nak turun bawah. Adam pun menyambung langkah masuk ke bilik air.
Siti menuang air milo ke dalam cawan tersebut. Lalu dihidangkan pada faridah yang duduk di ruang makan."jemput minum datin." pelawa siti.
Faridah tidak membalas apa, leka dengan bermain talefon canggihnya. Siti mendongak memandang haura yang cuba untuk menuruni tangga.
"eh? Puan haura!" baru sahaja siti mahu pergi membantu. Faridah sudah menghalang.
"biar aku yang tolong."
"ta.. Tapi datin.."
"kau pergi sambung kerja!" arah faridah, tegas. Siti mengangguk kepala. Dia pun melangkah ke dapur.
Faridah bangun menuju ke arah haura. Dia memeluk tubuh, melihat haura seperti takut-takut ingin turun daripada tangga.
"nak turun ke?"soal faridah.
Haura terdiam apabila terdengar suara faridah. Dia mula tergetar.
"ta.. Tak datin."balas haura.
"meh sini aku tolong.." faridah menarik tangan haura namun haura menepisnya.
"takpa datin, saya tunggu adam!" bantah haura.
"turun je lah!!" terus faridah menolak haura sehingga terguling jatuh ke bawah. Tersenyum puas faridah melihatnya.
"Arghh... Sakit.." haura menyentuh kakinya yang terseliuh.
"Ya Allah datin!! Kenapa buat puan haura macam ni? Kesian dia datin!" ujar siti, dia pantas meyambut haura. Cuba membantu haura untuk berdiri. Tapi gagal.
"ya, Allah apa ni ma?!" soal adam, yang baru saja keluar daripada bilik.
Terus faridah berbuat seperti merisaukan haura. Pantas faridah turun daripada anak tangga menuju ke arah haura.
"ish, haura ni. Mama dah kata jangan turun. Nak turun jugak! Kan dah jatuh? Degillah isteri kamu ni adam." ujar faridah.
Adam juga turut melangkah ke arah haura. Dia memapah haura untuk berdiri.
"haura yang degil ke? Mama yang tolak?" soal adam, membuatkan faridah terdiam.
"sakit dekat mana? " soal adam kepada haura.
Haura membalasnya dengan menggeleng kepala. Takut jika faridah lagi membencinya kalau mengadu.
"Siti.. Ambilkan kunci kereta. Jom kita pergi hospital" arah adam kepada siti, dan memapah haura keluar daripada rumah tersebut.
Siti pantas berlari pergi mencari kunci kereta milik adam.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Roman d'amour1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...