5

27.9K 1.6K 94
                                    

TOK! TOK! TOK!

            “Sekejap!" Jerit Haura daripada ruang tamu. Lekas dia mencapai tudung bawal yang berada di sebelahnya bersama tongkat yang disandarkan pada penjuru sofa. Lantas, dia menapak langkah menuju ke arah pintu. Tombol pintu di pulasnya lalu dikuak. Haura menjongketkan kedua belah keningnya ke atas.

"siapa ni?" soal Haura. Namun, Adam hanya tersenyum penuh sinis. Soalan Haura pula langsung tak dijawab. Sekilas dia menjenguk kepala melihat ke dalam rumah. Tiada orang. Sunyi sepi. Seperti hanya Haura sahaja yang berada di rumah sekarang. Dia kembali memandang Haura yang masih tercegat di pintu.

"suraya tak da ke?" Soal Adam, sengaja dia bertanya walaupun sudah tahu jawapannya. Dia sekadar ingin memastikan lebih dalam lagi.

Haura menggeleng kepala tanda tiada. Dia mengeluh kecil. Dengar suara sahaja dia sudah dapat menebak pemilik suara garau itu.  "Tak ada. Dia pergi kerja. Encik adam buat apa datang sini? Kalau nak duit, Ini belum tiga hari lagi." ujar Haura, seperti dapat menghidu sahaja kehadiran lelaki itu ke sini hanya kerana duit. Tapi malangnya, mungkin sahaja tekaannya salah kali ini. Adam tersenyum kecil. Dia memandang ke kiri dan kanan kawasan perumahan taman itu.

Kelihatan di sini agak sunyi. Mungkin sekarang waktu berkerja. Hanya sesetengah rumah sahaja yang di diami. Itupun, mereka menutup pintu rumah. Dan membuat hal masing-masing. Tak lama selepas itu, Adam mengangguk perlahan.

Jantungnya mula berdegup kencang. Rasa gusar, gelisah dan takut semuanya bercampur baur. Air liur ditelannya kesat. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Omelnya di dalam hati. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar dengan perlahan. Mengharapkan dengan cara ini dia mampu untuk menenangkan diri biarpun seketika.

Lama Adam mendiamkan diri, membuatkan kening Haura mengerut pelik. Ada ke tak lagi mamat ni dekat depan aku? desisnya di dalam hati. Haura menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan, cuba untuk mencari tubuh lelaki itu.

"Encik Adam? Encik dah balik ke? Kenapa seny... " belum sempat haura menghabis pertanyaannya, terus tubuh Haura dipeluk secara sengaja oleh lelaki itu. Haura tersentak. Spontan tongkatnya terlepas daripada tangan. Dia mula terpinga-pinga. Tubuh Haura tak henti bergerak-gerak cuba untuk memboloskan diri daripada pelukan Adam.

"Encik Adam apa ni?! Lepas!! Encik adam, jangan buat saya macam ni!" Teriak haura dengan meronta ingin dilepaskan namun pelukannya semakin lama semakin kuat. Mustahil tubuh kecil gadis itu mampu untuk melawannya.

"Aku minta maaf, Haura... Aku terpaksa.." rayunya, antara dengar dan tidak dengar. Lantas, tanpa rasa bersalah terus   pipi Haura dikucupnya. Haura cuba untuk menepis. Namun, Apakan daya dia tidak mampu. Tak semena-mena, air mata mengalir turun dengan laju. Kenapa dia buat aku macam ni?

"Sudahlah!! Jangan buat saya macam ni! Tolong hormat saya encik adam! Awak dah kenapa?!" Jerit haura lagi, serak. Takkan hanya kerana hutang aku kepada dia, dia sanggup buat perkara bodoh ini. Ini langsung tak masuk akal!

Setelah beberapa minit mereka dalam keadaan begitu, terus tubuh haura di tolak jatuh ke atas lantai. Haura mengaduh sakit. Mujur kepalanya tidak terhantuk ke lantai. Tercungap-cungap nafas Adam dibuatnya. Penat bergelut dengan gadis buta itu. Dia tahu, mana-mana perempuan sekalipun takkan memaafkan perkara yang dia lakukan. Tapi, aku terpaksa.

"Ak... Aku minta maaf." ucapnya, gagap sebelum dia berlari meninggalkan halaman rumah banglo dua tingkat itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam kereta BMW yang terparkir di hadapan pagar rumah. Lantas pancuan empat roda itu pun bergerak meninggalkan kawasan perumahan taman itu dengan pantas.

Haura mengerut kening. Tidak faham. Apa sebenarnya yang lelaki itu cuba untuk sampaikan? Dia dah buat maruah aku hilang, dan meminta maaf dengan cara semudah itu?

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now